Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari ANAK)

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda. Presidennya ialah Mazlan Aliman. ANAK mempunyai ahli seramai 2000 orang. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mendakwa bahawa ANAK merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar.[1]

Pada 20 Februari 2010, konvensyen nasional anjuran PKR telah diadakan di Jerantut, Pahang. Kira-kira 1000 peneroka telah hadir. Mazlan Aliman turut membentangkan kertas kerja mengenai generasi baru Felda.

Sejarah awal Felda[sunting | sunting sumber]

Felda ditubuhkan pada 1956 sebagai agensi Kerajaan Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1959, tanah rancangan pertama telah dibuka di Bentong, Pahang.

Demonstrasi 24 Februari 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Februari 2010, 100 ahli ANAK mengadakan demonstrasi rasa tidak puas hati kepada Felda di ibu pejabat Suhakam di Kuala Lumpur. Mazlan Aliman telah menyerahkan memorandum kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim jam 3.30 petang. Turut hadir ialah peguam Ahmad Nizam Hamid, ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Datuk Siva Subramaniam dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyatakan bahawa Suhakam masih belum mendapat reaksi dari Felda berhubung pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan penipuan. Antaranya ialah :

  1. Mereka tidak puas hati terhadap Akta Penempatan Berkelompok 1960.
  2. Peluang pekerjaan di agensi Felda.
  3. Dikatakan berlaku diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang. Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik.
  4. Beberapa peneroka Felda telah menggunakan pelbagai saluran termasuk laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah. Malangnya hak milik tanah tidak juga diperolehi.
  5. Dikatakan Felda mengugut akan menyingkirkan mereka daripada tanah rancangan.
  6. Peneroka juga menuntut hak mereka untuk menerima wang tanam semula sebanyak RM17,000. Sehingga kini wang tanam semula itu belum diterima.
  7. Menuntut hak mendapatkan bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah
  8. Hak mendapatkan lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)
  9. Bantuan pendidikan
  10. Pinjaman usahawan.[2]

Akta Penempatan Berkelompok 1960[sunting | sunting sumber]

Akta Penempatan Berkelompok 1960 hendaklah dimansuhkan kerana menjadi instrumen yang bertentangan dengan matlamat asal Felda untuk mengurangkan kemiskinan. Asalnya Felda menggalakkan peneroka membersih, menanam dan akhirnya memiliki lebih 10 ekar tanah. Akibat akta itu, kini lebih 80% tanah peneroka berakhir jatuh ke tangan Felda Plantations.[perlu rujukan]

Akta Penempatan Berkelompok 1960 telah menjadikan peneroka petani penyewa, dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,500 sebulan dalam bentuk gaji bulanan, bergantung kepada harga semasa pasaran minyak kelapa sawit atau getah.

Akibatnya beban hutang peneroka bertambah. Prospek masa depan anak cucu mereka, untuk keluar dari perangkap kemiskinan gagal.

Setiap kali berunding menuntut hak, Felda akan mengungkit semula Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960. Mereka membangkitkan semula soal-soal pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran Felda. Akhirnya peneroka tidak boleh buat apa-apa.

Akta itu tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja. Ia telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua. Peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Lebih malang, peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka. Selama ini, Suhakam tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka. Selama ini hanya mendengar laporan yang elok-elok sahaja dari peneroka Felda.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji akan membawa perkara itu ke dalam Parlimen pada 15 Mac 2010. Jika Akta itu menindas peneroka, ia hendaklah disemak semula.

Anak peneroka tidak bekerja di Felda[sunting | sunting sumber]

Terdapat 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda, dengan 800,000 daripadanya merupakan generasi kedua dan ketiga. Walaupun terdapat 23,000 kakitangan kumpulan syarikat Felda, tetapi hanya 5,400 orang dari kalangan anak cucu peneroka Felda - dan daripada jumlah itu, hanya kira-kira 100 orang yang memegang jawatan tinggi.[perlu rujukan]

Peneroka dipanggil 'anak emas' dan dijanjikan tanah kepada generasi kedua. Pada tahun 2008, 117 permohonan tanah telah dihantar kepada pengarah besar Felda, Datuk Ahmad Turmizi Alias. Salinan surat turut dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. Akta 1960 menyatakan anak-anak Felda generasi kedua boleh diberikan tanah yang belum diteroka untuk diusahakan dan dijadikan tapak rumah. Felda masih belum mengukur tanah yang belum diteroka itu untuk diberikan kepada generasi kedua.[3]

Negeri yang ramai bilangan peneroka ialah Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang. 1958 Felda Lurah Bilut dubuka di Bentong dengan tanaman getah. Sementara 1951 Felda Taib Andak dibuka di Kulai Johor dengan tanaman kelapa sawit.[4]

Universiti Felda[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Jun 2007, Universiti Felda pernah dibangkitkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Abdul Rahman Suliman. Felda mempunyai lebih dua juta hektar tanah dan membelanjakan lebih RM100 juta untuk program menghantar anak-anak peneroka ke institusi pengajian tinggi.

Pada 2006, seramai 46,873 anak peneroka Felda berjaya di peringkat diploma, 24,269 di peringkat ijazah pertama dan 920 di peringkat ijazah lanjutan. Antara mereka, pernah mengikuti Skim Tuisyen Felda (STF) sejak 2004.[5]

Membantah Felda Global Ventures Holdings[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November 2011, ANAK mendesak agar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengemukakan bukti bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda. Presiden ANAK, Mazlan Aliman mendapati 360,000 hektar tanah milik Felda Plantation akan dicagar pada Januari 2012. Bayangkan pendapatan daripada tanah ini tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80% daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini.[6]

Membantah pelantik Isa Samad[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Disember 2011, ANAK akan mengadakan bantahan rasmi terhadap pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Felda (KPF) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Isa Samad didakwa tidak sah menjadi Pengerusi KPF kerana beliau bukan peneroka atau ahli keluarga peneroka. Undang-Undang Kecil Felda menetapkan bahawa untuk menjadi Pengerusi KPF, seseorang itu mestilah seorang peneroka, kakitangan Felda atau anak peneroka.[7] Anak dikatakan ada bukti surat melalui setiausaha sulit kanan perdana menteri yang mengesahkan perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi koperasi walhal Mesyuarat Agung KPF melantik dan memilih Datuk Dzulkifli Wahab sebagai pengerusi.

Pada 25 Oktober 2011, Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat bahawa Isa yang juga Pengerusi Felda Holdings Bhd, secara rasminya masih belum dilantik sebagai pengerusi KPF. Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cubaan pecah belahkan Felda – Majlis belia Felda, Utusan Malaysia, 24/02/2010 3:07pm
  2. ^ Dakwaan Felda tipu, Suhakam belum bertindak
  3. ^ 500,000 anak peneroka kecewa
  4. ^ Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu
  5. ^ Universiti Felda untuk anak peneroka
  6. ^ "Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-17. Dicapai pada 2011-11-15.
  7. ^ "Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-17. Dicapai pada 2011-11-15.
  8. ^ "Anak ada bukti Isa dilantik 'ikut pintu belakang'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-16. Dicapai pada 2011-11-15.