AG Coco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
AG Coco
AGCOCO.jpg
KelahiranMohd Hezry bin Mohd Hafidz
(1984-07-07) 7 Julai 1984 (umur 35)
Alor Star, Kedah, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lain
  • I.Y. AG
PendidikanSekolah Maktab Mahmud
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
  • penerbit filem
Tahun aktif2003–kini
PasanganZuliana Eusoff (k. 2016)[1]
Anak1
Laman webagcoco.com
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Giitar
Syarikat rakaman
  • Kamar Seni Recording Studio
  • Noh Phrofile
Kegiatan berkaitan

Mohd Hezry bin Mohd Hafidz (lahir 7 Julai 1984) atau dikenali secara komersial sebagai AG COCO ialah penerbit muzik Malaysia dari Alor Star, Kedah, yang tinggal di Kuala Lumpur.[2] Beliau merupakan gitaris utama bagi kumpulan Coco dan kumpulan Hujan. Beliau juga sering dikaitkan dalam industri muzik Malaysia dan stesen televisyen negara[3][4] serta menghasilkan muzik untuk pemuzik tempatan seperti Yuna Zarai,[5][6] Tomok, Hafiz Suip.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 7 Julai 1984 di Alor Setar, Kedah sebagai Mohd Hezry bin Mohd Hafidz, AG ialah lepasan Maktab Mahmud dan ASWARA. Pernah menganggotai kumpulan D'Relax. AG juga ialah salah seorang anggota kumpulan Hujan.[perlu rujukan]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Coco[sunting | sunting sumber]

AG bersama-sama dengan rakan-rakannya, Nine, Ellie, Shoun dan G-Cola menubuhkan kumpulan Coco pada 2005, yang mana beliau ialah gitaris, penggubah dan ketua kumpulannya. Bersama kugiran ini, beliau menerbitkan dua album – iaitu album pertama, Kombinasi dengan mempertaruhkan dua lagu hits, Kata Sakti dan Belum Terpisah, dan juga album kedua, Mengintai Langit yang memuatkan lagu hits Takkan Menduakanmu dan Mengintai Langit.

Kumpulan Hujan[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai kumpulan Hujan pada 2005 yang diasaskan oleh vokalis kugiran ini Noh Salleh, beliau juga bertindak sebagai gitaris, penggubah dan ketua kumpulan. Beliau menerbitkan lima album bersama kugiran ini, iaitu Hujan, Mencari Konklusi, Lonely Soldier Boy, Sang Enemy dan Jika Sempat.

Beliau juga memiliki studio rakamannya, iaitu Kamar Seni Recording Studio yang beroperasi di Cheras.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Astro P. Ramlee Satu Indiepretasi Full Album

Hujan/Bittersweet/Kugiran D'tepi Pantai/Couple/The Ramlees(Yuna/Liyana Fizi/Mira Tilu/Najwa Mahiaddin)/Azlan Typewriter/Awanband/Twkua/Yuna.

Astro My Music Full Album

Hazama/Azlan Typewriter/Najwa Mahiaddin/The Kebayas(Sukilow/Adira/Sharmini)/ Hafiz/Aizat Amdan/Altimet/

Astro Imam Muda 3

Ada Imam Dikalangan Kita Full Album

Astro

Hafiz Af Mungkinkah / Adira Ruhi Kasih / Aril Menatap Matamu & Kembali Terjalin / Hazama Hanya Lelaki Ini / Astro Aku Sudirman Adira, Hujan, Awanband,

Yuna Zarai

Album Terukir Di Bintang / Lelaki / Commercials; Canon / Maxis / Libresse / Samsung / Ost Kl Kita / Raya Oh Yeah / Yuna Inspired With Mas.

Coco

Kombinasi 2003 / Mengintai Langit 2006 / Hey You 2009

Hujan

Ep 1,2,3 Go / Ep Check2 Rock2 / Hujan Album1 / Mencari Konklusi Album2 / Lonely Soldier Boy Album3 / Sang Enemy Album4. Football Mad Nation Euro / Mr Potato / Mybsn / Tv9 Dihatiku / Special Featuring Singles; Raihan / Mirwana

Diandra Arjunaidi

Album1 Angkasa

Liyana Jasmay

Aku Tak Percaya Cinta Full Album

Elyana

Pakai Kanta Cinta (Theme Song Dunia Baru), & Missed Call.

Tomok

Aku Datang (Theme Song Istanbul Aku Datang), Penipu, Manisnya Cinta, & Special Project With Hotlink (Tomok & Akim).

Awanband

Ep1 & Debut Album

Awi Rafael

Album1 Runaway.

Pompa Bensin

Singles Ost Ramadhan Terakhir, Pulau,& Kisah Cinta.

Mirwana

Bumi Akhir Usia Album

Firdaus

Saat Terindah Full Album

The Impatients Sisters

Ep Singles Comets & Full Self Titled Album.

Fauziah Gambus

Full Album 2013

Youth Nation 1 Full Album 2012

Keroz Nazri/Emma Af/Maulana Af/Farhan Af/ Zarif/ Haziq Af/Slay.

Nastia

Esok Belum Tiba Full Album

Dish

Kaset Dari Masa Depan Full Album

Tasha Manshahar & Syed Shamim

Self Titled Album 2014

Fynn & Tri

Self Titled Album 2014

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Nominees for the best music arranger / best rock album / best song / best rock song / best album in AIM 18, 19 & AIM20.
  • Won the Best rock song &rock album in AIM18 with Hujan & Best Song, & Best Pop Song AIM20 for Lelaki with Yuna & Best Album AIM20 with Hafiz Suip.
  • Finalis Anugerah Juara Lagu AJL24,25. Menjadi juri AJL 26. Persembahan jemputan di AJL 24 & 27.
  • Juara AJL 27 for Terukir Di Bintang YUNA.
  • Juri AJL26 & AIM20.
  • Ahli Jawatankuasa untuk RANtAi Art Event.
  • Delegasi Malaysia MIDEM Conference in Cannes, France 2013.
  • Juara Versus 2012 ( Musim pertama ) bersama Hujan.
  • Jelajah bersama Hujan di seluruh dunia; United Kingdom / Europe / Indonesia /
  • Pengarah Muzik & Guru Muzik untuk IDOLA KECIL 6 & IDOLA ALL STARS TV9.
  • CEO & Pengarah Kamar Seni Recording Studio.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Atak, Feride Hikmet. "AG Coco dengan Zue nikah 10 Disember depan". BH Online. BH Online. Dicapai 20 May 2016. 
  2. ^ "AG Coco Website". 
  3. ^ "myMetro – Idola Kecil 6: Kemampuan luar biasa". Dicapai 13 November 2013. 
  4. ^ "Aizat rules with Yuna's song". Dicapai 9 Januari 2013. 
  5. ^ "Yuna seeks ideas for 'Wonderland' song". Dicapai 20 January 2013. 
  6. ^ "Pengakuan Yuna". Dicapai 21 Jun 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]