Aapravasi Ghat
| Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
|---|---|
| Kriteria | Budaya: (vi) |
| Rujukan | 1227 |
| Inskripsi | Sesi 2006 (ke-30 ) |
| Koordinat | 20°09′31″S 57°30′11″E / 20.158611°S 57.503056°E |

Aapravasi Ghat ('Depot Imigresen') ialah sebuah kompleks bangunan yang terletak di Port Louis, Mauritius, tanah jajahan British pertama yang menerima tenaga buruh kontrak dari pelbagai negara. [1] Dari 1849 hingga 1923,seramai setengah juta buruh Kontrak India melalui Depot Imigresen, sebelum dihantar ke ladang-ladang di seluruh Empayar British . Penghijrahan buruh secara besar-besaran meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam masyarakat banyak bekas koloni British, dengan orang India membentuk sebahagian besar daripada populasi negara-negara tersebut. [2] Di Mauritius sahaja, 68 peratus daripada jumlah penduduk semasa adalah berketurunan India . Oleh itu, Depot Imigresen telah menjadi titik rujukan penting dalam sejarah dan identiti budaya Mauritius. [3] [4]
Pembangunan infrastuktur yang tidak terkawal pada pertengahan abad ke-20 menyebabkan hanya baki sebahagian daripada tiga bangunan batu daripada keseluruhan kompleks masih wujud. [5] Bangunan-bangunan ini kini dilindungi sebagai monumen kebangsaaan di bawah undang-undang warisan nasional Mauritius. [6] Peranan depot imigresen dalam sejerah sosial diikitraf oleh UNESCO apabila tapak ini diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 2006. Ia merupakan salah satu daripada dua tapak warisan dunia di Mauritius, bersama dengan Le Morne Brabant.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Perkataan ghat dijelaskan melalui pelbagai etimon n Dravidia seperti dalam bahasa Kannada gatta (banjaran gunung), Kattu dalam Bahasa Tamil (sisi gunung, empangan, Bukit, jalan raya) dan katta serta gattu dakam bahasa Telugu (empangan, benteng). [7]
Ghat,satu istilah yang digunakan di benua kecil India, bergantung pada konteksnya boleh merujuk kepada rangkaian bukit bertingkat seperti Ghats Timur dan Ghats Barat ; atau barisan anak tangga yang menghala ke badan air atau dermaga, seperti tempat mandi atau pembakaran mayat di sepanjang tebing sungai atau kolam, contohnya Ghats di Varanasi
Lokasi
[sunting | sunting sumber]
Depot Imigresen dibina di bahagian timur teluk terlindung Trou Fanfaron di Port Louis, ibu kota Mauritius. Kompleks bersejarah ini kini terdiri daripada baki sebahagian tiga bangunan batu yang berasal dari tahun 1860-an, dibina di tapak depot terdahaulu.ia merangkumu pintu gerbang masuk dan blok hospital, sisa-sisa bangunan imigresen serta tinggalan kautres perkhidmatan. [6]
Penebusgunaan tanah berikutnya akibat pembangunan bandar telah memindahkan lokasi Depoh Imigresen lebih jauh ke pedalaman. Pusat Waterfont Caudan, sebuah marina yang dibangunkan sebagai pusat ekonomi dan pelancongan, terletak di luar tapak.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Sejarah Mauritius
- Budaya Mauritius
- India bukan pemastautin dan Orang Asal India
- Penjawat inden
- kuli
- ^ Deerpalsingh, Saloni. "An Overview of Indentured Labour Immigration in Mauritius". Global People of Indian Origin (GOPIO) Souvenir Magazine, July 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-04. Dicapai pada 11 September 2009.
- ^ "The Caribbean" (PDF). High Level Committee on Indian Diaspora. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-06-19. Dicapai pada 11 September 2009.
- ^ Torabully, Khal (2 November 2007). "Coolitude and the symbolism of the Aapravasi ghat". Dicapai pada 10 September 2009.
- ^ "Mauritius: History and Remembrance". allAfrica. 2 November 2004. Dicapai pada 4 November 2004.
- ^ Bunwaree, V. K. (2 November 2008). "Speech By Hon. V. K. Bunwaree, Minister of Education, Culture & Human Resources: 174th Anniversary of Arrival of Indentured Labourers 2nd November2008". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-15. Dicapai pada 11 September 2009.
- ^ a b "ICOMOS Evaluation of Aapravasi Ghat World Heritage Nomination" (PDF). World Heritage Centre. Dicapai pada 10 September 2009. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "whs" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Jaini, Padmanabh S. (2003). Jainism and Early Buddhism. Jain Publishing Company. m/s. 523–538. ISBN 9780895819567.