Kereta kebal A7V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari A7V)
A7V
Replika "Wotan" di Panzermuseum Munster, Jerman.
Tempat asal Empayar Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan21 March 1918 - Oktober 1918
Digunakan oleh Empayar Jerman
PerangWorld War I
Sejarah pengeluaran
Jumlah dibina20
Spesifikasi
Berat30 to 33 t
Panjang7.34 m (24 ft 1 in)
Lebar3.1 m (10 ft)
Tinggi3.3 m (10 ft 10 in)
Krew18

Armorside 20 mm, front 50 mm
Senjata
pertama
meriam 57 mm
Senjata
kedua
6 mesingan × 7.9 mm
Enjin2×Daimler 4-silinder
200 hp (149 kW)
Kuasa/berat6.5 hp/tan
Sistem ampaiantrak Holt, spring tegak
Jarak
operasi
30-80 km (20-50 batu)
Kelajuan9 km/h

A7V merupakan kereta kebal yang diperkenalkan oleh Jerman pada 1918, pada akhir Perang Dunia I. Namanya kemungkinan diambil dari Allgemeines Kriegsdepartement 7 Abteilung Verkehrswesen ("Jabatan 7 Perang Umum, Cawangan Penggangkutan"), sungguhpun terdapat theori bahawa Hauptmann Joseph Vollmer meletakkan V pada nama itu. Di Jerman kereta kebal ini dikenali sebagai Sturmpanzer-Kraftwagen ("kenderaan bermotor berperisai penyerang"). Sebanyak 100 buah telah ditempah bagi musim panas 1918, tetapi hanya 20 dihantar. Ia mulai beraksi dari March hingga Oktober tahun itu, dan merupakan satu-satunya kereta kebal yang dihasilkan oleh Jerman semasa Perang Dunia I yang beroperasi. A7V sepanjang melebihi tujuh meter dan tiga meter lebar. Ketinggiannya berbeza sehingga tiga meter.


Biasanya terdapat enam belas tentera dan dua pegawai mengendalikannya: komander, pemandu, mekanik, mekanik/juru isyarat, dua belas infantri (enam pengendali mesingan, enam pengisi peluru), dan dua juru artileri (juru tembak dan pengisi).

A7V dilengkapi dengan enam mesingan MG08/15 7.9 mm dan meriam 5.7 cm diletakkan di hadapan. Jenis 'betina' mempunyai dua mesingan menggantikan meriam. Ia tidak jelas berapa banyak bermula seperti ini. Sesetengah sumber menyatakan hanya kerangka bernombor casis 501 bertempur sebagai kereta kebal betina.

Kereta kebal ini mempunyai kepingan besi 20 mm di sisi dan 30 mm di hadapan; bagaimanapun besi ini bukannya kepingan perisai dikeraskan, yang mengurangkan keberkesanannya. Ia cukup tebal bagi menghentikan tembakan rifle dan mesingan, tetapi tidak bagi tembakan senjata kaliber lebih besar. Ini menawarkan perlindungan setara dengan perisai kereta kebal lain yang lebih nipis, tetapi menggunakan besi dikeraskan.

Kuasa dibekalkan dari dua enjin Daimler 4-silinder menghasilkan 100 kuasa kuda (74 kW) setiap satu. Kelajuan maksima adalah 15 km/h atas jalan dan 5 km/h merentas desa. A7V membawa 500 liter bahan api (132 gelen imperial).

Ia seperlahan kereta kebal lain pada masa itu, tetapi mempunyai keupayaan luar jalan yang amat lemah dan cenderung tersangkut. Bahagian tergantung besar di hadapan dan ketinggian dari tanah yang rendah bererti parit dan kawasan berlumpur tidak dapat dilalui. Lebih buruk lagi adalah fakta bahawa pemandu tidak dapat melihat muka bumi di bahagian hadapan secara langsung, disebabkan titik buta sekitar 10 meter. Bagaimanapun, di kawasan terbuka, ia boleh digunakan dengan agak berjaya dan memberikan lebih kuasa tembakan berbanding kereta berperisai yang terdapat pada masa itu. Bandingan kuasa dengan berat adalah 6.8 kuasa kuda/ton (5.1 kW/ton), keupayaan menyeberangi parit: 2.3 m (7 kaki), tinggi dari tanah: 7.5 hingga 15.75 in (200 to 400 mm).

Terdapat 30 kerangka lain, kebanyakkannya dibina tanpa perisai dan digunakan sebagai penggangkut lapangan.

Sejarah Tempur[sunting | sunting sumber]

A7V pertama kali digunakan dalam pertempuran pada 2 March 1918. Ia digunakan diutara Terusan St.Quentin. A7V membantu menghentikan lolosan British kecil dikawasan tersebut, tetapi tidak digunakan lagi untuk hari itu.

Pertempuran kereta kebal dengan kereta kebal berlaku pada 24 April 1918 apabila tiga A7V (termasuk kerangka nombor 561, dikenali sebagai "Nixe") mengambil bahagian dalam serangan bersama dengan infantri secara tidak sengaja bertembung dengan tiga kereta kebal Mark IV (dua kereta kebal Betina bermesingan dan satu kereta kebal Jantan dengan meriam enam paun) berhampiran Villers-Bretonneux. Semasa pertempuran kereta kebal kedua pihak mengalami kerosakan. Menurut komanda kereta kebal hadapan, 2nd Lt Frank Mitchell, kereta kebal Betina Mk IV bersenjatakan mesingan berundur selepas rosak terkena peluru penembus perisai. Ia gagal merosakkan A7V dengan mesingan mereka. Mitchell kemudian menyerang kereta kebal hadapan Jerman dengan meriam 6 paun kereta kebalnya dan memusnahkannya. Dia menghentamnya sebanyak tiga kali, dan membunuh lima krewnya apabila mereka melomat keluar. Dia kemudian terus mara untuk mengundurkan sesetengah infantri dengan tembakan penabur (case shot). Dua A7V yang tinggal berundur. Ketika kereta kebal Lt. Mitchell berundur dari beraksi, 7 kereta kebal Whippet turut menyerang infantri. Empat darinya dimusnahkan semasa bertempur, dan ia tidak jelas adakah ada antara mereka yang bertempur dengan kereta kebal Jerman yang sedang berundur. Kereta kebal Lt. Mitchell kehilangan rantai ketika penghujung akibat peluru motar dan ditinggalkan. A7V yang rosak itu kemudiannya diambil kembali oleh pasukan Jerman.

Kereta kebal A7V, Mephisto

, di Muzium Queensland di Brisbane, Australia]]

Kesemua 18 A7V yang ada telahpun beraksi pada hari itu dengan keputusan yang terhad; dua terbalik kedalam lubang, sesetengah mengalami kerosaan enjin atau persenjataan. Selepas serang balas, tiga berjaya ditawan oleh pihak Berikat. Satu tidak dapat digunakan dan dilupuskan, satu digunakan bagi ujian tembakan meriam oleh Perancis, dan yang ketiga diambil oleh pasukan Australia.

A7V tidak dianggap berjaya dan reka bentuk lain dirancang oleh Jerman, bagaimanapun perang berakhir bererti tiada kereta kebal lain yang sedang dibangunkan, atau dirancang, akan siap (seperti kereta kebal Oberschlesien, K-Wagen, dan diri LK). Kali terakhir A7V digunakan adalah semasa Perang Dunia I, adalah pada 1918; sejumlah dilupuskan sebelum perperangan berakhir pada November. Sekurang-kurangnya satu (kemungkinannya dua) model A7V diubah suai model dikenali sebagai 'Hedi' digunakan oleh pasukan kerajaan atau Freikorps untuk mematahkan tunjuk perasaan awam di Berlin pada 1919.

Penghasilan amat terhad dua puluh menjadikan sumbangannya terhad, dan kebanyakan kereta kebal (kurang dari seratus) digunakan oleh Jerman semasa Perang DUnia I merupakan dari kereta kebal Perancis atau British (Beutepanzer) yang ditawan. Pasukan Perancis menghasilkan lebih 3,600 dari FT-17 mereka, kereta kebal terbanyak dihasilkan semaa Perang Dunia I, dan British menghasilkan 2,500 Mark I hingga V.

A7V kereta kebal Mephisto yang ditawan berada di Musium Queensland di Brisbane, Australia. Ia merupakan A7V terakhir dari dua puluh yang dihasilkan.

Replika A7V "Wotan" terdapat di Deutsches Panzermuseum di Munster.

Satu meriam A7V (kemungkinannya *504 "Schnuck") terselamat di Manchester Utara Muzium Perang Imperial.

Senarai Kerangka A7V[sunting | sunting sumber]

Replika "Wotan" di Panzermuseum Munster, Jerman.
  • 501 Gretchen: dilupus oleh Allies in 1919 (Female).
  • 502: dilupus oleh Jerman pada October 1918.
  • 503: dilupus oleh Jerman pada October 1918.
  • 504 Schnuck: lost at Fremicourt 31 August 1918.
  • 505 Baden I: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919.
  • 506 Mephisto: lost at Villers-Bretonneux on 24 April 1918, recovered by Australians, now in Queensland Museum in Brisbane, Australia.
  • 507 Cyklop: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919.
  • 525 Siegfried: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919.
  • 526: dilupus oleh Jerman pada 1 June 1918.
  • 527 Lotti: lost at Pompelle Fort 1 June 1918.
  • 528 Hagen: lost at Fremicourt 31 August 1918.
  • 529 Nixe 2: lost at Remis 31 May 1918, recovered by Americans and scrapped at Aberdeen Proving Grounds Museum in 1942.
  • 540 Heiland: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919.
  • 541: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919.
  • 542 Elfriede: lost at Villers-Bretonneux 24 April 1918
  • 543 Hagen, Adalbert, König Wilhelm: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919.
  • 560 Alter Fritz: lost at Iwuy 11 October 1918.
  • 561 Nixe: dilupus oleh Jerman pada 24 April 1918.
  • 562 Herkules: dilupus oleh Jerman selepas 31 August 1918.
  • 563 Wotan: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919, replika "Wotan" dibina pada akhir '80-an berasaskan kebanyakannya "Mephisto", kini di Panzermuseum di Munster, Jerman.
  • 564: dilupus oleh pihak Berikat pada 1919.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

See also[sunting | sunting sumber]