A.S. Roma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Roma
150px
Nama penuh Associazione Sportiva Roma S.p.A.
Gelaran I Giallorossi (Kuning Merah)
La Maggica (The Magic One)
I Lupi (Serigala)
Diasaskan 22 Julai 1927; 89 tahun yang lalu (1927-07-22)
(by Italo Foschi)
Stadium Stadio Olimpico
Rom, Itali
(Kapasiti: 70,634[1])
Pemilik NEEP Roma Holding SpA (79.04%)[2]
Presiden James Pallotta
Ketua jurulatih Luciano Spalletti
Liga Serie A
2015-16 Serie A, Ke-3
Tapak web Laman kelab
tuan rumah
tempat lawan

Associazione Sportiva Roma atau lebih mudah disebut sebagai Roma [ˈroːma], merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Rom, ibu negara Itali. Sejak ditubuhkan pada 1927, Roma telah bertanding di divisyen tertinggi Itali kecuali pada musim 1951–52 apabila mereka terpaksa bermain di divisyen kedua. Untuk musim ke-64 berturut-turut (keseluruhannya 83), Roma masih bermain di Serie A untuk musim 2015-16.

Roma telah merangkul kejuaraan Serie A sebanyak tiga kali iaitu pada musim 1941–42, 1982–83 dan 2000–01 selain memenangi tiga trofi Coppa Italia dan dua gelaran Supercoppa Italiana. Di peringkat Eropah, Roma memenangi Piala Pameran Inter-Cities pada 1960–61 selain menjadi naib juara Piala Eropah pada musim 1983–84 apabila tewas kepada Liverpool. Bahkan, Roma turut tewas pada perlawanan akhir Piala UEFA pada musim 1990–91 menentang Internazionale dalam dua perlawanan. Oleh itu, Roma menjadi kelab keempat Itali memperoleh banyak kejuaraan di belakang Juventus, Milan dan Inter dan ia juga tergolong dalam "Tujuh Kelab Gergasi Itali".

Roma bermain di Stadio Olimpico sebagai venue tuan rumah selain berkongsi dengan musuh tradisi, Lazio. Dengan memiliki kapasiti 72,000, stadium ini menjadi stadium kedua terbesar di Itali di belakang San Siro. Pada September 2009, Roma melancarkan pembinaan Stadio della Roma (kapasiti 55,000) di barat pinggir kota Rom. Reka bentuknya mengikut kepada stadium di England iaitu untuk memberikan penonton dari tempat duduk dapat melihat lebih dekat menghadap padang[3][4] dan ia juga dikatakan diinsipirasi dari Colosseum.[5] Pada September 2011, Thomas R. DiBenedetto diumumkan sebagai presiden baharu selepas mencapai rundingan dengan datuk bandar Rom, Gianni Alemanno dan dijangka stadium baru itu akan siap pada 2016.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

A.S. Roma ditubuhkan pada musim panas 1927 apabila Italo Foschi[7] memulakan penggabungan tiga kelab Kejuaraan Bola Sepak Itali dari kota Rom iaitu Roman FC, SS Alba-Audace dan Fortitudo-Pro Roma SGS.[8] Tujuan penggabungan itu ialah untuk memberikan kelebihan kepada kelab ibu negara Itali itu sebagai kelab yang kuat untuk mencabar pendominasi liga oleh kelab dari utara Itali pada masa itu. Hanya satu kelab Rom yang menentang penggabungan itu iaitu Lazio kerana campur tangan tentera Jeneral Vaccaro, ahli kelab dan barisan eksekutif Persekutuan Bola Sepak Itali. Roma mula bermain pada awal musimnya di stadium Motovelodromo Appio sebelum bertempat di laluan pekerja di Testaccio, dan kemudian ia membina tanah berkayu Campo Testaccio; yang dibuka pada November 1929.[9] Pada awal musim, Roma menduduki tempat kedua liga pada musim 1930–31 di belakang Juventus.[10] Kapten pasukan, Attilio Ferraris bersama dengan Guido Masetti, Fulvio Bernardini dam Rodolfo Volk menjadi tonggak penting Roma pada masa itu.[11]

Kejayaan scudetto pertama dan kemerosotan[sunting | sunting sumber]

Selepas menempuhi era kemerosotan dan pemergian pemain-pemain penting, Roma kemudian membentuk semula pasukan dengan menambah penyerang berbisa seperti Enrique Guaita dari Argentina.[12] Di bawah pengurusan Luigi Barbesino, kelab Rom hampir meerangkul kejuaraan liga pertamanya pada musim 1935–36 sebelum akur di tempat kedua dan ketinggalan hanya satu mata di belakang juara Bologna.[13]

Roma kembali ke bentuk terbaik sebelum persembahan tidak memuaskan pada lewat 1930an. Roma akhirnya merangkul kejuaran scudetto pertama pada musim 1941–42.[14] 18 gol yang dijaringkan pemain asal Itali, Amedeo Amadei menjadi kepentingan buat Alfréd Schaffer yang merupakan jurulatih Roma yang berjaya membimbing anak buahnya ke arah juara. Pada masa itu, Itali terlibat dalam Perang Dunia Kedua dan Roma bermain di Stadio del Partito Nazionale Fascista.[15]

Pada tahun-tahun selepas perang, Roma tidak dapat menawan semula kedudukan mereka dari awal 1940an. Roma menamatkan di kedudukan hampir tercorot di Serie A buat lima musim berturut-turut sebelum disingkirkan ke Serie B pada penghujung musim 1950–51[16][17] sekitar hampir sedekad mengecapi kejayaan scudetto. Di bawah pengurus Giuseppe Viani, Roma akhirnya berjaya layak ke Serie A semula.

Selepas kembali ke Serie A, Roma menduduki tempat di naib juara pada musim 1954-55 di bawah bimbingan jurulatih Inggeris, Jesse Carver selepas Udinese asalnya menduduki tempat kedua namun dipaksa tersingkir ke Serie B akibat rasuah.[18] Walaupun Roma tidak mampu untuk mencabar empat kedudukan terbaik pada dekad seterusnya, mereka mendapat beberapa pencapaian yang membanggakan. Kejayaan pertama Roma di luar Itali ialah pada 1960–61 apabila Roma menewaskan Birmingham City 4–2 dalam perlawanan akhir pada aksi Piala Pameran Inter-Cities.[19] Beberapa tahun kemudian, Roma menewaskan Torino 1-0 untuk menjulang Coppa Italia pada 1963-64.[20]

Mata terendah dicatat Roma ketika musim 1964-1965 apabila pengurus Juan Carlos Lorenzo mengumumkan kelab ini tidak mampu untuk membayar pemain-pemain dan tidak mampu membayar kos perjalanan ke Vicenza dalam satu perlawanan. Penyokong-penyokong mula melancarkan kutipan di Sistine Theatre dan bankrup dapat dielakkan apabila Franco Evangelisti dilantik sebagai presiden baharu.

Trofi kedua Coppa Italia dimenangi Roma pada musim 1968-69 apabila ia bertanding dengan kelab dari liga bawahan.[21] Giacomo Losi menjadi pemain membuat kemunculan terbanyak Roma pada 1969 apabila bermain sebanyak 450 perlawanan dalam semua kejohanan dan rekod beliau itu hanya mampu bertahan selama 38 tahun.[22]

Nasib berbeza-beza[sunting | sunting sumber]

Roma menambah satu liga koleksi pialanya pada 1972 apabila menang 3 berbalas ke atas Blackpool pada Piala Inggeris-Itali.[23] Pada era 1970an, kemunculan Roma di kedudukan teratas Serie A hanyak sekali sekala. Kedudukan terbaik dicatat Roma pada masa ini ialah berada di tempat ketika musim 1974–75.[24] Pemain terkenal Roma pada masa ini antaranya ialah Giancarlo De Sisti dan Francesco Rocca.


Pada perlawanan akhir Coppa Italia 1979-80, Roma menang ke atas Torino pada penentuan penalti lalu berjaya merangkul trofi ketiganya.[25] Roma mula mencapai tempat teratas liga sejak mereka tidak lagi melangkah ke kedudukan itu pada 1940an dan mereka akhirnya menduduki tempat kedua apabila akur dengan gol kontroversi Juventus dan akur Juventus sebagai juara pada musim 1980–81.[26] Bekas pemain Milan, Nils Liedholm menjadi pengururs pada masa itu selain mempunyai barisan pemain seperti Bruno Conti, Agostino Di Bartolomei, Roberto Pruzzo dan Falcão.[27]

Selepas 41 tahun, Roma akhirnya meraih kejuaraan scudetto buat kali kedua pada musim 1982–83 dan mereka meraikan secara meraih di ibu kota Rom.[28] Pada musim berikutnya, Roma menduduki tempat kedua di Itali dan juga sebagai naib juara pada perlawanan akhir Piala Eropah 1984 selepas tewas kepada Liverpool dalam penentuan penalti di Stadio Olimpico.[29] Kejayaan Roma pada era 1980an diteruskan lagi pada musim 1985–86[30] apabila menduduki tempat kedua liga selain merangkul kejuaraan Coppa Itali dengan menewaskan Sampdoria 3–2.[20]

Pada 1990an, Roma melangkah ke perlawanan akhir Piala UEFA namun tewas 2-1 kepada Internazionale pada 1991[31] dan pada musim yang sama, Roma memenangi Coppa Italia buat kali ketujuh dan menjadi naib juara Supercoppa Italiana selepas tewas kepada Sampdoria. Selepas muncul naib juara Coppa Italia kepada Torino, baki tahun 1990an amat merosot dan kedudukan terbaik dicatat Roma pada musim 1997–98 apabila kelab ini menduduki tempat keempat di Serie A.[32] Pada awal 1990an juga menyaksikan kelahiran Francesco Totti yang menjadi ahli pasukan terpenting dan menjadi kapten ikonik dalam masa-masa akan datang.

Era alaf baru[sunting | sunting sumber]

Roma kembali ke bentuk konsisteen pada awal 2000an dengan merangkul kejuaraan Serie A kali ketiga pada 2000–01.[33] Kapten pasukan Francesco Totti menjadi faktor utama kemenangan Roma pada musim ini dan beliau menjadi salah satu wira utama dalam sejarah kelab[34] selain cuba untuk memecah rekod dan statistik kelab.[35] Tonggak utama pasukan lain antaranya Aldair, Cafu, Gabriel Batistuta dan Vincenzo Montella.[36]

Peminat-peminat Roma teruja menyaksikan Roma meraih scudetto kali ketiga pada 17 Jun 2001 di Stadio Olimpico.

Kelab ini cuba untuk mempertahankan gelaran pada musim berikutnya tidak kesampaian apabila beza satu mata dengan pendahulu Juventus.[37] Ini juga menjadi titik permulaan Roma sebagai naib juara banyak kali sama ada di Serie A atau Coppa Italia pada 2000an. Mereka tewas kepada Milan pada perlawanan akhir Coppa Italia 2003[38] dan juga di belakang Milan sekali lagi di Serie A pada musim 2003–04.[39] Roma juga banyak melakukan pemodalan semula pada musim 2003-04. Pada November 2003 €37.5 juta telah disuntik "Roma 2000" untuk menutup kerugian dari setengah tahun dan pada tahun sebelumnya dan sekali lagi pada 30 Jun iaitu sebanyak €44.57 juta. Melalui pemasaran saham, tambahan €19.850 juta dalam perkongsian baharu dan pada penghujung tahun, perkongsian modal sebanyak €19.878 juta yang tidak ditukar sehingga 2011. Pada musim berikutnya, Roma menjual Walter Samuel dengan harga 25 juta euro dan Emerson sebanyak €28 juta. Ini menyebabkan Roma kelemahan barisan pertahanan dan tengah dan memberi kesan kepada Giallorossi menamatkan musim di tempat kelapan liga dan menjadi salah satu musim terburuk dalam sejarah terkini Roma.

Ketika skandal "Calciopoli", Roma tergolng dalam pasukan yang tidak terlibat. Selepas penghukuman dibuat, Roma berada di tempat naib juara untuk musim 2005–06[40] dan pada musim yang sama, mereka menjadi naib juara Coppa Italai seleas tewas kepada Internazionale.[41] Pada dua musim berikutnya iaitu pada 2006–07 dan 2007–08, Roma menjadi naib juara di Serie A dan tetap di belakang Internazionale dan bermaksud pada dekad 2000, Roma menduduki tempat kedua teratas liga berbanding dekad-dekad lain. Sementara itu di Liga Juara-Juara Eropah, mereka berjaya melangkah ke suku akhir sebelum kecundang kepada Manchester United. Dalam Liga Juara-Juara 2008-09, Roma berjaya mara ke pusingan kalah mati di atas Chelsea dalam kumpulannya dan menjadi sejarah kelab apabila Roma menjadi juara kumpulan di Liga Juara-Juara. Walau bagaimanapun, mereka tewas kepada Arsenal dalam penentuan penalti lalu menamatkan kempen Liga Juara-Juara.

Selepas melalui musim mengecewakan pada permulaan musim 2009–10, Claudio Ranieri digantikan oleh Luciano Spalletti sebagai ketua jurulatih. Pada masa itu, Roma berada di kedudukan tercorot liga selepas tewas kepada Juventus dan Genoa. Selepas itu, Roma mula bangkit dan meneruskan rekod tanpa kalah sepanjang 24 perlawanan. Giallorossi berada di puncak liga pada perbezaan satu mata sebelum tewas kepada Sampdoria. Roma akhirnya menduduki tempat kedua di Serie A dan Coppa Italia dan masing-masing di belakang Internazionale. Dekad ini boleh dikatakan dekad cemerlang dalam sejarah Roma jika dibandingkan dengan 1990an. Pada 2000an, Roma meraih scudetto, dua trofi Coppa Italia dan dua kejuaraan Supercoppa Italiana. Selain itu, pencapaian terbaik Roma pada masa ini ialah layak ke suku akhir Liga Juara-Juara (pada edisi 2006–07 dan 2007–08) sejak 1984. Serta enam naib juara di Serie A, empat aksi final Coppa Italia dan tiga final Supercoppa – membuatkan dekad paling cemerlang dalam sejarah Roma.

Masa kini[sunting | sunting sumber]

Barisan pemain Roma menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Pada musim panas 2010, keluarga Sensi bersetuju untuk melepaskan kuasanya di kelab ini sebagai sebahagian perjanjian penyelesaian hutang. Ini membawa kepada berakhirnya kawalan keluarga Sensi yang telahpun bertapak di Roma sejak 1993. Sehingga pemilik baru dilantik, Rosella Sensi tetap teruskan peranannya sebagai direktor kelab. Pada musim 2010-11, Roma menghadapi saingan sengit di peringkat domestik mahupun Eropah. Kali ini termasuklah tewas kepada pasukan seperti Cagliari, Brescia dan kekalahan 2-0 kepada Bayern Munich pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan menyaksikan pengurus Claudio Ranieri dikritik secara terbuka oleh pemainnya. Bagaimanapun, ia disusuli dengan kemenangan menentang Inter dan kemenangan sensasi menentang Bayern dalam perlawanan timbal balik, yang menyaksikan Roma menang 3-2. Berikutan beberapa keputusan hambar yang menyaksikan Roma terlibat dalam lima perlawanan berturut-turut tanpa memperoleh kemenangan, Ranieri akhirnya dipecat sebagai ketua jurulatih pada Februrari 2011 dan tugas itu diambil alih oleh bekas penyerang Roma, Vincenzo Montella sehingga penghujung musim. Pada musim itu, Francesco Totti menjaringkan gol ke-200nya di Serie A menentang Fiorentina pada Mac 2011 dan beliau merupakan pemain keenam melalukan sedemikian.

Pada 16 April 2011, kontrak pengambilalihan kelab ini telah ditutup apabila kumpulan pelaburan Amerika yang diketuai oleh Thomas R. DiBenedetto. "DiBenedetto AS Roma LLC" (kemudian dinamakan sebagai AS Roma SPV, LLC) terdiri daripada empat pemegang saham lain iaitu James Pallotta (25%) dari Tudor Investment; Michael Ruane (25%), direktor TA Realty, yang mana sebahagiannya pemilik "AS Roma SPV, LLC" melalui kepercayaan keluarga sebanyak 22.5%; dan Richard D'Amore (25%) dari North Bridge Venture Partners and Veeco.[42] DiBenedetto menjadi presiden Roma ke-22 yang berkhidmat dari 27 September 2011 hingga 27 Ogos 2012 dan digantikan oleh Pallotta.[43] Pada 2011, "AS Roma SPV, LLC" memiliki 60% perkongsian dengan NEEP Roma holding, dengan baki (40%) dikekalkan oleh pemiutang Sensi, UniCredit; NEEP seterusnya dimiliki semua saham yang dipegang sebelum ini oleh Sensi (kira-kira 67%) dengan apungan bebas dalam pasaran saham.

Pemilik baru kelab ini melancarkan beberapa perubahan besar dalam kelab ini dengan mengambil Walter Sabatini sebagai direktor bola sepak dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol dan jurulatih Barcelona B, Luis Enrique sebagai pengurus. Mereka kemudian mengikat pemain tengah Érik Lamela dari River Plate, penyerang Bojan dari Barcelona, penjaga gol Maarten Stekelenburg dan Ajax dan pertahanan veteran, Gabriel Heinze. Kelab ini juga menjual dan memecat pemain pertahanan John Arne Riise, penjaga gol Doni dan kedua-dua penyerang iaitu Jérémy Ménez dan Mirko Vučinić. Dalam peringkat kewangan, syarikat telah memperoleh 100 juta euro.

Walau bagaimanapun, Roma tersingkir awal dalam pusingan play-off Liga Europa UEFA 2011-12. Selepas pengambil alihan rasmi pada 18 Ogos, Roma membeli penyerang Pablo Osvaldo, pemain tengah Miralem Pjanić dan Fernando Gago, pertahanan Simon Kjær dan pemain muda Fabio Borini dengan menelan kos lebih €40 juta. Pada 2012, Pallotta menjadi presiden baru apabila beliau sendiri memecahkan perkongsian dengan NEEP Rom Holding.

Pada 12 Jun 2013, Pallotta mengumumkan Rudi García dilantik sebagai pengurus baru Roma.[44] Beliau menikmati permulaan cemerlang dalam kariernya di Roma dengan memenangi sepuluh perlawanan Serie A pertamanya dengan kemenangan berturut-turut.[45] Ketika kemaraan ini, Roma menjaringkan 24 kali dan hanya bolos sekali oleh Parma.

Imej[sunting | sunting sumber]

Lambang Roma yang diguna pakai dari 1997 hingga 2013.

Warna-warna Roma iaitu ungu imperial bersama kuning keemasan mewakili warna tradisional Rom ataupun sebagai jata rasmi Comune di Roma yang menampilkan warna sama.[46] Warna emas dan merah-ungu mewakili maruah Empayar Rom.[47] Seluar pendek putih dan stoking hitam biasanya digunakan ketika memakai jersi merah, namun terutamanya pada perlawanan utama, seluar pendek dan stoking dipakai dengan warna yang sama apabila menyarung jersi tuan rumah.[48]

Jersi ini asalnya dipakai oleh Roman Football Club; salah satu daripada tiga kelab lain yang digabung pada 1927.[49] Disebabkan warna-warna yang mereka pakai, Roma lebih dikenali dengan nama samaran i giallorossi bermakna kuning-merah.[50] Jersi pelawat Roma kebiasannya berwarna putih dan jersi ketiga atau alternatif sering ditukar mengikut masa. Kemungkinan disebabkan oleh pemasaran sukan moden, beberapa tahun yang lalu telah menyaksikan warna emas digantikan dengan warna jingga.

Nama samaran popular Roma yang lain iaitu i lupi (serigala). Haiwan ini tampil dalam lambang kelab dalam pelbagai bentuk melalui sejarahnya. Kini, lambang pasukan ini telah digunakan sama seperti lambang kelab sewaktu penubuhannya. Ia memaparkan serigala betina bersama dua bayi lelaki iaitu Romulus dan Remus, menggambarkan mitos penubuhan kota Rom.[51] Berdasarkan mitos bagaimana mendapat nama dan logo kelab, kembar (anak kepada Mars dan Rhea Silvia) dilempar ke Sungai Tiber oleh pak cik saudaranya, Amulius, kemudian seekor serigala betina menyelamatkan kembar itu dan menjaganya.[52] Akhirnya, dua orang kembar itu membalas dendam terhadap Amulius sebelum mereka berdua bertelagah. Romulus membunuh Remus dan menjadi raja sebuah kota baru yang dinamakan sempena penghargaannya, Rom.[53]

Stadium[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Stadio Olimpico ketika satu perlawanan Roma.

Kemudahan sukan Roma pertama ialah Motovelodromo Appio yang sebelum ini digunakan oleh Alba-Audace. Roma hanya bermain di situ untuk musim 1927-28 sehingga mereka berpindah ke Campo Testaccio pada musim seterusnya.. Campo Testaccio digunakan dari 1929 hingga 1940. Pasukan ini kemudian berpindah ke Stadio Nazionale del PNF selama 13 tahun sebelum berpindah sekali lagi.

Dalam musim 1953–54, Roma berpindah ke arena Olimpik, Stadio Olimpico dan ia dikongsi dengan kelab Lazio. Arena ini telah menghadapi beberapa perubahan selama ini. Contohnya, Stadio Olimpico terpaksa dirobohkan sebelum dibina semula sebagai persiapan menghadapi Piala Dunia FIFA 1990 apabila Itali menjadi tuan rumah acara bola sepak terbesar dunia itu. Roma bermain hampir setiap musim dari 1953–54 di Stadio Olimpico kecuali pada musim 1989–90 oleh kerana pembinaan semula Stadio Olimpico. Pada masa itu, Roma bermain di Stadio Flaminio.

Pada 30 Disember 2012, Presiden AS Roma James Pallotta mengumumkan pembinaan stadium baru di kawasan Tor di Valle di Rome. Stadium baru iaitu Stadio della Roma dijadualkan akan siap dan dibuka pada 2016. Stadium baru ini memiliki kapasiti 60,000 tempat duduk.

Di bawah menunjukkan stadium yang digunakan oleh Roma dan tempohnya.

  • 1927–1928 Motovelodromo Appio
  • 1929–1940 Campo Testaccio
  • 1940–1953 Stadio Nazionale del PNF
  • 1953– Stadio Olimpico (1989–1990 Stadio Flaminio oleh kerana pembinaan semula Stadio Olimpico)

Penyokong dan pesaing[sunting | sunting sumber]

Peminat Roma di Stadio Olimpico

Roma merupakan kelab kelima memiliki penyokong teramai di Itali di belakang Juventus, Internazionale, Milan dan Napoli. Sekitar 7% daripada seluruh penyokong Itali menyokong Roma (berdasarkan penyelidikan Doxa Institute-L'Espresso pada April 2006).[54]

Kumpulan ultras Roma ialah Commando Ultrà Curva Sud[55] atau disingkatkan sebagai CUCS. Kumpulan ini ditubuhkan oleh penggabungan kelompok-kelompok kecil. Pada pertengahan 1990an, CUCS telah dirampas oleh kumpulan saingan dan akhirnya berpecah. Sejak itu, Curva Sud Stadio Olimpico dikawal oleh kumpulan sayap kanan[56] termasuk A.S. Roma Ultras, Boys, Giovinezza dan lain-lain. others. Kumpulan tertua, Fedayn tidak terlibat dalam politik dan walau bagaimanapun, politik bukannya identiti utama Roma dan ia hanya sebahagian daripada indentiti keseluruhannya. Selain kumpulan ultras, dipercayai bahawa peminat Roma menyokong sebelah kiri berbanding dengan penyokong Lazio, yang berbangga dengan hubungan sayap kanan mereka.[57] Pada September 2009, kelab ini memperkenalkan rancangan untuk membina stadium baharu yang berkapasiti 55,000 di bahagian barat pinggir bandar Rom.

Antara lagu popular yang sering kedengaran di stadium ialah "Roma (non-si discute, si ama)", atau dikenali sebagai "Roma Roma",[58] oleh penyanyi Antonello Venditti. Tajuknya lebih kurang seperti ini, "Roma tidak perlu dipersoalkan, ia untuk dicinta," dan ia sering dinyanyikan sebelum perlawanan. Lagu "Grazie Roma", juga dicipta oleh penyanyi sama yang berlangsung ketika penghujung perlawanan. Kini, lagu "Seven Nation Army" nyanyian The White Stripes semakin popular ketika perlawanan berlangsung.[59]

Dalam bola sepak Itali, Roma merupakan sebuah kelab yang mempunyai banyak pesaing atau disebut sebagai musuh. Pesaing pertama atau yang paling terkenal ialah Lazio dan lebih-lebih lagi kedua-dua pasukan ini berkongsi satu stadium sama iaitu Stadio Olimpico. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Capitale, antara pertembungan bola sepak paling panas dan beremosi di dunia. Perlawanan ini telah menyaksikan beberapa kes keganasan pada masa lalu termasuklah kematian seorang penyokong Lazio, Vincenzo Paparelli ketika musim 1979–80 dan menyebabkan suar kecemasan terpaksa dibakar dari Curva Sud. Dan contoh yang lain ialah perlawanan kedua-dua pasukan ini terpaksa dibatalkan pada Mac 2004 akibat khabar angin yang tidak berasas mengatakan kematian berpunca daripada keganasan yang berlaku di luar stadium.[60]


Roma juga mempunyai permusuhan dengan Napoli dalam Derby del Sole, yang bermaksud "Pertembungan Matahari".[61] Kini, peminat-peminat Roma mula meletakkan gergasi Serie A seperti Juventus (permusuhan bermula pada 1980an), Milan dan Internazionale (semakin panas pada tahun-tahun kini) sebagai pesaingnya supaya dapat mencabar tiga tempat ke slot Liga Juara-Juara.

Terdapat juga beberapa contoh konflik sejak beberapa tahun kebelakangan ini di antara penyokong Roma dan kelab Inggeris serta keganasan yang berlaku di luar stadium menyaksikan beberapa peminat Liverpool ditikam.[62] Sejak itu, beberapa contoh peminat Inggeris diserang atu ditikam di Rom termasuk peristiwa 2001 apabila Liverpool melawat Roma dua kali dan berikutnya dengan peminat Middlesbrough pada 2006 serta dengan peminat Manchester United pada 2007. Pada Mac 2009, sebuah gerabak membawa seorang peminat Arsenal ke tempat lebih selamat selepas peminat itu diserang oleh sekumpulan ultras Roma sejurus berada di luar stadium. Tingkap gerabak itu juga pecah dan membabitkan ramai orang cedera.[63][64]

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad semasa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 16 Ogos 2016.[65]
No. Posisi Pemain
1 Poland GK Wojciech Szczęsny (dipinjam dari Arsenal)
2 Jerman DF Antonio Rüdiger
3 Brazil DF Juan Jesus (dipinjm dari Internazionale)
4 Belgium MF Radja Nainggolan
5 Argentina MF Leandro Paredes
6 Belanda MF Kevin Strootman
7 Paraguay FW Juan Manuel Iturbe [66]
8 Argentina MF Diego Perotti
9 Bosnia dan Herzegovina FW Edin Džeko
10 Itali FW Francesco Totti (kapten)
11 Mesir FW Mohamed Salah
13 Brazil DF Bruno Peres (dipinjam dari Torino)
15 Belgium DF Thomas Vermaelen (dipinjam dari Barcelona)
No. Posisi Pemain
16 Itali MF Daniele De Rossi
18 Romania GK Bogdan Lobonț
19 Brazil GK Alisson
20 Argentina DF Federico Fazio (dipinjam dari Tottenham)
21 Perancis MF William Vainqueur
22 Portugal DF Mário Rui (dipinjam dari Empoli)
24 Itali MF Alessandro Florenzi
30 Brazil MF Gerson
33 Brazil DF Emerson (dipinjam dari Santos)
35 Greece DF Vasilis Torosidis
44 Greece DF Kostas Manolas
92 Itali FW Stephan El Shaarawy

Dipinjam[sunting | sunting sumber]

No. Posisi Pemain
Romania GK Ionuț Pop (di Fidelis Andria)
Poland GK Łukasz Skorupski (di Empoli)
Lithuania GK Tomas Švedkauskas (di Lupa Roma)
Itali DF Andrea Paolelli (di Viterbese)
Itali DF Arturo Calabresi (di Brescia)
Bosnia dan Herzegovina DF Ervin Zukanović (di Atalanta)
Brazil DF Leandro Castán (di Torino)
Itali DF Massimo Sammartino (di Pistoiese)
Romania DF Mihai Bălașa (di Trapani)
Itali DF Nicola Falasco (di Cesena)
Slovakia DF Norbert Gyömbér (di Pescara)
Itali DF Paolo Frascatore (di Lausanne)
Serbia DF Petar Golubović (di Pisa)
Argentina DF Tiago Casasola (di Trapani)
Itali MF Christian D'Urso (di Latina)
No. Posisi Pemain
Itali MF Dario Vittorio Meadows (di Leeds United)
Itali MF Lorenzo Vasco (di Südtirol)
Itali MF Matteo Ricci (di Perugia)
Guinea Khatulistiwa MF Pepín (di Trapani)
Itali MF Simone Battaglia (di Ancona)
Itali FW Daniele Verde (di Avellino)
Argentina FW Ezequiel Ponce (di Granada)
Cameroon FW Franck-Cédric Tchoutou (di Taranto)
Itali FW Giammario Piscitella (di Catania)
Sepanyol FW Iago Falque (di Torino)
Itali FW Jacopo Ferri (di Messina)
Uruguay FW Kevin Méndez (di Lausanne)
Itali FW Marco Frediani (di Ancona)
Serbia FW Nemanja Radonjić (di Čukarički)
Ivory Coast FW Seydou Doumbia (di Basel)

Kakitangan pasukan[sunting | sunting sumber]

Posisi Kakitangan
Ketua jurulatih Itali Luciano Spalletti
Naib jurulatih Itali Marco Domenichini
Pembantu jurulatih Itali Daniele Baldini
Pembantu jurulatih Itali Aurelio Adreazzoli
Direktor teknikal Itali Aurelio Andreazzoli
Jurulatih penjaga gol Itali Guido Nanni
Jurulatih kecergasan Itali Luigi Febbrari
Jurulatih kecergasan Itali Vito Scala
Pengurus pasukan Itali Salvatore Scaglia

Sumber: asroma.it

Senarai presiden[sunting | sunting sumber]

Roma mempunyai beberapa presiden dalam sejarahnya dan sebahagian daripadanya ialah pemilik kelab dan lain-lain ialah presiden kehormat. Di bawah memaparkan senarai presiden Roma sejak penubuhannya pada 1927 hingga kini.[67]

 
Nama Tahun
Italo Foschi 1927–28
Renato Sacerdoti 1928–35
Vittorio Scialoja 1935–36
Igino Betti 1936–41
Edgardo Bazzini 1941–44
Pietro Baldassarre 1944–49
Pier Carlo Restagno 1949–52
Romolo Vaselli 1952
Renato Sacerdoti 1952–58
Anacleto Gianni 1958–62
Francesco Marini-Dettina 1962–65
Franco Evangelisti 1965–68
 
Nama Tahun
Francesco Ranucci 1968–69
Alvaro Marchini 1969–71
Gaetano Anzalone 1971–79
Dino Viola 1979–91
Flora Viola 1991
Giuseppe Ciarrapico 1991–93
Ciro Di Martino 1993
Franco Sensi 1993–08
Rosella Sensi 2008–11
Roberto Cappelli 2011
Thomas R. DiBenedetto 2011–12
James Pallotta 2012–

Senarai pengurus[sunting | sunting sumber]

Di bawah menunjukkan senarai pengurus Roma dari tahun 1927 hingga kini.[68]

 
Nama Warganegara Tempoh
William Garbutt England 1927–29
Guido Baccani Itali 1929–30
Herbert Burgess England 1930–32
Lászlo Barr Hungary 1932–33
Lajos Kovács Hungary 1933–34
Luigi Barbesino Itali 1934–38
Guido Ara Itali 1938–39
Alfréd Schaffer Hungary 1939–42
Géza Kertész Hungary 1942–43
Guido Masetti Itali 1943–45
Giovanni Degni Itali 1945–47
Imre Senkey Hungary 1947–48
Luigi Brunella Itali 1948–49
Fulvio Bernardini Itali 1949–50
Adolfo Baloncieri Itali 1950
Pietro Serantoni Itali 1950
Guido Masetti Itali 1950–51
Giuseppe Viani Itali 1951–53
Mario Varglien Itali 1953–54
Jesse Carver England 1954–56
György Sarosi Hungary 1956
Guido Masetti Itali 1956–57
 
Nama Warganegara Tempoh
Alec Stock England 1957–58
Gunnar Nordahl Sweden 1958–59
György Sarosi Itali 1959–60
Alfredo Foni Itali 1960–61
Luis Carniglia Argentina 1961–63
Naim Kryeziu Albania 1963
Alfredo Foni Itali 1963–64
Luis Miró Sepanyol 1964–65
Juan Carlos Lorenzo Argentina 1965–66
Oronzo Pugliese Itali 1966–68
Helenio Herrera Argentina 1968–70
Luciano Tessari Itali 1970
Helenio Herrera Argentina 1971–72
Tonino Trebiciani Itali 1972–73
Nils Liedholm Sweden 1974–77
Gustavo Giagnoni Itali 1978–79
Ferruccio Valcareggi Itali 1979–80
Nils Liedholm Sweden 1980–84
Sven-Göran Eriksson Sweden 1984–86
Angelo Sormani Itali 1986–88
Nils Liedholm Sweden 1988
Luciano Spinosi Itali 1988–89
 
Nama Warganegara Tempoh
Gigi Radice Itali 1989–90
Ottavio Bianchi Itali 1990–92
Vujadin Boškov Federal Republic of Yugoslavia 1992–93
Carlo Mazzone Itali 1993–96
Carlos Bianchi Argentina 1996
Nils Liedholm Sweden 1996
Ezio Sella Itali 1996
Zdeněk Zeman Republik Czech 1997–99
Fabio Capello Itali 1999–04
Cesare Prandelli Itali 2004
Rudi Völler Jerman 2004
Luigi Delneri Itali 2004–05
Bruno Conti Itali 2005
Luciano Spalletti Itali 2005–09
Claudio Ranieri Itali 2009–11
Vincenzo Montella Itali 2011
Luis Enrique Sepanyol 2011–12
Zdeněk Zeman Republik Czech 2012–13
Aurelio Andreazzoli Itali 2013
Rudi García Perancis 2013–2016
Luciano Spalletti Itali 2016–

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Francesco Totti dengan gembiranya menjulang trofi Coppa Italia pada 2008.

Domestik[sunting | sunting sumber]

Serie A

Coppa Italia

Supercoppa Italiana

Serie B

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Piala Pameran Inter-Cities

Hall of Fame[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Oktober 2012, "Hall of Fame" Roma telah diumumkan.[69] Hall of Fame kategori pemain diundi melalui laman web rasmi kelab dan undian panel istimewa Hall of Fame. Pada 2013, empat pemain ditambah dan pada 2014, tahun ketiga Hall of Fame AS Roma, empat lagi pemain diundi.[70]

Added in 2012:

Added in 2013:

Added in 2014:

Added in 2015:

Rekod dan statistik kelab[sunting | sunting sumber]

Francesco Totti memegang rekod kemunculan terbanyak selain penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk kelab Roma.

Francesco Totti memegang rekod kemunculan rasmi terbanyak Roma dengan melakukan 610 penampilan (sehingga Mei 2011) dalam semua kejohanan iaitu selama 19 musim dari tahun 1992 sehingga kini.[71] Beliau juga antara pemegang rekod kemunculan terbanyak di Serie A iaitu 474 penampilan dan beliau melepasi rekod Giacomo Losi pada 1 Mac 2008 ketika menentang Parma.[72]

Termasuk semua kejohanan, Totti ialah penjaring terbanyak sepanjang zaman Roma dengan 262 gol sejak menyertai kelab. 207 daripadanya gol yang dijaringkan oleh beliau di Serie A (rekod lain buat Roma).[73] Roberto Pruzzo yang menjadi penjaring terbanyak sejak 1988 menduduki tempat kedua apabila menjaringkan 136 gol dalam semua kejohanan. Dalam musim 1930-31, Rodolfo Volk menjaringkan 29 gol di Serie A dalam satu musim dan bukan sahaja beliau menjadi penjaring terbanyak pada musim itu namun beliau mencatat rekod untuk gol terbanyak dalam satu musim dan tidak dapat ditandingi sehingga sekarang.[74]

Perlawanan pertama Roma yang dicatat ialah pada perlawanan Serie A ketika musim 1927–28 menentang Livorno; Roma menang 2–0.[75] Kemenangan terbesar pernah direkodkan Roma ialah kemenangan 9-0 ke atas Cremonese ketika musim 1929–30.[76] Kekalahan terburuk pernah dihadapi Roma ialah 7-1 yang berlaku sebanyak tiga kali. Kekalahan 7-1 perlawanan ketika menentang Juventus ketika musim 1931–32, kemudian menentang Torino pada musim 1947–48 dan yang terkini kecundang di tangan Manchester United pada 2006–07.[77]

Roma sebagai sebuah syarikat[sunting | sunting sumber]

NEEP Roma Holding (Kumpulan)
Hasil €128.520 juta (2013–14)[78]
Pendapatan operasi (€26.950 juta) (2013–14)
Pendapatan bersih (€40.107 juta ) (2013–14)[79]
Jumlah aset €386.31 juta (2013–14)
Jumlah ekuiti €43.398 juta (2013–14)
Pemilik AS Roma SPV LLC (91%)
James Pallotta
Thomas R. DiBenedetto
Michael Ruane
Richard D'Amore
Starwood Capital
Raptor Holdco LLC (9%)
James Pallotta
Anak syarikat AS Roma SpA
AS Roma Real Estate Srl
Stadio TDV S.p.A.
A.S. Roma (Kumpulan)
Nama perdagangan BITASR
Hasil €180.626 juta
Pendapatan operasi (€29.418 juta )
Pendapatan bersih (€41.166 juta )
Jumlah aset €298.580 juta
Jumlah ekuiti (€102.277 juta )
Pemilik NEEP Roma Holding SpA (79.044%)
– AS Roma SPV LLC (91%)
– Raptor Holdco LLC (9%)
Lain(20.956%)
Anak syarikat Soccer S.a.s. di Brand Management S.r.l.
ASR Media and Sponsorship S.r.l

Sejak 1999, ketika era Franco Sensi memegang jawatan, Associazione Sportiva Roma telah menjadi sebuah syarikat saham bersama. Dari tahun 2004 hingga 2011, perkongsian Roma diagihkan sekitar 67.1% kepada Compagnia Italpetroli SpA (syarikat keluarga Sensi) dan 32.9% kepada pemegang saham lain.

Pada April 2008, selepas sebulan spekulasi semakin memuncak, George Soros disahkan oleh Rosella Sensi sebagai CEO Roma. Selepas pelabur luar mula membida untuk mengambil alih Roma, pembidaan ini dengan lancarnya ditolak oleh keluarga Sensi dan sebaliknya beliau tetap menjadi pemilk kelab. Pada 17 Ogos 2008, pengerusi dan pemilik kelab club, Franco Sensi meninggal selepas mengidap penyakit lama dan tempatnya diambil oleh anak perempuannya, Rosella.

Sejak pengambil alihan pada 2011, NEEP Roma Holding S.p.A. memiliki kesemua saham Sensi dahulu. NEEP yang dipegang DiBenedetto AS Roma (kemudian dinamakan kepada AS Roma SPV, LLC) dan Unicredit memiliki nisbah 60–40 dari 2011 hingga 2013 dan pemilik dahulu mempunyai empat pemegang saham orang yang sebenar dalam nisbah yang sama, yang diketuai oleh Presiden Roma masa hadapan Thomas R. DiBenedetto (2011–12). Pengambil alihan itu juga mengaktifkan tawaran saham mandatori daripada orang ramai, namun tidak semua pemegang saham minoriti sanggup menjual saham mereka. Tawaran mandatori itu telah membuatkan NEEP memegang 78.038% daripada saham AS Roma (ditambah ke 67.1% daripada Sensi).[80] Pada 1 Ogos 2013, presiden Roma menjadi salah satu daripada empat pemegang saham Amerika yang memegang AS Roma SPV, LLC, James Pallotta membawa tambahan 9% saham NEEP Roma Holding dari Unicredit (menerusi Raptor Holdco LLC), sehingga bank tidak bersedia untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam peningkatan modal NEEP dari €120,000 hingga €160,008,905.[81][82] Pada 4 April 2014 Starwood Capital Group menjadi pemegang saham kelima AS Roma SPV, serta membentuk perkongsian strategik dengan AS Roma SpA untuk membangunkan hartanah di seluruh stadium baru.[83] Firma pelaburan swasta diwakili oleh Zsolt Kohalmi dari AS Roma SPV, yang dilantik pada 4 April sebagai rakan kongsi.[84] Pada 11 Ogos 2014, UniCredit menjual baki saham NEEP (31%) sebanyak €33 juta yang dibuat AS Roma SPV LLC (91%) dan Raptor Holdco LLC (9%) yang sebahagian daripada AS Roma SpA.[85]

Bersama Lazio dan Juventus, Roma ialah salah satu daripada tiga kelab Itali yang tergolong dalam Borsa Italiana, sebuah bursa saham Itali. Menurut The Football Money League yang diterbitkan oleh Deloitte, pada musim 2010-11, Roma merupakan kelab bola sepak ke-15 memiliki pendapatan tertinggi dengan jumlah kewangan €143.5 juta.[86]

Salah satu subsidiari Roma, Società Diritti Sportivi S.r.l., sedang dalam proses pembubaran sejak 2005. Selepas syarikat Viola menhadapi bankrup, Roma dan Lazio menambahkan nisbh saham mereka dari 25% hingga 37.5%. Subsidiari lain iaitu "Soccer S.A.S. di Brand Management S.r.l.", memperoleh penjualan Roma kepada syarikat subsidiari itu pada 2007. Pada Februari 2015, selain SPV, "ASR Media and Sponsorship S.r.l",[87] telah ditubuhkan untuk menjamin pinjaman bank lima tahun sebanyak €175 juta dari Goldman Sachs untuk tiga bulan Euribor (min. 0.75%) + 6.25% penyebaran (i.e. min. 7% faedah p.a.).[88]

Pengeluar dan penaja jersi[sunting | sunting sumber]

Tempoh Pengluar Penaja
1970–71 Lacoste Tiada
1972–76 Tiada
1977–79 Adidas
1979–80 Pouchain
1980–81 Playground
1981–82 Barilla (pasta)
1982–83 Patrick
1983–86 Kappa
1986–91 NR
1991–94 Adidas
1994–95 Asics Nuova Tirrena (insurans)
1995–97 INA Assitalia (insurans)
1997–00 Diadora
2000–02 Kappa
2002–03 Mazda (automobil)
2003–05 Diadora
2005–06 Banca Italease (bank)
2006–07 None
2007–13 Kappa WIND (telekomunikasi)
2013–14 Tiada Roma Cares (pertubuhan amal)[89]
2014–16 Nike[90] Tiada
2016–24 akan ditentukan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. name="olimpico">"Stadi Serie A 2015-2016" (PDF). 
  2. http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/snapshot.asp?privcapid=140063449
  3. "New Roma stadium planned for 2014". Goal.com. 21 September 2011. Dicapai pada 19 February 2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  4. "Roma stadium to be inspired by English Model". soccernet.com. 29 September 2009. 
  5. name=":0"
  6. name=":0">Kent, David (26 March 2014). "Roma unveil plans to move to new £250m stadium inspired by the Colosseum".  Check date values in: |date= (bantuan)
  7. name = lastoria
  8. name = lastoria
  9. name = "Testaccio"
  10. name = league
  11. "Attilio Ferraris". Viva la Roma. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  12. name="stars">"Tutti i calciatori dell'A.S. Roma". Viva la Roma. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  13. "1935–'36: Io Faccio I Gol Non La Guerra!". ASRomaUltras.it. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  14. "Campionato 1941–42 – Roma campione d'Italia". ASRTalenti. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  15. "I Campi da Gioco". ASRomaUltras.it. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  16. name = league
  17. "Italy 1951–52 – Serie B". RSSSF.com. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  18. name = league
  19. "Inter-Cities Fairs Cup 1960–61". RSSSF.com. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  20. 20.0 20.1 "TIM Cup – Coppa Italia". Vilacom Sports. 24 June 2007. Diarkibkan daripada original pada 27 September 2011.  Check date values in: |date= (bantuan)
  21. name = "coppaitalia"
  22. "Rekordok, statisztikák". ASRoma Hunsports. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  23. "Anglo-Italian Cup 1972". RSSSF.com. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  24. name = league
  25. name = "coppaitalia"
  26. "Roma – Juventus: A Historical Look". Goal.com. 24 June 2007. Diarkibkan daripada original pada 1 December 2008.  Check date values in: |date=, |archive-date= (bantuan)
  27. name="legends">"A.S. Roma Legends". LaRoma-Online.com. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  28. name="officialtitles">"Campionato Serie A – Albo D'oro". Lega Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 August 2007. Dicapai pada August 2007.  Check date values in: |access-date=, |archive-date= (bantuan)
  29. name="liverpoolfinal">"Season 1983–84". European Cup History. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  30. name = league
  31. "Roma – Inter: A Historical Look". Goal.com. 24 June 2007. Diarkibkan daripada original pada 1 December 2008.  Check date values in: |date=, |archive-date= (bantuan)
  32. name = league
  33. name = league
  34. name = "legends"
  35. name = "legends"
  36. "A.S. Roma 2000–2001". Italica RAI. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  37. name = league
  38. name = "coppaitalia"
  39. name="league">Modena, Panini Edizioni (2005). Almanacco Illustrato del Calcio – La Storia 1898–2004. 
  40. "Punishments cut for Italian clubs". London: BBC.co.uk. 24 June 2007. Dicapai pada 5 January 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  41. name="coppaitalia"
  42. http://investing.businessweek.com/businessweek/research/stocks/private/person.asp?personId=84385&privcapId=22127&previousCapId=251349&previousTitle=ANADARKO%20PETROLEUM%20CORP
  43. http://www.gazzettagiallorossa.it/2012/08/gazzetta-dello-sport-pallotta-e-tua-tra-basket-e-soccer-la-scalata-di-mister-james-per-fare-grande-la-roma/
  44. "RUDI GARCIA". asroma.it. 12 June 2013. Dicapai pada 2 November 2013.  Check date values in: |date= (bantuan)
  45. "Roma set record for best start to Serie A season". BBC Sport. 27 October 2013. Dicapai pada 28 October 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  46. "Stemma Comune di Roma". Comuni-Italiani. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  47. "A.S. Roma". 123football.com. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  48. "Roma – Lazio: February 2006". ViewImages.com. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  49. "Il Roman – La storia (tratta da "La Roma")". ASRomaUltras.it. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  50. "A.S. Roma". Football in Italy. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  51. name="legend_rome"
  52. name="legend_rome"
  53. name="legend_rome">"The Legend of Romulus and Remus". Museums.ncl.ac.uk. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  54. "L'altra metà del pallone: Supporters of football clubs in Italy". L'Expresso. April 2006. Diarkibkan daripada original pada 6 April 2009. 
  55. name = "fans"
  56. name = "fans"
  57. Why Roma Lazio is one of world footballs fierecest rivalries
  58. "Roma Profile". Goal.com. April 2006. Diarkibkan daripada original pada 26 September 2008. 
  59. "'Seven Nation Army' coro dei tifosi romanisti". Indie-Rock.it. 29 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  60. name="derby">"22 March: Derby confusion". FootballInRome.co.uk. 29 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  61. "Football Derby matches in Italy". FootballDerbies.com. 29 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  62. name="Times call for final move">"Times call for final move". 19 March 2009. Diarkibkan daripada original pada 15 September 2010.  Check date values in: |date= (bantuan)
  63. name="Times call for final move"
  64. "Arsenal fan attacked in Rome". BBC News (London). 12 March 2009. Dicapai pada 5 January 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  65. "Players". A.S. Roma. 14 August 2015. Dicapai pada 14 August 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  66. "Juan Manuel Iturbe". 
  67. name="president">"I presidenti dell'A.S. Roma dall 1927 ad oggi". Viva la Roma. 8 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  68. "Gli Allenatori dell'A.S. Roma dal 1927 al Oggi". Viva la Roma. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  69. http://www.asroma.it/it/notizie/notizie.html?id=6675
  70. "AS Roma Hall of Fame press release" (PDF). A.S. Roma. Dicapai pada 10 January 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  71. name = uefa
  72. name="totti_record">"Comedy of errors helps Roma keep title hopes alive". Yahoo! Sports. 1 March 2008.  Check date values in: |date= (bantuan)[pautan putus]Templat:Cbignore
  73. name = uefa
  74. name = uefa
  75. "Campionato 1928–29 A.S. Roma". ASRTalenti. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  76. name = uefa
  77. name="uefa">"FC Shakhtar Donetsk v A.S. Roma" (PDF). UEFA. 24 June 2007.  Check date values in: |date= (bantuan)
  78. Gruppo NEEP Roma Holding bilancio (consolidated financial statements) on 30 June 2014 (Itali), PDF purchased from Italian CCIAA
  79. group=nb name=minority>Termasuk faedah minoriti
  80. "A.S. Roma SpA Ownership". Consob. 20 September 2012. 
  81. http://www.asroma.it/pdf/corporate/comunicati_finanziari/2013_08_01_press_release.pdf
  82. http://www.asroma.it/pdf/corporate/comunicati_finanziari/2013_06_08_estratto_patti_parasociali.pdf
  83. "STARWOOD CAPITAL GROUP ENTERS STRATEGIC PARTNERSHIP TO HELP DEVELOP AS ROMA’S NEW STADIUM CAMPUS" (PDF). Starwood Capital. 26 March 2014. Dicapai pada 14 July 2014.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  84. "Zsolt Kohalmi Named to Oversee European Acquisition Efforts" (PDF). Starwood Capital. 4 April 2014. Dicapai pada 14 July 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  85. "PRESS RELEASE" (PDF). AS Roma. 11 August 2014. Dicapai pada 21 April 2015.  Check date values in: |date= (bantuan)
  86. "Football Money League" (PDF). Deloitte. February 2012.  Check date values in: |date= (bantuan)
  87. http://www.researchandmarkets.com/reports/3093848/research-update-asr-media-and-sponsorship-eur175
  88. "Goldman Sachs sets sights on Italian soccer". il sole 24 ore. 26 June 2015. Dicapai pada 22 January 2016.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  89. name="sponsor">http://www.asroma.it/en/news/unicacomete_eng/
  90. "AS ROMA AND NIKE ANNOUNCE NEW PARTNERSHIP". A.S. Roma Official Website. 13 March 2013. Dicapai pada 14 March 2013.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Wikinews category