A-Z Blog: Tip untuk Blogger wanita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kulit buku.

A-Z Blog: Tip Untuk Blogger Wanita merupakan sebuah buku yang dikarang oleh Ani Nadila Yusof. Buku ini diterbitkan oleh Buku Prima Sdn Bhd dalam bahasa Melayu. Ia mengandungi kandungan dunia blogging, cara memulakan dan menulis blog serta petua-petua berguna untuk blogger baru seperti tip keselamatan, cara menukar theme, tip blog foto dan banyak lagi.

Penulis juga berkongsi cara langkah demi langkah membina blog dalam bahasa paling mudah. Ia mula diterbitkan pada Oktober 2008 dan berada di pasaran pada harga RM16.50 senaskah.

Penulis[sunting | sunting sumber]

Penulis Ani Nadila Yusof merupakan salah seorang wartawan di syarikat penerbitan terbesar Malaysia.

Penulis: Ani Nadila Yusof

Editor Buku: Siti Aisyah Hussain

Pereka Layout: Ahmad Firdaus Abdul Razak

Promosi[sunting | sunting sumber]

A-Z Blog: Tip Untuk Blogger Wanita pernah dipromosikan pada rancangan Generasi-Y terbitan RTM 1 yang dihoskan oleh Awal Ashaari.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]