Aalia (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aalia adalah sebuah drama lipur lara yang berkonsepkan sinetron Indonesia.[1] Drama ini merupakan kerjasama daripada dua pengarah iaitu Anurag Vaishnav (Indonesia) dan Nazriman Karman (Malaysia). Drama 68 episod ini merupakan terbitan Nusantara Seni Karya Sdn Bhd.[1] yang ditayangkan di Astro Prima mulai 26 April 2010 melalui slot Megadrama bagi menggantikan drama Permai Senja.

Aalia
GenreKeluarga
Cinta
Konflik
PengarahAnurag Vaishnava
Nazriman Jarman
Dibintangi oleh
Zarynn Min
Fazreen Rafi
Lagu pembukaan"Masih Jelas" nyanyian Hafiz Suip
Lagu penutup"Masih Jelas" nyanyian Hafiz Suip
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod68
Penerbitan
Tempoh siaran1 jam per episod
Syarikat penerbitan
Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Siaran asal26 April 2010 – 17 Ogos 2010
Kronologi
MengikutiPermai Senja

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan tentang Aalia (Zarynn Min), seorang gadis cantik, sopan-santun, taat dan tabah mengharungi cabaran hidup.

Perkahwinannya dengan Shahril (Fazreen Rafi), seorang lelaki yang merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Aalia, tidak disenangi oleh ipar-iparnya kerana sifat cemburu.

Perbalahan kecil mula berkembang besar sehingga Aalia terpanggil untuk masuk campur demi mengamankan keadaan. Ini memperlihatkan watak Aalia yang cekal dan tenang dalam mengharungi kehidupan sehariannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Siti Azira Abd. Aziz. ‘Aalia’ Guna Konsep Drama Indonesia. mSTAR. Diterbitkan pada 16 April 2010. Dicapai pada 30 Disember 2019.