AIM-9 Sidewinder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
AIM-9 Sidewinder
Jenispeluru berpandu udara ke udara berjarak dekat
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1956 (AIM-9B)
Sejarah pengeluaran
PengeluarNammo
Raytheon Company
Ford Aerospace
Loral Corp.
Kos unitUS$85,000
DihasilkanSeptember 1953
Spesifikasi
Berat190 lb (91 kg)
Panjang9 ft 4.2 in (2.85 m)
Diameter5 in (127 mm)
Warhead20.8 lb (9.4 kg) annular blast-frag
Detonation
mechanism
Magnetic influence (old models)
inframerah Aktif (AIM-9L onwards)

EnjinSolid-fuel rocket
Lebar sayap24.8 in (630 mm)
Jarak
operasi
0.6–11.3 bt (1–18 km)
KelajuanMach 2.5
Sistem
pemanduan
Infrared homing
Platform
pelancaran
Aircraft, helicopter gunships

AIM-9 Sidewinder adalah pensasar-haba, jarak dekat, peluru berpandu udara ke udara yang dibawa oleh pesawat pejuang.

Sidewinder mempunyai bahan peledak berkuasa tinggi dan sistem pemanduan inframerah (IR) pensasar-haba. Antara komponen utamanya adalah bahagian pemanduan sasaran inframerah, pengesan sasaran optikal aktif, bahagian peledak, dan motor roket. Bahagian pemanduan membolehkan peluru berpandu mengarahkan sasaran ke haba enjin pesawat yang disasarkan. Unit inframerah berharga lebih murah daripada sistem pemanduan sasaran yang lain dan dapat digunakan pada waktu siang atau malam dalam sebarang keadaan cuaca. Pengesan inframerah juga membolehkan juruterbang melancarkan peluru berpandu dan seterusnya meninggalkan kawasan ataupun bertindak mengelak ketika roket meluncur menuju sasaran.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sidewinder yang telah dimajukan oleh Tentera laut Amerika Syarikat bermula lewat 1940-an, memperkenalkan beberapa teknologi baru yang menjadikannya lebih mudah dan lebih meyakinkan daripada model setara AIM-4 Falcon yang digunakan oleh Tentera Udara AS. Selepas mengharungi keadaan yang tidak menentu ketika menggunakan Falcon semasa Perang Vietnam, pihak Tentera Udara AS menggantikannya dengan Sidewinders.

Kelebihan utama Sidewinder ialah penggunaan sistem pengesan/pemanduan yang mudah namun sofistikated. Dalam Perang Dunia II pihak Jerman telah menguji penggunaan sistem pemanduan inframerah dalam peluru berpandu bersaiz besar yang dikenali sebagai Enzian namun gagal menghasilkan sesuatu yang meyakinkan. Sistem berkenaan menggunakan pengesan inframerah yang dipasang pada teleskop yang boleh dikemudi menggunakan bilah di hadapan cermin bagi memandu arah ke sasaran. Dengan putaran berterusan badan peluru berpandu berdasarkan arah kedudukan teleskop, peluru berpandu akan meluncur menuju sasaran dalam apa yang dikenali sebagai pemburuan tulen (pure pursuit).

Sistem pengesan dan pemanduan-arah ini telah banyak diperbaiki dengan penggunaan Sidewinder. Pertama sekali ialah penggantian cermin pengemudi dengan sistem yang menggunakan cermin yang berputar di sekeliling aci yang menghala ke muncung peluru berpandu dengan pengesan yang dipasang pada kedudukan yang tetap menghala ke cermin (bukan dipasang pada cermin).

Pengesan inframerah akan melihat dan mengenal pasti sasaran dalam bentuk pancaran-pancaran singkat semasa cermin berada sebaris dengan sasaran. Dengan mengetahui kedudukan pancaran pada cermin yang berputar, arah sasaran (bersinar) dapat dipastikan. Sebagai tambahan, sistem ini dapat mengesan biasan daripada sasaran apabila bentuk pancaran daripada cermin berubah menjadi lebih singkat. Ini membolehkan pengesan memperbetulkan semula kedudukan peluru berpandu mengarah ke sasaran.

Akhirnya signal sebegini menjadikan sistem pengesan lebih mudah dan ringkas. Daripada hanya mengarah peluru berpandu kepada sasaran, sistem pengendalian yang kurang berkesan, Sidewinder "ingat" setiap arah dan masa kilauan. Dengan cuba menghapuskan pertukaran tersebut, instead of the perbezaan antara pengesan dengan sudut peluru berpandu, Sidewinder terbang pada arah yang dikenali sebagai pengejaran seimbang (proportional pursuit) yang mana lebih berkesan dan menjadikan peluru berpandu "mendahului" sasaran.

Bagaimanapun sistem ini juga memerlukan peluru berpandu mempunyai sudut penerbangan tetap. Jika peluru berpandu berputar setiap masa, tempoh masa antara kelajuan putaran cermin tidak lagi tepat. Pembetulan untuk putaran ini biasanya memerlukan sejenis pengesan untuk mengetahui yang mana arah "bawah" dan menambah kawalan inputs untuk pembetulan. Sebaliknya jurutera Sidewinder menggunakan penyelesaian pintar. Permukaan kawalan kecil diletakkan di belakang peluru berpandu dengan cakera berputar pada permukaan luar mereka. Aliran udara melalui cakera akan memutarkan mereka pada kelajuan tinggi, dan jika peluru berpandu mula melencung, kuasa gyroscopic disk akan menolak permukaan kawalan pada aliran udara dan menghasilkan input kawalan bertentangan. Dengan itu pasukan Sidewinder menggantikan sistem kawalan yang berpontensi rumit dengan kepingan kecil logam.

Prototaip kepada Sidewinder, AIM-9A, berjaya di uji pelancarannya pada September 1953. Versi keluaran awal, digelar AIM-9B, beroperasi pada 1956 dan telah dipertingkatkan secara berterusan semenjak itu. Model L merupakan Sidewinder pertama dengan keupayaan menyerang dari semua sudut, termasuk secara bertentangan. AIM-9M, pada masa itu yang tunggal beroperasi, mempunyai semua keupayaan model L sementara pada masa yang sama memberikan prestasi yang lebih tinggi dalam semua segi. Model M mempunyai peningkatan pertahanan daripada penangkisan infra "infrared countermeasures", keupayaan membezakan latar belakang dipertingkatkan, dan motor roket kurang asap. Modifikasi ini meningkatkan keupayaannya untuk mengesan dan mengunci sasaran dan mengurangkan kemungkinan peluru berpandu ini dikesan. Penghantaran bermula pada tahun 1983. AIM-9M-7 adalah pengubahsuai khas kepada AIM-9M sebagai tindak balas kepaca jangkaan ancaman dalam kawasan perang Teluk Parsi "Persian Gulf". AIM-9M-9 dan AIM-9X adalah variasi akan datang yang sedang dibangunkan pada masa sekarang.

Sidewinder merupakan peluru berpandu udara-ke-udara yang paling meluas digunakan di Barat, dengan lebih daripada 110,000 peluru berpandu dihasilkan untuk 27 negara tidak termasuk Amerika Syarikat. AIM-9 adalah salah satu peluru berpandu paling lama, murah dan berjaya dalam seluruh inventori senjata Amerika Syarikat.

Ciri-ciri umum (AIM-9B)[sunting | sunting sumber]

  • Fungsi Utama: Peluru berpandu Udara ke Udara
  • Pembekal: Raytheon Corporation; Ford Aerospace; Loral Corp.
  • Penjana kuasa: Thiokol Hercules and Bermite MK 36 Mod 11; satu-peringkat, solid-propellant rocket motor
  • Panjang: 2.9 meter (9 kaki 6 inci)
  • Garis pusat: 13 sentimeter (5 inci)
  • Rentangan sirip: 63 sentimeter (2 kaki 1 inci)
  • Kelajuan: Supersonik
  • Kepala peledak: Blast fragmentation (conventional) seberat 9.36 kg (20.8 paun)
  • Berat ketika pelancaran: 85.5 kg (190 paun)
  • Jarak: 16 km (10 batu, 8.7 batu nautika)
  • Sistem pemanduan: Solid-state infrared homing system
  • Harga seunit: $41,300
  • Mula digunakan: 1956

Lihat juga[sunting | sunting sumber]