Ayman Rashdan Wong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari A.R.W)
Ayman Rashdan Wong
艾曼·拉什丹·黄
أيمن رشدان ووڠ
Lahir1988 (umur 35–36)
Malaysia
PekerjaanPenulis
Pegawai kerajaan
BahasaMelayu
Inggeris
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaya
SubjekGeopolitik, isu semasa
AnugerahAnugerah Buku Negara 2019[1]
Laman web
Tapak web rasmi

Ayman Rashdan Wong (Cina: 艾曼·拉什丹·黄; Jawi: ايمن رشدان ووڠ, juga menulis dengan nama A.R.W.; lahir tahun 1988) ialah penulis, dan penganalisis geopolitik Malaysia. Beliau juga ialah pegawai tadbir dan diplomatik kerajaan Malaysia.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wong dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga Cina. Keluarganya mengamalkan agama tradisional namun minatnya terhadap agama menyebabkan beliau memeluk agama Kristian di sekolah menengah selepas beragama Buddha di sekolah rendah.[2]

Ketika di tingkatan dua, beliau pernah membaca buku teks Pendidikan Islam lalu bertambah minat terhadap agama Islam. Apabila meningkat ke tingkatan tiga, beliau berhenti menghadiri gereja serta tidak dibaptiskan. Beliau masih mempercayai kewujudan tuhan sebagai seorang penganut teisme namun masih menghadapi kesukaran memeluk agama Islam. Pada bulan Ramadan (Ogos) tahun 2012 M, beliau telah singgah ke Masjid Besi lalu tertarik dengan persekitarannya sebelum memeluk Islam empat bulan kemudian pada hari Jumaat, 28 Disember 2012.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ayman mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang pada 2001 dan tamat pengajian pada 2005. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan pada 2006 dan tamat sekolah pada 2007. Ayman menyambung pengajian ke peringkat universiti di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Hubungan Antarabangsa pada 2008 dan lulus pada 2011. Beliau juga adalah lulusan Universiti Malaya dalam Kajian Pertahanan dan Strategik.[perlu rujukan]

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Ayman Rashdan disifatkan sebagai penulis berpengaruh geopolitik di Malaysia. Penulisan beliau mendapat perhatian media-media tempatan yang mengambil tulisan beliau sebagai suatu pendapat berkaitan hal antarabangsa. Dalam suatu tulisan oleh Ayman pada 29 September 2019, beliau memuji Greta Thunberg dengan menyifatkannya sebagai seorang yang berani namun menegaskan bahawa kelantangan Greta tidak menyelesaikan apa-apa masalah dalam isu alam sekitar kerana jurang antara negara maju dan negara membangun dalam hal pengeluaran ekonomi.[3] Tulisan beliau juga mengenai isu Uyghur di China juga menjadi tumpuan pada Disember 2019 apabila Ayman dan penulis geopolitik Islam Abdul Muein Abadi saling membalas pendapat tentang kemelut tersebut. Penulis Harakahdaily Alang Ibn Shukrimun berpendapat bahawa Ayman dan Abdul Muein masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dengan Ayman bersifat bertumpu lebih kepada isu kedaulatan China, bahaya pemikiran faham pemisah dan faham pelampau serta membongkar propaganda media Barat dalam mempergunakan konflik di Xinjiang sebagai senjata perang dingin dan Abdul Muein pula bertumpu mengenai nasib umat Islam yang sering dipergunakan sama ada oleh Barat mahupun Timur, membongkar kebobrokan China yang melanggar hak asasi manusia terhadap Uyghur di samping menyedarkan orang mengenai agenda geopolitik China yang semakin agresif menyaingi Barat hingga menggugat kedaulatan negara lain.[4]

Selain penulisan dalam talian, beliau juga ialah seorang penulis buku. Buku beliau bertajuk Dunia Tanpa Tembok yang diterbitkan oleh penerbitan konservatif The Patriots mendapat perhatian apabila ia terlihat dibawa dan dibaca oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak ketika di luar kompleks Mahkamah Tinggi.[5][6] Buku beliau turut mendapat galakan oleh Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah ketika temu ramah pada Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.[7]

Pada April 2020 ketika pandemik COVID-19 di Malaysia, Ayman dalam sebuah catatan di Facebook mengatakan ada keberkatan untuk berpuasa selama tempoh PKP kerana ia membolehkan umat Islam menghayati Ramadan dan merenung diri dengan lebih baik.[8]

Hasil tulisan[sunting | sunting sumber]

  • Wong, Ayman Rashdan (2017). Dunia Tanpa Tembok. Ampang, Kuala Lumpur: Patriots Publication. ISBN 978-967-153-940-8. OCLC 1136513895.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wong, Ayman Rashdan; Ibn Jawi (2018). Mencabar Teori Konspirasi. Ampang, Kuala Lumpur: Patriots Publication. ISBN 978-967-153-944-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wong, Ayman Rashdan (2019). Dunia Tanpa Tembok II. Ampang, Kuala Lumpur: Patriots Publication. ISBN 978-967-165-280-0. OCLC 1136513874.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wong, Ayman Rashdan (2020). Dunia Tanpa Tembok III. Ampang, Kuala Lumpur: Patriots Publishing. ISBN 978-967-243-700-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wong, Ayman Rashdan (15 Julai 2020). 벽이 없는 세계:국경 없는 세계에 필요한 지정학 전략. Diterjemahkan oleh Jung, Sang-chun. Busan, Korea Selatan: Sanjini. ISBN 978-896-545-662-9.CS1 maint: date and year (link)[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ucapan Ayman Rashdan Wong selepas menerima Anugerah Buku Negara 2019 untuk kategori Buku Umum Popular menerusi buku Dunia Tanpa Tembok II. Instagram.
  2. ^ a b Wong, Ayman Rashdan (29 Mei 2017). "A STORY OF HIDAYAH". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2020. Dicapai pada 21 Julai 2020 – melalui Facebook.
  3. ^ Ayman Rashdan Wong (29 September 2019). "Ada apa dengan Greta dan 'how dare you!'". Sinar Harian. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  4. ^ Alang Ibn Shukrimun (25 Disember 2019). "Tulisan Ayman Wong dan Abdul Muein". Harakahdaily. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  5. ^ Ida Lim (16 April 2019). "What's Najib reading today?" (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  6. ^ Ida Lim (10 November 2019). "Five books that kept Najib company in dock during the SRC trial" (dalam bahasa Inggeris). Malay Mail. Dicapai pada 3 Julai 2020.
  7. ^ "Improve knowledge with habit of reading, says Saifuddin" (dalam bahasa Inggeris). Bernama. 25 April 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020 – melalui The Borneo Post.
  8. ^ "MCO allows Muslims to observe religious obligations during Ramadan better" (dalam bahasa Inggeris). Bernama. 11 April 2020. Dicapai pada 3 Julai 2020 – melalui The Sun Daily.
  9. ^ 국경 없는 세계에 필요한 지정학 전략_『벽이 없는 세계』 책소개. sanzinibook.tistory.com (dalam bahasa Korea). 20 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Julai 2020. Dicapai pada 22 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]