A. Ubaidillah Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
A. Ubaidillah Alias
Info kelahiranKelantan
Nama penaA. Ubaidillah Alias
PekerjaanPenulis dan Ustaz
WarganegaraMalaysia Malaysia
EtnikMelayu
PendidikanUniversiti Al-Azhar, Mesir
GenreFiksyen
Laman sesawang
http://ustazcinta.my


A. Ubaidillah Alias merupakan seorang penulis kelahiran Kelantan. Dilahirkan di Salor dan dibesarkan di Kampung Belukar, Cabang Tiga Pendek. Beliau pernah bersekolah di Maahad Tahfiz Al-Quran, Pulai Chondong. Kemudiannya beliau mengambil ijazah dalam jurusan Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Kaherah.[1]

Telah berkahwin dengan Siti Hawa Faisal yang merupakan graduan syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra KIAS dan mendapat tiga orang cahaya mata daripada perkahwinan tersebut. Anak pertama bernama Khadijah Mukhlisah, anak kedua bernama Amin Mukhlis, anak ketiga bernama Ammar Mukhlis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dahulunya merupakan guru Al-Quran di Maahad Tahfiz Sains, Tumpat Kelantan. Sehingga tahun 2009. Kemudian beliau menyambung tugasan sebagai Pegawai Tadbir Negeri (N41) di Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sehingga kini. Beliau terlibat di Unit Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Di samping itu beliau menulis cerpen dan novel bagi beberapa syarikat penerbitan di Malaysia seperti PTS Media Group Sdn Bhd, Telaga Biru Sdn Bhd dan Karnadya. Beliau juga merupakan penulis di web miliknya www.ustazcinta.my. Beliau juga berkesempatan menulis skrip dua buah drama yang diadaptasi daripada novel tulisan beliau sendiri iaitu "Warkah Cinta" dan "Cinta dan Wahyu". Juga sempat menulis dua skrip telemovie iaitu "Cinta Kun Fayakun" dan "Setulus Cinta Aqilah".

Karya[sunting | sunting sumber]

Terbitan PTS Litera[sunting | sunting sumber]

  1. Warkah Cinta Berbau Syurga
  2. Cinta Kembali Bertasbih
  3. Kala Cinta & Wahyu Bersatu
  4. Mengintai Cinta Khalifah

TERBITAN TELAGA BIRU

  1. Novel Melukis Syurga.
  2. Antologi Cerpen Cinta Kun Fayakun
  3. Antologi Cerpen Rahsia Cintaku
  4. Buku Ingin Menjadi Penulis?

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A. Ubaidillah Alias. Biodata penulis PTS. Capaian 18 Febuari 2013