Açaí

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Açaí
Euterpe oleracea (29575745576).jpg
Pokok-pokok acai bergugusan
buah di bawah
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Euterpe
Spesies:
oleracea
Nama binomial
Euterpe oleracea
Sinonim[1]
  • Euterpe brasiliana Oken
  • Catis martiana O.F.Cook
  • Euterpe badiocarpa Barb.Rodr.
  • Euterpe beardii L.H.Bailey
  • Euterpe cuatrecasana Dugand

Açaí (disebut [asaˈi terdekat a.sa.'i], menyerap bahasa Nheengatu: asai) atau nama saintifiknya Euterpe oleracea adalah spesies pokok palma yang tumbuh di paya rawa sepanjang sungai Amazon dalam benua Amerika Selatan[2] merangkumi Brazil (negeri-negeri Amapá, Amazonas dan Maranhão), Ecuador, Venezuela, Colombia, Guyana, Guiana Perancis, Suriname serta Trinidad dan Tobago.[2] Pokok ini ditanam untuk mendapatkan buahnya yang dimakan dalam kalangan masyarakat mendiami kawasan-kawasan ini sekitar abad ke-18.[3][4]

Pemakanan buah ini kemudiannya dipopularkan di kawasan bandar sebagai makanan kesihatan sejak pertengahan 1990-an yang kemudiannya tersebar ke luar benua Amerika Selatan sepertimana buah-buahan Amazon lain.[4]

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok açaí tumbuh tinggi lampai mencapai ketinggian lebih dari 25 meter; daun pelepah ia memanjang sehingga 3 meter.[2]

Buah ia tampak berupa beri tetapi sebenarnya drup kecil dengan kulit berwarna ungu kehitaman mirip anggur berukur lilit sekitar 25 mm, segugus buah yang terhasil boleh mempunyai 500 hingga 900 biji buah. Isi buah agak nipis padat sari berwarna merah seakan darah sehingga mendapat jolokan "darah lembu" apabila dijual di pasar-pasar.[2]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Buah[sunting | sunting sumber]

Longgokan buah açaí dijual di pasar.

Buah açaí merupakan makanan ruji masyarakat sekitar delta sungai Amazon selama berabad-abad.[5][6] Masyarakat Amazonia memakan buah ini dengan bubur manis ubi kayu mahupun gandum. Buah ini adakala juga boleh dilenyek dimakan bersama ikan atau udang bakar. Jus açaí juga boleh didapati.

Buah-buah açaí dituai sebanyak 2 kali setahun: musim pertama antara Januari dan Jun dan musim kedua yang lagi besar antara bulan Ogos dan Disember.[7] Penuaian dan penghasilan buah ini dilakukan oleh badan-badan kooperasi kecil yang membantu menambahkan pendapatan keluarga masyarakat setempat.[8]

Bahagian lain[sunting | sunting sumber]

Daun pelepah pokok boleh dianyam membuat topi, tikar, bakul, penyapu dan atap jerami untuk rumah dan bahan binaan yang tahan lasak.[9]

Biji açaí yang terdiri daripada 80% jisim buah dimanfaatkan sebagai pakan ternakan atau sebagai komponen organik tanaman.[9][10] Longgokan sisa benih juga boleh dijadikan bahan bakar untuk dalam pembuatan batu bata.[11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Synonyms for Euterpe oleracea Mart., Hist. Nat. Palm. 2: 29 (1824)". Royal Botanic Gardens, Kew, UK. 2017.
  2. ^ a b c d "Palm trees". Fruit trees and useful plants in Amazonian life (PDF). Roma: Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu. 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 Mei 2019.
  3. ^ Zarin, Daniel; Alavalapati, Janaki R. R.; Schmink, Marianne; Putz, Frances E. (2004). Working Forests in the Neotropics: Conservation Through Sustainable Management? (dalam bahasa Inggeris). Columbia University Press. ISBN 9780231129077.
  4. ^ a b Brondízio, Eduardo S.; Safar, Carolina A.M.; Siqueira, Andréa D. (2002-03-01). "The urban market of Açaí fruit (Euterpe oleracea Mart.) and rural land use change: Ethnographic insights into the role of price and land tenure constraining agricultural choices in the Amazon estuary". Urban Ecosystems (dalam bahasa Inggeris). 6 (1): 67–97. doi:10.1023/A:1025966613562. ISSN 1573-1642.
  5. ^ Colapinto, John (30 May 2011). "Strange Fruit". The New Yorker.
  6. ^ de Santana, A.C. "Açaí pulp demand in the retail market of Belem, state of Para". Revista Brasileira de Fruticultura. Dicapai pada 1 May 2017.
  7. ^ "Worldwide demand for açaí is growing". Fresh Plaza. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 July 2017. Dicapai pada 1 May 2017.
  8. ^ Gandra, Alana (28 September 2017). "Açaí teve maior valor de produção na extração vegetal em 2016, diz pesquisa". Agência Brasil (dalam bahasa Portugis). “Em geral, os produtos não madeireiros do extrativismo são explorados por extrativistas e pequenas associações e cooperativas e têm relevância para as comunidades...”
  9. ^ a b Silva, S.; Tassara, H. (2005). Fruit Brazil Fruit. São Paulo, Brazil: Empresa das Artes.
  10. ^ "Medicinal uses of South American palms". J Ethnopharmacol. 10 (2): 157–79. Apr 1984. doi:10.1016/0378-8741(84)90001-1. PMID 6727398.
  11. ^ Cheeseman, G-M. "How sustainability is embedded in Sambazon". The Guardian. Dicapai pada 1 May 2017.