A. Aziz Deraman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A. Aziz Deraman
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ke-7
Dalam jawatan
1994–2004
Didahului olehJumaat Mohd Noor
Digantikan olehFirdaus Abdullah
Butiran peribadi
LahirAbdul Aziz bin Deraman
(1948-07-23) 23 Julai 1948 (umur 75)
Kampung Baru, Pasir Puteh, Kelantan
Nama samaranA. Aziz Deraman, Azidra, Ade Putragong

Datuk Haji Abdul Aziz Deraman (lahir 1948) adalah seorang penggiat sastera, penulis dan pegawai perkhidmatan awam Malaysia, berasal dari Kelantan. Beliau merupakan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ke-7 yang dilantik dari 1994 hingga 2004[1]. Keterlibatan beliau dalam badan-badan kerajaan termasuklah DBP membuatkan beliau rapat dalam bidang kebudayaan dan sastera, khususnya puisi. Sebagaimana latar belakangnya, maka kandungan di dalam kedua-dua kumpulan puisi menyentuh soal kebudayaan, politik dan perkembangan semasa, peristiwa global dan setempat yang antaranya menggunakan loghat daerah (Kelantan).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Aziz dilahirkan pada 23 Julai 1948 di Kampung Baru, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau menggunakan nama samaran seperti A. Aziz Deraman, Azidra, Ade Putragong[2]. Antara bidang penulisan beliau adalah seperti puisi, esei, artikel, kertas kerja.

Aziz pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1981-1987) dan Pengarah/Setiausaha Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1987-1989)[1].

Pada tahun 2001, beliau menerima penganugerahan sebagai profesor kehormat dari Guangdong University of Foreign Studies, Guangzhou, China[2].

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 1990
    • Johan Setia Mahkota (J.S.M.) - 1997
  •  Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) - Dato' (2001).
  •  Pulau Pinang
    • Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N.) - Dato' (2003)

Anugerah kebudayaan dan kesasteraan[sunting | sunting sumber]

  • Tokoh Budaya Kelantan - 2006
  • Anugerah Tokoh Persahabatan Malaysia – China, 2004.
  • Anugerah Pencetus Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) Indonesia, 2005
  • Anugerah Khas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), 2003.

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia ;DBP, 2005.
  2. Masyarakat dan kebudayaan Malaysia ;DBP, 2005.
  3. TAMADUN Melayu - Jilid Enam penyelenggara A. Aziz Deraman ;DBP, 2004.
  4. TAMADUN Melayu - Jilid Tujuh penyelenggara A. Aziz Deraman ;DBP, 2004.
  5. PERADABAN Melayu Timur Laut / penyelenggara A. Aziz Deraman ;DBP, 2003
  6. Globalisasi dan peradaban di Malaysia / penyelenggara A.Aziz Deraman,Rohani Zainal Abidin. ;DBP, 2003.
  7. Malay. volume 15 number 2 2002 / advisory editor A.Aziz Deraman ; chief editor Hamdan Yahya ; editor Zalila Sharif ; assistant editor Majdah Chulan ; assiociate editors Abd. Rahman Yusoff, Solehah Ishak, Siti Hawa Haji Salleh, Ungku Maimunah Mohd. Tahir ; cover design Mohamad Bin Haji Hassan ;DBP, 2002.
  8. Bahtera madani : kumpulan puisi : 2001.
  9. Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa Malaysia ;DBP, 2000.
  10. TAMADUN Islam di Malaysia / diselenggarakan oleh Mohd Taib Osman dan A. Aziz Deraman ;DBP, 2000.
  11. Tamadun Melayu.-Jld Lima ; / penyelenggara Tan Sri Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi ;DBP, 1995.
  12. Perayaan orang Melayu / A. Aziz Deraman, Wan Ramli Wan Mohamad.:Fajar Bakti, 1995.
  13. Tamadun melayu - Jilid tiga / Penyelenggara Tan Sri Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi : 1995.
  14. Adat dan pantang larang orang Melayu / A. Aziz Deraman, Wan Ramli Wan Mohamad:Fajar Bakti, 1995.
  15. TAMADUN Melayu - Jilid Empat penyelenggara Tan Sri Ismail Hussein, A. Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi ;DBP, 1995.
  16. Muzik dan Nyanyian tradisi melayu: Fajar Bakti. : 1994.
  17. Kau dan aku : sebuah antologi puisi : 1994.
  18. Permainan tradisi orang Melayu / Aziz Deraman, Wan Ramli Wan Mohamad.: Fajar Bakti, 1994.
  19. Tamadun Melayu / penyelenggara, Datuk Ismail Hussein, Aziz Deraman, Abd. Rahman al-Ahmadi. ;DBP, 1989.
  20. Tamadun Melayu: Jilid 1 / Ismail Hussein, Aziz Deraman, Abd. Rahman Al-Ahmadi ;DBP, 1989.
  21. Malay. volume 15 number 1 2002 / advisory editor A. Aziz Deraman ; chief editor Hamdan Yahya ; editor Zalila Sharif ; assistant editor Majdah Chulan ; associate editors A.Rahman Yusoff, Solehah Ishak, Siti Hawa haji Salleh, Engku Maimunah Mohd. Tahir ; cover design Mohamad Bin haji Hassan ;DBP, 1988.

Terjemahan ke bahasa asing[sunting | sunting sumber]

Puisinya diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa asing, termasuk bahasa Rusia. Pelancaran antologi Aziz Deraman dalam bahasa Rusia "Kembara Penyair" (penterjemah Victor Pogadaev dan Anna Pogadaeva) diadakan di Pusat Sains dan Budaya Rusia di Kuala Lumpur pada 13 April 2003 dihadiri Duta Besar Rusia Vladimir Morozov [3], kemudian pada 21 April di Perpustakaan Kesusasteraan Asing di Moscow selama lawatan Aziz Deraman ke Rusia.

Kesan[sunting | sunting sumber]

...  Beliau cintakan tanah air dan mengkagumi keindahan negaranya tetapi bersamaan itu merasa prihatin bagaimana kejamnya orang yang tujuannya ialah “menambah kekayaan” sahaja. “Dan kami miskin pemandangan indah//bukit bukau gondol, parah//tanah-tanih gersang, berserah”, - begitu beliau menyeru dengan sakit di hati (Belantara kalbu). Dan teruskan lagi: “Habis hangus hati kami terbakar”. Manusia sebagai bahagian alam tidak boleh wujud tanpanya. Maka Aziz khuatir terhadap perspektif kehancuran alam itu. Bahkan waktu malam dalam tidur beliau terus memikirkan masalah itu dan terbangun kerana mimpi ngeri tetapi kiranya dengan lega bernafas kerana mengerti bahawa itu hanya mimpi (Mimpi ngeri). Tetapi bagaimanakah sekiranya pada suatu ketika mimpi ngeri itu akan menjadi kenyataan? - Victor Pogadaev [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Shafie Abu Bakar (1 Mei 2014). "A. Aziz Deraman Tokoh Pentadbir, Meminati Kebudayaan Dan Menghasilkan Puisi - Antaranya Keislaman". Dr Shafie. Dicapai pada 21 Julai 2022.
  2. ^ a b Sharrul Rizal Hashim. "ABDUL AZIZ BIN DERAMAN". Digital Kelantan Collection. Dicapai pada Julai 21, 2022.
  3. ^ Berita Jiwa, DBP, N 48, 2003
  4. ^ Виктор Погадаев. "Предисловие" // А. Азиз Дераман. Странствия поэта (Kembara Penyair). Стихи. Перевод с малайского В.А. Погадаева при участии А.В. Погадаевой. Редактор-составитель. Н.М. Смурова. Художник Наим Хаджи Ахмат. М.: Гуманитарий, 2002, с. 8