Pergi ke kandungan

Abah Saya, Uncle Mike

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abah Saya, Uncle Mike
PengarahEzrie Gazali
PenulisMuzzamer Rahman
Cerita oleh
  • Ezrie Gazali
  • Catalina Mae Hubbard
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiIdham Mad Din
Disunting olehAriff Aiman Azahar
Muzik olehAndrew Bong
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 28 Ogos 2025 (2025-08-28) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Abah Saya, Uncle Mike merupakan filem drama Malaysia 2025 arahan Ezrie Gazali (dalam debut pertamanya sebagai pengarah) dan ditulis oleh Muzzamer Rahman. Ia dibintangi oleh Andy Teh, Idan Aedan, Merah Muhaimin dan Umar Shakur. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini mengangkat cerita kehidupan Michael Tong Wai Siong (atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike), seorang lelaki Cina yang mengambil tiga anak angkat berbangsa Melayu sebagai anaknya, dengan penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap agama Islam mereka. Filem ini ditayangkan di Malaysia pada 28 Ogos 2025.

Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh dengan penderaan yang dilakukan oleh Shaari. Rafei bersama adik-adiknya demi mencari kehidupan yang lebih baik. Namun, apabila mereka dipisahkan dengan kejam, Rafei diselamatkan buat sementara oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang baik hati, Uncle Mike. Dalam usahanya untuk menyatukan kembali keluarganya, ketiga-tiga beradik dan Uncle Mike akhirnya terpaksa berdepan dengan makna sebenar sebuah keluarga dan menyedari bahawa ‘Keluarga Bukan Sekadar Pertalian Darah’.

  • Andy Teh sebagai Uncle Mike
  • Idan Aedan sebagai Rafie
  • Merah Muhaimin sebagai Rasyid
  • Umar Shakur sebagai Rahman
  • Pauline Tan sebagai Nancy
  • Chew Kin Wah sebagai Mr. Tong
  • Mandy Chong sebagai Mrs. Tong
  • April Chan sebagai Pearl
  • Nadiya Nisaa sebagai Ummi
  • Sobri Anuar sebagai Shaari
  • Han Zalini sebagai Syafiq
  • Chai Zi sebagai David
  • Taqim Zaki sebagai Dato'
  • Shah Kimin sebagai Aziz
  • Bidin Al Zaifa sebagai Pegawai polis
  • Huhammad Halimi sebagai Pejalan kaki

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Ulasan kritis

[sunting | sunting sumber]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]