Aman Ramli Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari AR Tompel)
A. R. Tompel
Kelahiran
Aman Ramlie bin Jaafar

(1918-10-24)24 Oktober 1918
Meninggal dunia30 Januari 1973(1973-01-30) (umur 54)
Sebab kematianKemalangan jalan raya
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip
Tahun aktif1949–1973
Terkenal keranaSiri filem Do Re Mi dan Anak Bapak
Pasangan
  • P. Suriati (bercerai)
  • Saloma (bercerai)
  • Shamsiah (bercerai)
  • Zainun Yusof (bercerai)
  • Azizah Ismail (bercerai)
  • Ruminah Sidek (k. 1970–1973)
Anak-anak9 (termasuk A. R. Badul, Amran Tompel dan Adlin Aman Ramlie)

Aman Ramlie bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A. R. Tompel (24 Oktober 1918 – 30 Januari 1973) merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi dan Anak Bapak.

A.R. Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramlie bin Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, A. R. Tompel sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.

Jejak beliau kini diteruskan oleh anaknya, Armaya Aman Ramlie (A. R. Badul), Adlin Aman Ramlie, Amran Aman Ramlie (Amran Tompel), Armali Aman Ramlie, Dicky Aman Ramlie, Azman Aman Ramlie, Roslan Aman Ramlie, Azlan Aman Ramlie dan Anuar Aman Ramlie. Beliau juga mempunyai 9 anak perempuan dan seorang anak lelaki bersama Azizah Ismail.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1949 Nilam Pembesar Istana Filem pertama
1950 Aloha Moku
Rachun Dunia Karman
Dewi Murni
Sesal Tak Sudah Juga sebagai pengarah
1951 Berdosa Hashim
Bapa Saya
Pulau Mutiara
Perkahwinan Rahsia Juga sebagai dibantu pengarah dan penulis
1952 Norma
1953 Seniwati Juga sebagai pengarah bersama
1954 Cinta Murni
1955 Sehati Serasa Sebagai pengarah
1961 Tun Tijah
Abu Nawas Sebagai pengarah
Keris Sempena Riau Pembesar Istana
1962 Selendang Merah Jampok
Siti Payong
1966 Do Re Mi Re (Amore) Juga sebagai penulis
Nasib Do Re Mi Re
1967 Keluarga 69 Orang Kaya Bakar
1968 Ahmad Albab Ma'hub Al-Buaya Sebagai penulis
Anak Bapak Dato' Mahfiz
Gerimis Sood
1972 Laksamana Do Re Mi Re Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1970 Intan TV1

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Telefilem biopik bertajuk Saloma yang ditayangkan pada 28 Ogos 2014 di Astro First telah mengundang bantahan dari seluruh ahli keluarga Allahyarham kerana telefilem itu memperlihatkan sisi negatif pelakon popular zaman kegemilangan filem P. Ramlee itu. Dalam cerita itu, watak A. R. Tompel, yang dilakonkan Azhan Rani, digambarkan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab ketika dia mengahwini Saloma, lakonan Nabila Huda. Sehubungan itu, satu sidang media diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan waris Tompel yang terdiri daripada Amran Tompel, pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, A. R. Badul, Ruminah Sidek, bekas isteri Tompel, Zaiton Ismail serta 30 waris yang lain menuntut Astro menghentikan tayangan telefilem berkenaan dan mendakwa gambaran mengenai watak Tompel dalam cerita itu adalah tidak tepat. Menurut salah seorang anak Allahyarham, Adlin, setakat ini mereka telah menuntut pihak Astro selaku penyiar supaya menarik balik tayangan telefilem berkenaan namun tiada sebarang maklumbalas dari syarikat berkenaan. Beliau melahirkan perasaan kesal apabila kisah bapanya, A. R. Tompel, yang dipaparkan dalam telefilem itu berunsur tohmahan dan banyak kesalahan fakta sehingga menjejaskan tanggapan masyarakat seolah-olah bapanya itu adalah punca Saloma menderita. Adlin berkata demikian, mengenai telefilem terbitan syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila[1] yang dipercayai memberi impak buruk kepada mereka.

Tambahan beliau, telefilem itu bukan sahaja mengaibkan serta menjejaskan kredibiliti dan reputasi bapanya, malah waris Tompel juga turut terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan dan persepsi buruk daripada kalangan masyarakat kesan daripada penayangan telefilem tersebut. Tambah Adlin lagi, bapanya juga telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis sehingga mengaib dan menjejaskan kredibiliti dan reputasinya. Berikutan itu, Adlin telah mengambil tindakan menerusi peguamnya Azam & Co. dengan menghantar notis kepada Astro untuk segera menghentikan tayangan telefilem itu.[2] Sebagai pelakon yang membawa watak sebagai Tompel dalam telefilem tersebut, nama Azhan Rani yang memegang watak Allahyarham juga turut tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada kontroversi yang tercetus. Sementara itu, peguam yang mewakili waris Tompel, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz memberitahu, notis tuntutan telah dihantar kepada Astro pada 26 September 2014 lalu.

Pelakon veteran Ruminah Sidek mengakui bekas suaminya, A. R. Tompel merupakan seorang lelaki yang sering menjadi perhatian dan digilai ramai wanita. Bagaimanapun Ruminah atau lebih dikenali sebagai Mak Mah, berkata, watak gatal Tompel yang dipaparkan dalam telefilem itu langsung tidak menggambarkan identiti sebenar bekas suaminya itu. Dalam pada itu, Ruminah berkata, terdapat beberapa babak menunjukkan Tompel begitu agresif dalam percubaan cuba memikat Saloma dan seorang wanita lain namun hakikatnya, seniman itu bukanlah seorang yang berani bertindak segera dalam memikat wanita. Sementara itu, Amran berkata, dia berasakan semua itu tidak patut ditayangkan kepada orang ramai kerana boleh menyebabkan maruahnya sebagai anak Tompel terjejas termasuklah waris lain. Badul pula berkata, segala perlakuan bapanya yang divisualkan dalam telefilem itu adalah watak dalam filem lakonannya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 30 Januari 1973, apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan Jalan Raya di Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]