A'ata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

A'ata merupakan pemerintah Kermer, di Nubia Kermerh, kini Sudan moden (2575-2134 Sebelum Masihi), tetapi semasa Tempoh Perantaraan Kedua (1640-1532 Sebelum Masihi), ketika Hyksos memerintah sebahagian besar wilayah Delta Mesir, orang A'ata mengadakan perikatan dengan penjajah Asia ini. Pemerintah sebelum A'ata bergelar Nedjeh. Nedjeh telah membina ibukotanya di Buhen, sebelum itu kubu Mesir di sungai Nil, memaparkan kekayaan budaya Kermeh, yang berlangsung dari sekitar 1990 hingga 1550 Sebelum Masihi. Istana ini menyerupai stail Mesir dari segi senibina, upacara kultus, pangkat, dan agensi kerajaan.

Apabila A'ata menaiki takhta Kermeh, dia memutuskan bagi menguji kekuasaan Ahmose (sekitar 1550-1525 Sebelum Masihi), yang baru menaiki takhta dan melaksanakan kempen melalui darat dan laut menentang Avaris, ibukota penjajah Hyksos. Melihat Mesir sedang sibuk menyerang Avaris, A'ata memutuskan untuk bergerak keutara, terhadap pulau Elephantine kini moden Aswan. Ahmose diperayai meninggalkan kepungan Avaris ditangan orang lain bagi menangani kempen A'ata. Dia mungkin berlayar keselatan hanya selepas kejatuhan Avaris, tetapi A'ata berhadapan dengan armada kapal Mesir yang besar, dipenuhi tentera veteran dari unit elit. Perincian kempen ini direkodkan pada tembok makam Ahmose, anak Ebana, di Thebes. Teks tersebut menyatakan Ahmose bertembung dengan A'ata di tapak yang dikenali sebagai Tent-aa, di bawah Aswan moden. Tentera Mesir mengalahkan pasukan A'ata, menawannya dan berates-ratus orang lagi sebagai tahanan. A'ata diikat pada hadapan kapal Ahmose dalam perlayaran balik ke Thebes di mana dia kemungkinannya dibunuh di khalayak ramai. Orang-orangnya dijadikan hamba. Ahmoses, anak Ebana menawan dua tahanan dan menerima tambahan lima orang hamba lagi.

Penyokong Mesir bagi A'ata cuba mengumpul pasukan Kermeh kembali tetapi tentera Mesir sekali lagi menggempur mereka. Ahmoses, anak Ebana mendapat tambahan tiga orang hamba dari kempen tersebut. Selepas itu, Buhen menjadi pusat pentadbiran wilayah Nubian bagi Mesir, menamatkan penguasaan Kermeh di situ. Budaya Kermeh kekal sehingga Kerajaan Baru Mesir runtuh. Komander tentera bernama Turi dilantik sebagai wizurai Kush atau Nubia, di bawah pemerintahan anak Ahmose, Amenhotep I.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]