Pergi ke kandungan

A. R. Tompel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A. R. Tompel
Kelahiran
Aman Ramlie bin Jaafar

24 Oktober 1918
Meninggal dunia30 Januari 1973(1973-01-30) (umur 54)
Sebab kematianKemalangan jalan raya
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip, penari
Tahun aktif1949–1973
Majikan
Terkenal keranaPengarah filem berbangsa melayu pertama di Tanah Melayu
Karya
Filemografi
Pasangan
  • P. Suriati (k. 1946–1951) (bercerai)
  • Saloma (k. 1952–1952) (bercerai)
  • Azizah Ismail@Jah Ismail (k. 1953–1973)
  • Samsiah (k. 1961–1962) (bercerai)
  • Ruminah Sidek (k. 1970–1973)
  • Zainun Yusof (k. 1972–1973)
Anak-anak
  • Anuar Aman Ramlie (Mak - P. Suriati)
  • Armaya Aman Ramlie A. R. Badul (Mak - P. Suriati)
  • Amran Aman Ramlie Amran Tompel (Mak - P. Suriati)
  • Armali Aman Ramlie (Mak - Saloma)
  • Roomsiah Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Roosmiah Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Roslina Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Rohana Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Roslan Aman Ramlie (Mak - Samsiah)
  • Rosnani Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Roshidah Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Rositah Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Rosmala Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Azman Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Rostina Aman Ramlie (Mak - Azizah Ismail)
  • Azlan Aman Ramlie (Mak - Ruminah Sidek)
  • Adlin Aman Ramlie (Mak - Ruminah Sidek)
  • Dicky Sufian Aman Ramlie (Mak - Zainon Yusof)

Aman Ramlie bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A. R. Tompel (24 Oktober 1918 – 30 Januari 1973) merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi dan Anak Bapak.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

A. R. Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramlie bin Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, A. R. Tompel sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan sejak tahun 1938.

Jejak beliau kini diteruskan oleh anaknya, Armaya Aman Ramlie (A. R. Badul), Adlin Aman Ramlie dan Amran Aman Ramlie (Amran Tompel). Beliau juga mempunyai 9 orang anak lelaki hasil 6 perkahwinan dan 9 orang anak perempuan hasil perkahwinan bersama Azizah Ismail.[1][2]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Telefilem biopik Saloma yang disiarkan pada 28 Ogos 2014 di Astro First mencetuskan bantahan daripada keluarga Allahyarham A. R. Tompel, yang mendakwa bahawa gambaran watak beliau—dilakonkan oleh Azhan Rani—sebagai seorang suami yang tidak bertanggungjawab adalah tidak tepat. Waris Tompel, termasuk Adlin Aman Ramli, mengadakan sidang media di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan menggesa Astro menghentikan siaran tersebut kerana mendakwa ia mengandungi kesalahan fakta serta mencemarkan reputasi Allahyarham.[3] Satu notis tuntutan melalui firma guaman Azam & Co. turut dihantar kepada Astro bagi menuntut penarikan balik telefilem tersebut.[4]

Pada 21 Januari 1973, jam 12 malam ketika beliau ingin ke Alhambra iaitu sebuah panggung wayang untuk menayangkan filem terakhir lakonannya, Laksamana Do Re Mi, beliau terlibat dalam satu kemalangan Jalan Raya di Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia dimana beliau dilanggar lari . Beliau dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur dalam keadaan koma. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 30 Januari 1973. Walaubagaimanapun A.R Tompel tidak dapat menyaksikan lakonannya dalam filem Laksamana Do Re Mi disebabkan insiden ini. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia.

  1. LP36: Bagi Azman A.R. Pula Sembang. YouTube. Legasi Podcast. 20 Jun 2025. Dicapai pada 27 November 2025.
  2. LP36: Bagi Azman A.R. Pula Sembang (Bahagian 2). YouTube. Legasi Podcast. 27 Jun 2025. Dicapai pada 27 November 2025.
  3. "Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel". mStar. 8 Oktober 2014. Dicapai pada 27 November 2025.
  4. "AR Tompel Punca Saloma Derita Adalah Kisah Palsu". mStar. 9 Oktober 2014. Dicapai pada 27 November 2025.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]