Aasil Kazi Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Aasil Kazi Ahmad merupakan seorang pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia dikatakan rakyat Amerika Syarikat keturunan Pakistan. Aasil rapat dengan Dr Jamal Barzinji - penggerak utama International Institute of Islamic Thought (IIIT). Aasil dicadangkan menjadi pegawai khas Anwar di luar negara. Aasil juga terlibat aktif dalam ISNA dan IIIT.

Aasil pernah bertugas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana pernah bergambar dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bajunya berlogo PKR.[1]

Pendedahan Anuar Saari[sunting | sunting sumber]

Anuar Shaari bekas setiausaha sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan, dalam sidang media di Hotel Vistana Kuala Lumpur mendedahkan peranan Aasil Kazi Ahmad menjadi dalang menyimpan maklumat tentang Raja Petra Kamaruddin (RPK) - pemilik portal berita Malaysia Today.[1]

Raja Petra dikatakan melarikan dri ke luar negara selepas Anwar gagal membentuk kerajaan pada 16 September 2008. RPK melepaskan jejak melalui Thailand dengan pertolongan Dato Shazril Eskay. Dato Shazril menguruskan visa dan dokumen perjalanan RPK dari Thailand ke United Kingdom.[perlu rujukan] RPK bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.[2] Rumah itu milik isteri Kalimullah Hassan - ketua pengarang NSTP semasa Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.[perlu rujukan]

Pada 23 April dan 25 Mei 2009 waran tangkap dikeluarkan kepada RPK kerana tidak hadir semasa perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.[3]

Dato Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Berita Harian juga dikatakan memainkan peranan dengan Aasil.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kes RPK: Aasil boleh bantu polis Utusan Malaysia. 7/2/2010
  2. ^ "Raja Petra berada di London?". Malaysia Today. 20 Disember 2009. Dicapai 16 November 2012. 
  3. ^ a b Zalinah Noordin (17 Mac 2010). "Anwar's former aide questions reason for lawsuit". The Star Online. The Star. Dicapai 16 November 2012.