Geografi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4581367 pada 04:21, 17 Mei 2019 oleh 60.51.110.13 (bincang) (Geografi sains maklumat)
Geografi kajian dunia

Geografi (Tulisan Jawi: ڬيوڬرافي) ialah sains ruang dan tempat. Geografi juga merupakan kajian permukaan bumi sebagai ruang dan tempat masyarakat manusia hidup. Tumpuan kajiannya ialah tentang fenomena semula jadi dan budaya yang terdapat di merata tempat di dunia. Perkataan "Geografi" berasal daripada dua perkataan bahasa Yunani, iaitu kata nama "geo" yang bermaksud bumi dan kata kerja "graphon" yang bermaksud menulis. Dengan mencantumkan kedua-dua perkataan tersebut orang Yunani telah mencipta perkataan 'Geographia' yang bermakna "deskripsi tentang bumi". Ahli-ahli geografi menumpukan perhatian mereka terhadap ciri-ciri dan pola-pola tempat di dunia yang sentiasa berubah, baik melalui deskripsi dalam buku mahupun melalui persembahan visual dalam peta. Mereka sentiasa cuba menghuraikan bagaimana setiap ciri-ciri dan pola yang istimewa terhadap sesuatu tempat di permukaan bumi telah timbul. Mereka juga sentiasa mencari sebab-sebab tentang kewujudan ciri dan pola taburan sesuatu fenomena, khasnya jika dikaitkan dengan ruang dan masa. Pendek kata, objektif utama bidang geografi ialah untuk memahami bentuk-bentuk fizikal dan budaya setiap tempat dan perkaitannya dengan unsur alam sekitar semula jadinya di atas permukaan bumi.

Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2.

Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.

Cabang geografi

Geografi fizikal

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang:

  1. Bumi sebagai satu sistem
  2. Batuan
  3. Laut dan lautan
  4. Iklim
  5. Luluhawa
  6. Ekosistem
  7. Tumbuhan dan haiwan liar.

Geografi manusia

Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.Terdapat juga kajian dijalankan mengenai Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Penilaian Harta Tanah Kediaman[1] Terdapat beberapa bidang dalam Geografi Manusia. Antaranya ialah Geografi Bandar,Geografi Ekonomi, Geografi Politik, Geografi Sejarah, Geografi Budaya, Geografi Kesihatan, Geografi Perniagaan, Demografi, Geografi Agama dan sebagainya.

Geografi persekitaran manusia

Pada sekitar pelupur alam sekeliling (environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua cabang bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi.

Geografi sejarah

Geografi sejarah adalah ilmu yang mempelajari tentang manusia, fisik, fiksi, dan fakta geografi pada masa lampau. Ilmu displin ini memiliki bahasan yang sangat luas dan beragam. Umumnya membahas tentang geografi masa lalu dan bagaimana perubahan sebuah wilayah atau tempat berdasarkan waktu. Selain itu juga membahas tentang hubungan manusia dengan lingkungan dan menciptakan kebudayaan alam. Pembahasan geografi sejarah juga mencari bagaimana kebudayaan manusia itu muncul dan berkembang dengan pemahaman hubungan manusia dengan lingkungan.

Geografi sains maklumat

Sistem maklumat geografi (SMG atau GIS, singkatan geographic information system), sains maklumat geografi, atau kajian maklumat georuang ialah sistem yang direka untuk menangkap, menyimpan, mengolah, menganalisis, mengurus, dan mempersembahkan kesemua jenis data rujukan geografi.[1] Dalam istilah yang paling mudah, SMG ialah gabungan antara teknologi kartografi, analisis statistik, dan pangkalan data.

Rujukan

  1. ^ "Universiti Teknologi Malaysia" Ismail, Suriatini and Sipan, Ibrahim @ Atan (1997) Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) .., Univesiti Teknologi Malaysia