A. Hamid Jemain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

A. Hamid Jemain merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang berasal dari negeri Johor.

A. Hamid Jemain telah dilahirkan di Muar, Johor pada 23 April 1961. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris (2) Kulai sebelum melanjutkan pelajaran di SMK Sultan Ibrahim Kulai. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Mohd. Khalid Johor Bahru. Selepas menamatkan pendidikannya, beliau berkhidmat sebagai guru di Pahang sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah di Universiti Pertanian Malaysia ketika itu. Kini bertugas sebagai guru di SMK Tun Dr. Ismail Bakri, Muar, Johor.

Beliau berkecimpung dalam penulisan berkaitan dengan genre cerpen, sajak, novel, resensi, berita, rencana, buku rujukan bahasa Melayu SPM dan puisi tradisional. Sajak-sajak beliau disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Siswa, Majalah I, Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Wanita, Keluarga, Majlis, Sinar Rohani, Cahaya, URTV, Jendela Selatan, Harmoni, Pendidik, Nur, Wasilah, Siasah, Klasik Nasional, Remix dan lain-lain. Antara antologi bersama ialah Ceretra 94, Dramaga, Ratib 1000 syair, Bayi Kota Berahi, Pasir Salak, Kedamaian, Daksina, Manuskrip Luka Bangsa, Potret, Pusaka Bangsa, Tsunami, Suara Bukit Timbalan, Manggar-manggar Kemedrekaan, Gema Membelah Gema, Di Padang Kasih Bermula, Bahasa Sungai dan lain-lain.

Karya beliau[sunting | sunting sumber]

  • Ke Mercu Jaya, Regu Emas,
  • Lembing Awang[1]
  • Panglima Lidah Hitam.[2]

Beliau turut menulis resensi buku dengan sari buku terbitan DBP, rencana di akhbar seperti di Berita Harian, Utusan Malaysia, Pelita Bahasa dan lain-lain. Dalam penulisan cerpen, karya beliau disiarkan di Majalah Jendela Selatan terbitan DBP Wilayah Selatan, akhbar Skor sisipan akhbar Berita Harian dan Minda Pelajar.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah sayembara penulisan puisi Johor, sayembara Penulisan Puisi dan Cerpen Kepenggunaan Peringkat Kebangsaan 2007
  • Sayembara deklamasi puisi Radio Melaka dan Kekwa, serta pertandingan pantun dan sajak di radio anjuran Klasik Nasional RTM.
  • Pernah mendeklamasikan puisi di majlis-majlis tertentu seperti Hari Guru, Perayaan menyambut hari Kebangsaan peringkat daerah, majlis persaraan individu tertentu, majlis sumbangan ikhlas bantuan ihsan banjir sekolah-sekolah terpilih peringkat negeri Johor oleh Dawama dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Dialog Bahasa dan lain-lain. Meraih Hadiah Sastera Darul Ta’zim VI 2007 kategori puisi eceran.
  • Pernah memenangi sayembara cerpen anjuran Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN). Antologi cerpen antaranya ialah Gema Serunai Hati 8.
  • Memegang jawatan sebagai Setiausaha 1, Persatuan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]