Terengganu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Semakan 4886406 pada 14:06, 7 September 2020 oleh 183.171.19.243 (bincang)
Negeri di Malaysia
نڬري دمليسيا
ترڠڬانو دار الإيمان
Terengganu Darul Iman
Bendera Terengganu Lambang Terengganu
Bendera Lambang
Cogan kata: Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera
Lagu negeri: Selamat Sultan
Lokasi Terengganu
Lokasi Terengganu
   Terengganu di    Malaysia
Ibu negeri
(dan bandar diraja)
Kuala Terengganu
Bahasa utama {{{loghat bahasa}}}
Parti memerintah Gagasan Sejahtera (PAS)
 - Sultan Sultan Mizan Zainal Abidin
 - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Sejarah  
 - Kesultanan Terengganu 1724 
 - Penjajahan British 1909 
 - Pendudukan Jepun 1942 
 - Kemasukan ke Persekutuan Tanah Melayu 1948 
Keluasan
 - Jumlah 12,955 km²
Populasi
 - banci 2018 1,241,600[1]
 - Kepadatan 79/km²
Kod panggilan kebangsaan 09
Poskod kebangsaan 20xxx to 24xxx
Huruf pertama plat kenderaan T
Laman sesawang: terengganu.gov.my

Negeri Terengganu Darul Iman (Jawi: ترڠڬانو دار الإيمان) ialah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 (lihat peta). Di bahagian utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.

Terengganu mempunyai 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu:

Sejarah سجاره

Kerajaan كراجا ٔن

Sultan Negeri Terengganu merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Pentadbiran ڤنتدبيرن

Negeri Terengganu ditadbir dan di kelola oleh

  1. Besut
    1. Majlis Daerah Besut
  2. Setiu
    1. Majlis Daerah Setiu
  3. Kuala Terengganu Dan Kuala Nerus
    1. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
  4. Marang
    1. Majlis Daerah Marang
  5. Hulu Terengganu
    1. Majlis Daerah Hulu Terengganu
  6. Dungun
    1. Majlis Perbandaran Dungun
  7. Kemaman
    1. Majlis Perbandaran Kemaman

Daerah داءيره

Terengganu terbahagi kepada 8 daerah iaitu :-


Terengganu dibahagikan kepada 8 parlimen iaitu:-

Bandar-bandar utama di Terengganu adalah

Geografi ݢيوݢرافي

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudian pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikannya daerah yang ketujuh di Negeri Terengganu. Dan seterusnya pada 18 September 2014, Kuala Nerus pula dibentuk dan menjadikan ia daerah yang kelapan. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Gong Badak, ??? Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar.

Ekonomi ايکونومي

Kegiatan utama negeri Terengganu ialah perikanan yang merupakan kegiatan tradisi rakyat Terengganu disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran Laut China Selatan. Pun begitu, semenjak terjumpanya petroleum, sumber minyak merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan negeri Terengganu.[2] Ekonomi negeri Terengganu sekarang ini semakin berkembang. Dengan adanya ECER, tahap kemiskinan di Terengganu telah banyak berkurang. Pelancong asing yang berkunjung ke Terengganu juga semakin bertambah

Demografi ديموݢرافي

Daerah Populasi 2010
1 Kuala Terengganu 343,284
2 Kemaman 171,383
3 Dungun 154,932
4 Besut 140,952
5 Marang 97,857
6 Hulu Terengganu 72,052
7 Setiu 55,517
Jumlah 1,035,977

Agama اݢام

Agama di Terengganu - 2010[3]
agama peratusan
Islam
  
96.9%
Buddha
  
2.5%
Hindu
  
0.2%
Kristian
  
0.2%
Tiada agama atau lain agama
  
0.2%

Menurut bancian tahun 2010, populasi beragama di Terengganu adalah 96.9% Muslim, 2.5% Buddha, 0.2% Hindu, 0.2% Kristian, dan 0.2% bagi pengikut agama lain atau tiada agama.

Budaya بودايا

Masyarakat Melayu di Terengganu sememangnya kaya dengan budaya dan adat. Di Terengganu, terdapat beberapa jenis teater tradisional Melayu yang dikenali sebagai Rodat, Teater Nur Sakti dan Tarian Pulai. Juga Tarian Ulek Mayang yang biasa dimainkan di tepi pantai sewaktu pesta pantai yang biasa diadakan pada hujung tahun bagi tujuan untuk mengubati penyakit,namun tarian ini sekarang hanya sekadar Persembahan budaya semata-mata. Terengganu juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional masyarakat Melayu Terengganu yang berkhasiat dan sedap dikenali sebagai Keropok Lekor (orang Terengganu sebut keppok gotel/panjang/batang). Selain itu budu juga salah satu makanan yang popular di Negeri Terengganu. Sekarang masyarakat makin mengenali budu dan semakin tahu khasiat budu yang dikenali dengan nama "sos bilis". Di samping itu Nasi Dagang adalah nasi jenama masyarakat Terengganu , hanya masyarakat Terengganu yang dapat menghasilkan Nasi dagang yang sedap dan asli. Terdapat macam-macam makanan dan kuih tradisioanal yang sedap dan berkhasiat di negeri Terengganu antaranya Agar-agar kering, Akok Berlauk, apam hitam manis, apit-apit, asam gumpal, kuih tahi itik, Akok, Nganang, Bronok Sagu, Sagong, Bingka Nyior, Belebab Ubi, Nek Bak, Tok Aji Serbang, Ketupat sotong, Beekang, Roti Paung, Buah Bung Sambal, Kuih tepung kapur, Apam Dewa, Apam Kuah, Beluda dan banyak lagi.

Tarikan utama تاريكن اوتام

  • Masjid Kristal - Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Qur'an elektronik.[4]
  • Pantai Batu Buruk - Kawasan pantai seluas 100 meter dan sejauh 50 meter dari darat yang ditandakan dibuka untuk aktiviti riadah pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 4 petang hingga 7 malam.[5]
  • Bukit Puteri - Destinasi bersejarah terkenal di negeri ini dan menjadi tumpuan pelancong apabila mereka singgah di Pasar Besar Kedai Payang.[6]

Penduduk terkenal ڤندودوق تركنل

Zizan Razak(Artis)

Safawi Rasid(Pemain Bola Sepak)


Lihat juga ليه جوݢ

Rujukan رجوكن

  1. ^ https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=430&bul_id=UzliaFYxbW1nSFovbDYrLzFFR29zZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09
  2. ^ [1]
  3. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2012.CS1 maint: unrecognized language (link) p. 13
  4. ^ https://www.pressreader.com/malaysia/harian-metro/20170825/282952450323227
  5. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pantai-batu-burok-mula-dibuka-8211-mb-1.277415
  6. ^ http://www.sinarharian.com.my/rencana/kubu-pertahanan-bukit-puteri-1.652850

Pautan luar ڤاءوتن لوار