ACV 300

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ACV-300 IFV
JenisKenderaan tempur infantri
Tempat asal Turki
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1992 - Kini
Sejarah pengeluaran
Dihasilkan1992 - Kini
Spesifikasi
Berat14 tan[1]
Panjang5.26 m
Lebar2.83 m
Tinggi2.88 m
Krew3 + 8

ArmorPerlindungan dari 14.5 mm AP
Senjata
pertama
Berbeza mengikut kelainan
Senjata
kedua
Berbeza mengikut kelainan
EnjinDetroit Diesel Model 6V-53T
300 hp
Kuasa/berat48.07 hp/tan
Sistem ampaian350 mm
Jarak
operasi
490 km
Kelajuan65 km/j

ACV-300 merupakan salah satu keluarga kenderaan berperisai oleh syarikat Turki FNSS, mengandungi kelainan kenderaan tempur infantri (IFV) dan kenderaan pengangkut berperisai (APC). ACV-300 dibina berasaskan AIFV Amerika Syarikat. Kenderaan ini sedang berkhidmat di Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

ACV-300 dibangunkan oleh FNSS bagi memenuhi kehendak angkatan tentera Turki. Unit pertama dikeluarkan pada tahun 1992. Model asas ini dilengkapi dengan turet krew tunggal, senjata meriam penembak 25mm dan mesingun 7.62mm sepaksi. Pembangunan model terbaru dari FNSS Defense Systems' dengan menambah jumlah roda pemutar. Pertambahan ini membantu meningkatkan jumlah bebanan yang dibawah dengan jarak yang lebih jauh. Kenderaan ini adalah amphibi sepenuhnya. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan perlindungan dari nuklear, biologi & kimia NBC, alat visual malam pasif dan pelancar bom asap.

Sebanyak 1,698 (tambahan 665 unit) telah dimiliki oleh Turki dan Emiriah Arab Bersatu telah menerima sebanyak 136 unit. Malaysia pula telah memesan dan menerima sebanyak 267 unit ACV-300 dalam pelbagai versi.[2]

Versi ACV-300 Malaysia dibangun dan dihasilkan melalui kerjasama antara FNSS dan Syarikat DRB-Hicom Defence Technologies (Deftech)milik tempatan. ACV-300 versi Malaysia dinamakan sebagai Adnan, bersempena Adnan bin Saidi, seorang askar Melayu berpangkat Leftenan yang terlibat dalam Pertempuran Singapura semasa Perang Dunia II. Semua kelainan dikilangkan di Pekan, Pahang.

ACV-300 boleh dipasang dengan pelbagai jenis Turet berdasarkan kehendak pembeli. Juga dilengkapi dengan ruang khas membolehkan pasukan infantri menembak tanpa perlu keluar dari kenderaan.

ACV-300 Adnan juga dilengkapi dengan sistem panduan RVH TacNav GPS, alat amaran laser LWD Avimo, penembak grenet Wegmann 76mm, sistem tapisan NBC dan sistem penglihatan malam SNVVS-2.

Pengendali[sunting | sunting sumber]

Turki[sunting | sunting sumber]

Turki mengoperasikan 1,698 + 665 ACV-300.

 Emiriah Arab Bersatu[sunting | sunting sumber]

Emiriah Arab Bersatu memiliki 136 ACV-300.

 Malaysia[sunting | sunting sumber]

Malaysia mempunyai 267 ACV-300 mengikut varasi berikut:[3]

Malaysia juga telah membuat pesanan tambahan dengan 48 unit ACV-300 dan 8 variasi ACV-S. 8 variasi ini dipasangkan dengan 120 mm mortar.[4]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Semua spesifikasi mengikut fnss.com.tr, setakat 23 April 2008
  2. ^ http://findarticles.com/p/articles/mi_hb4692/is_200206/ai_n17671624 seperti pada 22 April 2008
  3. ^ According to the United Nations Register of Conventional Arms
  4. ^ Bernama press release as seen on April 23, 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]