9 September (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
9 September
Poster 9 September.jpg
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 1 November 2007 (2007-11-01) (Malaysia)
Durasi tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

9 September ialah filem buatan Malaysia bergenre komedi romantis. Filem ini merupakan cubaan pertama Pierre Andre dalam arahan filem dan dibintangi Pierre Andre sendiri bersama Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad, disertai Zami Ismail, Osman Kering dan Shamsul Ghau Ghau. David Teo, selaku penerbit filem ini dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Metrowealth turut membuat penampilan istimewa dalam filem ini.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pierre Andre memegang watak Kogi di dalam filem ini.

Nia (Fasha Sandha) ialah seorang gadis tomboy comel yang baru ditinggalkan oleh teman lelakinya. Semenjak itu, dia menyimpan dendam terhadap kaum lelaki . Nia suka melepaskan kemarahannya terhadap Kogi (Pierre Andre), seorang lelaki baik hati dan jujur yang dijadikan sasaran mudah kerenah Nia, semenjak kali pertama mereka bertemu apabila Nia memasuki rumah Kogi secara tidak sengaja, dan semenjak itu mereka sering bertemu lagi secara kebetulan banyak kali. Tidak kira berapa kali terkena dendam Nia, Kogi tetap menjaga sikap budimannya sepanjang masa sehingga mereka saling hjatuh cinta, itupun untuk masa yang pendek setelah Adrian (Fahrin Ahmad), bekas kekasih Nia, kembali muncul dalam hidup Nia. Sebenarnya Nia masih mencintai Adrian secara tunggang terbalik namun cintanya terhadap Adrian tidak seperti dahulu. Suatu hari, Nia hendak ke Tokyo bersama kekasihnya selama setahun. Sekembalinya di tanahair, perasaannya terhadap Kogi kian membara sehingga dia tercari-cari Kogi sehingga dia mendapati sesuatu yang memeranjatkan mengenai Kogi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]