999 (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
999
GenreJenayah sebenar
FormatDokumentari
Dibangunkan oleh
Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3
Pengacara
Negara asalMalaysia
Bahasa
Penerbitan
Tempoh siaran
  • 30 minit
    (03.01.2002 - 26.12.2017)
  • 1 jam
    (sejak 02.01.2018)
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios (sehingga 2020)
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar4:3 576i
Siaran asal3 Januari 2002 – kini

999 ialah siri televisyen berita jenayah Malaysia berdasarkan rancangan COPS di Amerika Syarikat. Rancangan ini telah disiarkan di TV3 sejak 3 Januari 2002 dan Januari 2014 telah disiarkan setiap Selasa jam 9:00 malam. Pada 26 Januari 2021, rancangan ini telah dilewatkan bermula pada jam 9:30 - 10:00 malam dalam masa 30 minit selepas rancangan Keluarga Epik.[1] Mulai 2 Februari 2021, rancangan ini akan kembali bersiaran pada waktu siaran yang asal dalam masa 1 jam bermula pada jam 9:00 - 10:00 malam selepas Buletin Utama. sebelum ini, rancangan ini disiarkan setiap Khamis pada jam 9:00 malam sejak ia mula disiarkan. Pengacara terkini bagi tahun 2018 hingga kini ialah Anim Ezati Rizki dan tempat Anim digantikan oleh Sofea Nursolea Tun pada 28 Mac 2020. Bekas pengacara rancangan ini ialah Zakiah Anas, Hazlin Hussain, Sarah Adiba Yussof, Mazidul Akmal Sidek, Halim Din dan Omar Abdullah. Pada tahun pertama, rancangan ini ialah salah satu program TV yang paling ditonton di Malaysia dengan lebih 3 juta orang penonton.[2] Dengan slogan bagi rancangan 999 iaitu Ingat! Jenayah Membawa Padah.

Pada 11 Mei 2021, 999 telah direhatkan bagi memberi laluan kepada episod akhir drama Kisah Cinta Rumi di Slot Lestary.

Pada 15 November 2022, rancangan ini telah direhatkan sementara bagi memberi kepada siaran langsung Mandat Rakyat PRU - 15 sempena pilihan raya umum Malaysia ke-15.

Pengacara[sunting | sunting sumber]

  1. Zakiah Anas (Januari 2002 - Disember 2009)
  2. Hazlin Hussain (Januari 2010 - Ogos 2017)
  3. Sarah Adiba Yussof (Ogos 2017 - Disember 2017)
  4. Anim Ezati Rizki (1 Januari 2018 - 31 Mac 2020)
  5. Sofea Nursolehha Tun (1 April 2020-kini)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Rancangan Majalah Terbaik Menang
2022 Asian Academy Creative Awards Laporan Terbaik - 999:Jenayah Masa Banjir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MALAM NI GUYS! Ada drama baru yang memang EPIK. Mengisahkan sebuah keluarga yang mengharungi pelbagai situasi yang EPIK. Barisan pelakon pon EPIK juga...ada @iamellymazlein @normanhakim_786 @nabila.razali dan @ismailizzani_ juga muka-muka yang familiar daripada final Lagu Cinta Kita 2!
  2. ^ "TV3's best crime reporter". Sunday Mail. 7 November 2004. Dicapai pada 12 April 2008.

3.https://www.hmetro.com.my/rap/2020/04/561253/999-sofea-ganti-anim-ezati

4.https://13.228.5.5/cover-sinarplus/mengendalikan-program-sensasi-999-sofea-nur-solehha-sentiasa-berhati-hati/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]