A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak
GenreDokumentari
Ditulis oleh
  • Chris Hale
  • Justin Ong
PengarahJustin Ong
Pencerita suara latar
Harry Chase
Penggubah lagu tema
Farul Farid
Negara asalMalaysia
BahasaInggeris
Penerbitan
PenerbitLina Teoh
PenyuntingEva E. Zahar
SinematografiKhairun Lamb
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Dosfellas
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Penyiaran
Saluran asalNational Geographic Channel
Format gambarDefinisi tinggi
Siaran asal31 Ogos 2010

A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak ialah sebuah rancangan dokumentari khas yang diterbitkan oleh Dosfellas dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) untuk siaran di National Geographic Channel. Dokumentari selama sejam ini menyingkap kehidupan dan kerjaya Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak dan sumbangannya kepada Malaysia. Ia ditayangkan di saluran National Geographic Channel (Saluran 552 Astro) pada 31 Ogos 2010 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-53.[1][2][3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

A Leader's Legacy: Tun Abdul Razak ialah dokumentari terbitan bersama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), dengan kerjasama Astro, ia diarahkan oleh Ong dan diterbitkan oleh Lina Teoh. Ia turut menampilkan wawancara dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, anak sulung Abdul Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam dan bekas menteri kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah di kalangan tokoh-tokoh lain yang pernah bekerja dengan Abdul Razak.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ National Geographic Channel premieres documentary on Malaysia’s second PM Adobo Magazine (24 Ogos 2010). Dicapai pada 10 April 2017.
  2. ^ National Geographic Channel salutes Malaysia’s 53rd Independence Day with the special premiere of A Leader’s Legacy: Tun Abdul Razak Television Asia Plus (24 Ogos 2010). Dicapai pada 10 April 2017.
  3. ^ Kisah Tun Razak di Astro pada 24 Ogos Malaysiakini (14 Ogos 2010). Dicapai pada 10 April 2017.
  4. ^ Ong Han Sean (24 Ogos 2010). National Geographic documentary on Tun Razak The Star Online. Dicapai pada 10 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]