95 Dalil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
95 Dalil
95Thesen.jpg
Pengarang Martin Luther
Tajuk asal Disputatio pro declaratione virtutis indulgentiarum[lower-alpha 1]
Negara Jerman
Bahasa Latin
Tarikh penerbitan
31 Oktober 1517
Teks 95 Dalil at Wikisource

95 Dalil terhadap Kuasa Pengampunan (Tajuk asal dalam bahasa Latin: Disputatio pro declaratione virtutis indulgentiarum, juga dikenali sebagai 95 Dalil Luther) ditulis oleh seorang paderi berbangsa Jerman bernama Martin Luther pada tahun 1517. Tulisan ini dianggap sebagai pencetus kepada pergerakan Reformasi Protestan. Luther menggunakan dalil-dalil ini untuk mempertikaikan amalan gerejanya menjual pengampunan yang akhirnya melahirkan fahaman Protestan. Sokongan kepada Luther menggalakkan lebih ramai lagi golongan yang mencurigai pihak gereja dan membangkang amalan-amalannya. Lebih khusus lagi, gerakan ini kemudiannya mencabar ajaran gereja mengenai konsep taubat, kekuasaan Paus sebagai ketua gereja dan umat Kristian serta kegunaan pengampunan itu sendiri.

Gerakan ini turut mencetuskan perdebatan mengenai teologi yang menyebabkan Zaman Pembaharuan Eropah; melahirkan pecahan mazhab Luteran, Anabaptis dan sebagainya dalam lingkungan agama Kristian itu sendiri. Hal ini seterusnya mencetuskan perubahan yang ketara dari segi sosial dan politik yang merebak ke hampir segenap benua Eropah.[2]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Latin: Disputatio pro declaratione virtutis indulgentiarum. Nama dokumen ini berdasarkan cetakan risalah bertarikh 1517 di Basel, Switzerland. Cetakan-cetakan terawal dokumen ini tidak menggunakan tajuk yang meringkaskan isi kandungan penulisan tersebut tetapi sebaliknya menggunakan kepala surat (incipit). Cetakan tahun 1517 di Nuremberg dimulai dengan teks Amore et studio elucidande veritatis: hec subscripta disputabuntur Wittenberge. Presidente R.P Martino Lutther ... Quare petit: vt qui non possunt verbis presentes nobiscum disceptare: agant id Uteris absentes. Luther biasanya merujuk kepada tulisan ini sebagai "meine Propositiones" (usul-usul saya).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cummings 2002, m/s. 32.
  2. ^ Dixon 2002, m/s. 23.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.