A. Karim Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A. Karim Omar
Kelahiran1958
Meninggal dunia28 Jun 2018(2018-06-28) (umur 60)
Sebab kematianTekanan darah rendah
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Keramat AU4
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPendakwah Bebas
Penulis
OrganisasiInstitut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), (Felo Utama)
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), (Felo Dakwah)
PasanganAsmahan Ahmad
Anak-anakAeshah Karim
Ahmad Ali Karim
Laman web rasmiakarimomar.wordpress.com

Haji A. Karim bin Omar (Jawi: حاج عبدالكريم بن عمر, tahun 1958 - 28 Jun 2018) merupakan seorang aktivis Islam dan pendakwah bebas di Malaysia yang terkenal dengan pendedahan-pendedahan ancaman permurtadan umat Islam di Malaysia, khususnya oleh orang Kristian.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dahulunya berkeja di dalam syarikat di bawah DRB-HICOM, sebelum pencen pada tahun 2012 untuk memberi tumpuan sepenuhnya di dalam bidang dakwah, khususnya mendalami agenda missiologi orang Kristian[1]. Beliau bergerak di bawah sebuah NGO Islam bernama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) sebagai Setiausaha Agung pertubuhan tersebut, dan kemudian sebagai Naib Presiden[2]. Beliau juga Felo Kanan di Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)[3], sebuah institut di bawah Pejabat Perdana Menteri, dan juga Felo Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Kepakaran beliau sejak mendalami bidang dakwah ialah gerak kerja missionari-missionari Kristian yang menyebar agama mereka terhadap umat Islam di Malaysia[4]. Beliau antara penceramah semasa seminar di UiTM bertajuk "Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara", yang menggemparkan negara pada satu ketika dahulu[5][6].

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Jun 2018, selepas merasakan diri kurang sihat, beliau ke Hospital Ampang, Selangor, dan kemudian dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang selepasnya, berikutan berberapa organnya tidak berfungsi dengan baik[7]. Setelah dua hari dirawat di Hospital Ampang, beliau meninggal dunia pada pukul 8 pagi, 28hb Jun 2018, akibat tekanan darah terlalu rendah[8]. Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid As-Sobirin, AU5, Lembah Keramat selepas solat fardhu Zuhur, dan kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat AU4[9].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.sinarharian.com.my/wawancara/kontekstualisasi-ancaman-baru-gejala-murtad-1.212972
  2. ^ https://muafakatmalaysia.wordpress.com/ahli-jawatankuasa-pimpinan-pusat/
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-07. Dicapai pada 2018-11-07.
  4. ^ Anti-Kristian di Malaysia
  5. ^ https://www.malaysiakini.com/news/262009
  6. ^ https://www.malaysianreview.com/52341/ganti-tuhan-dengan-allah-langkah-strategik-kristianisasi-kata-ngo/
  7. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/442815/aktivis-islam-meninggal-dunia
  8. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/06/352759/karim-sudah-tiada
  9. ^ http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jenazah-aktivis-muafakat-selamat-dikebumikan-1.698673 (arkib)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]