Abam Bocey

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abam Bocey (pelawak))
Abam Bocey
Kelahiran
Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey bin Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey

(1988-01-19)19 Januari 1988
Meninggal dunia10 Februari 2020(2020-02-10) (umur 32)
Gombak, Selangor
Sebab kematianDeman panas dan sakit kepala
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2012–2020
PasanganNor Hidayah Mohd Ali (k. 2017–2020)
Anak-anak1
IbuSabariah Arshad
BapaSyed Mohd Ridzuan Al-Juffrey
KeluargaAli Puteh (adik)
Kerjaya lawak
MediaTelevisyen, filem
GenreKomedi, sketsa
Bekas ahliBocey (2012-kini; kematiannya)

Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey atau Pak Buncit (19 Januari 1988 – 10 Februari 2020) merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey. Beliau ialah bekas peserta Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3. Abam juga terkenal dengan slogan 'Gemuk is Awesome’ kerana bertubuh besar.[1][2][3][4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Abam[5] berkahwin dengan Nor Hidayah Mohd Ali pada 8 Disember 2017 di Taman Air Manis, Sabak Bernam, Selangor. Majlis perkahwinan mereka dihadiri seramai 5,000 tetamu termasuk ahli keluarga pengantin lelaki.[6] Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.[7]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Februari 2020, Abam Bocey telah meninggal dunia di kediamannya di Gombak di usia 32 tahun. Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam mengalami demam panas dan sakit kepala sejak dua hari sebelum kematiannya.[8][9] Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.[10][11]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

Bocey
  • Perjalanan (2015)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Komposer Penulis Lirik
2019 Sikasih[12] Zimi Sofazr Rongak

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Suatu Malam Kubur Berasap 2 Mekanik Gemuk Filem pertama
Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa Akhir
2015 Hantu Bungkus Ikat Tepi[13] Fendi
Ada Apa Dekat Bas Stop Abam
Isteri Untuk Dijual Anip
2016 Kecoh! Primadona Kena Hantu Rahim
2020 Jodoh Syaitan Kulup Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta
Superbike The Movie Penjual Roti
2024 Tan-Ti-Ana Belon

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Geng UPSR (Musim 2) Budi Abang Burger Astro Tutor TV
2017 Mak Cun (Musim 3) Daniel TV3
Oh My Pondok Astro Oasis
Saka Sisters Jamal Astro Warna
Tuyul Ke London Toyol Abam
2019 SMK (Musim 1) Coach Faiz Astro Ceria
2021 Mamu Mami Gosip FINAS Malaysia

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan
2012 Raja Lawak (Musim 6) Albob
2013 Bintang Mencari Bintang (Musim 1) Bocik
Maharaja Lawak Mega 2013 Bocey
2014 Super Spontan 2014
Maharaja Lawak Mega 2014 Bocey
2015 Qu Puteh Bintang Bersama Bintang
Super Spontan All Stars 2015
Juara Parodi 2015 Righthanded
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Bocey
Super Spontan Superstar
2017 Maharaja Lawak Mega 2017 Bocey
2018 Bintang Bersama Bintang 2018
Super Spontan Xtravaganza
Maharaja Lawak Mega 2018 Bocey
2019 Muzikal Lawak Superstar Botak
Maharaja Lawak Mega 2019 Bocey

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Homestay Berhantu Din TV9
Bocey Beraya Abam Astro Warna
Samba Bola Kampung Chopie Astro Prima
Terpaku Pontianak Salman Al-Farisi TV9
2015 Aku Mahu ke New York 1 Abang Mat Astro Ceria
Aku Mahu ke New York 2
Gebu-gebu Manis Dollah Astro Ria
Suamiku Encik Beruang Encik Beruang
Projek Bakar Lemak Ali TV1
Hantu Kubur Lempang Astro Prima
Hantu Botox Bam TV3
Abang Haji Gufron
Salah Susuk Raya Fendi Astro Prima
2016 Bocey Mencecey Abam Astro Warna
Oh My English!: Oh My Goat - Come Baaack!! Mail Astro TVIQ
2018 Hantu Rumah Sakit Jiwa Zed Astro First Eksklusif
Tiga Bahadol Maun Astro Warna
2019 Terpanah Asmara Bobby TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2016 Gemuk Is Awesome TV AlHijrah
Bocey & Friends Pelbagai watak Astro Warna
2017 Temasya Sukan ke Laut Pengacara bersama Malek Noor
2018 Maharaja Lawak Mega Raya 2018 Peserta (Bocey)
Bocey & Friends Live Pelbagai watak
2020 Maharaja Lawak Mega Raya 2019 Peserta (Bocey)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Artis Lawak MeleTOP Abam Bocey Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Pelakon Komedi Lelaki Popular Abam Bocey Menang
Anugerah Lawak Warna 2015 Artis Lawak Lelaki Paling Popular Abam Bocey Tercalon
Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular Kumpulan Bocey Tercalon
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis Filem Popular Abam Bocey Tercalon
Pelakon Komedi Popular Abam Bocey Menang
Artis Versatil Popular Abam Bocey Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular Tercalon
Artis Komedi Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abam Tidak Pernah Berasa Malu Bertubuh Besar Diarkibkan 2017-06-02 di Wayback Machine mStar Online (7 April 2015). Dicapai pada 7 April 2015.
  2. ^ Zaidi Mohamad (7 April 2015). Gemuk Is Awesome - Abam Bocey Berita Harian. Dicapai pada 7 April 2015.
  3. ^ Abam Bocey sasar turun berat 30 kilogram Diarkibkan 2015-04-11 di Wayback Machine Kosmo!. Dicapai pada 9 April 2015.
  4. ^ "Gemuk Is Awesome", Kevin Zahri Tegur Abam (Bocey) Diarkibkan 2016-08-30 di Wayback Machine mStar Online. Dicapai pada 7 April 2015.
  5. ^ Abam Bocey takut didekati wanita? Serah kepada keluarga cari calon isteri Diarkibkan 2019-08-28 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Februari 2018.
  6. ^ 5,000 datang kenduri kahwin Abam Bocey Harian Metro (9 Disember 2017). Dicapai pada 12 Februari 2018.
  7. ^ Najiy Jefri (19 Jun 2019). Abam Bocey dapat anak lelaki Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
  8. ^ Rahman, Ridzuan Abdul (2020-02-10). "Abam Bocey meninggal dunia". HM Online. Dicapai pada 2020-02-10.
  9. ^ Februari 10, Gempak; Myt, 2020 09:42. "Pelawak Abam Bocey meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 2020-02-10.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  10. ^ "Pelawak Abam meninggal dunia". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-10. Dicapai pada 2020-02-10.
  11. ^ Farhana Joni. "Dr Wan Azizah, Najib Razak ucap takziah pemergian Abam Bocey". Astro Awani. Dicapai pada 2020-02-10. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Abam.
  12. ^ [VIDEO-Sikasih-buat-peminat-Abam Sikasih buat peminat Abam] Sinar Harian (11 Februari 2020). Dicapai pada 12 Mac 2020.
  13. ^ Pelakon Abam (Bocey) hadir pada Photoshot dan Preview filem Hantu Bungkus Ikat Tepi di GSC, Nu Sentral disini hari ini Diarkibkan 2019-08-28 di Wayback Machine Utusan Malaysia (7 April 2015). Dicapai pada 7 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]