Aashka Goradia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aashka Goradia
Kelahiran (1975-11-27) 27 November 1975 (umur 48)
WarganegaraIndia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2002–kini
Terkenal keranaBigg Boss 6
Naagin 2
Daayan
PasanganBrent Goble (k. 2017)

Aashka Goradia (lahir 27 November 1975) ialah seorang pelakon televisyen India. Beliau telah berjalan di beberapa acara fesyen dan telah berlakon dalam pelbagai siri televisyen Hindi. Beliau menjadi popular selepas menjayakan peranan "Kumud" dalam Kkusum (2003-2005) di Sony TV dan menjayakan peranan Kallavati di Laagi Tujhse Lagan. Pada tahun 2012, beliau mengambil bahagian sebagai peserta dalam rancangan realiti Colors TV Bigg Boss. Beliau juga telah muncul dalam siri televisyen Baal Veer dan Naagin. Goradia juga dikenali kerana penampilannya dalam rancangan realiti seperti Bigg Boss dan Nach Baliye di mana beliau turut serta bersama teman lelakinya, Brent Goble.

Beliau kini melakonkan peranan Sapt-roopa di rancangan &TV Daayan.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Aashka menjalin hubungan pelakon televisyen Rohit Bakshi dari 2006-2015.[2] Selepas berpisah, beliau mula berkenalan dengan Brent Goble, seorang ahli perniagaan Amerika. Aashka berkahwin dengan Brent pada 1 Disember 2017 dalam upacara perkahwinan Kristian, diikuti dengan upacara tradisi Hindu pada 3 Disember 2017.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "An emotional goodbye from Tinaa Datta to Aashka Goradia on Daayan". Mid-day. 26 June 2019.
  2. ^ "Actors Aashka Goradia and Rohit Bakshi Split Up After 10 Years". NDTV. 2 August 2016.
  3. ^ "Nach Baliye 8 couple Aashka Goradia and Brent Goble to tie the knot on December 3". Indian Express. 21 July 2017.
  4. ^ "Aashka Goradia marries Brent Goble. See new pictures, videos from her white wedding". Hindustan Times. 3 December 2017.