Abang Bomba I Love You

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abang Bomba I Love You
GenreDrama
Cinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Abang Bomba I Love You karya Mia Kiff Azlisha
Ditulis olehRina Khan
PengarahMP Roslin Md Sharif
Dibintangi oleh
Hisyam Hamid
Amira Othman
Nadya Syahera
Lagu pembukaan"Jaga-Jaga" nyanyian Amira Othman
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam.
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Siaran asal12 September 2016 – 6 Oktober 2016
Kronologi
MengikutiSi Kolot Suamiku
Diikuti olehSuri Hati Mr. Pilot

Abang Bomba I Love You ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2016 arahan MP Roslin Md Sharif . Dibintangi oleh Hisyam Hamid, dan Amira Othman. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 12 september 2016 menggantikan Si Kolot Suamiku

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Jay Talent Agency
  • Nurin Talent Agency
  • Noraini Talent Agency

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan "superhero" dalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya? [1]

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh penyiaran Ringkasan
1 12 September 2016 Pertemuan tak rasmi pertama kali antara Rayqal dan Lily di padang futsal. Kejadian kebakaran di rumah Wani merapatkan lagi hubungan mereka.
2 13 September 2016 Rayqal terserempak dengan Lily di tepi jalan lalu selamatkan dia. Dia membawa Lily ke rumah datuknya.
3 14 September 2016 Lily menghantar hadiah misteri kepada Rayqal untuk mengucapkan tahniah. Rayqal pula terkejuat apabila melihat kotak hadiah misteri tersebut mempunyai tanda bahaya.
4 15 September 2016 Bermacam cara Haziq cuba untuk menarik perhatian Lily untuk menjadi teman istimewa dia.
5 19 September 2016 Lily merasakan Rayqal seperti tidak mahu berkawan dengannya kerana Rayqal dianggap seperti sombong. Rayqal pula hanya menganggap Lily seperti adik dia.
6 20 September 2016 Rayqal melamar Mawar untuk menjadi isterinya.
7 21 September 2016 Haziq dan Lily masih menunggu jawapan kemasukan dari universiti. Pertunangan Rayqal dengan Mawar menyebabkan dia rimas dengan cara Mawar yang melayannya seperti hamba.
8 22 September 2016 Selepas 6 tahun Lily belajar di luar negara, dia pulang dan terkejut apabila Rayqal yang menjemput dia di lapangan terbang.
9 26 September 2016 Mawar akhirnya ceritakan apa yang sebenarnya berlaku antara dia dengan Rayqal kepada Lily. Rayqal bukan suami Mawar.
10 27 September 2016 Lily paksa Rayqal untuk ceritakan bagaimana dia dapat menyatukan Darwis dengan Mawar.
11 28 September 2016 Sementara keluarga cuba selesaikan masalah rumahtangga Darwis & Mawar, Rayqal pula meluahkan perasaan cintanya pada Lily.
12 29 September 2016 Rayqal tekanan sehingga menganggu prestasi kerja. Lily yang sudah bertunang mencari Rayqal, malangnya dia telah ditukarkan tempat kerja.
13 3 Oktober 2016 Ayah Mawar memarahi Darwis kerana tidak mahu memberi nafkah kepada Mawar dan anaknya. Darwis pla tidak mahu bertanggungjawab kerana Mawar memberitahu dia bahawa anak itu bukan anak dia.
14 4 Oktober 2016 Lily terjumpa kembali dengan Rayqal di hospital tempat dia bekerja.
15 5 Oktober 2016 Rayqal tidak mahu lepaskan peluang untuk kali kedua, Rayqal mahu Lily berterus terang dengan perasaan Lily yang sebenarnya terhadap Rayqal.
16 6 Oktober 2016 Akhirnya Lily perlu memilih seseorang istimewa untuk menjadi suami dia.

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Hisyam Hamid yang pernah berkhidmat sebagai anggota bomba selama lapan tahun di Singapura teruja menerima watak sebagai Rayqal kerana ia mengimbau memori lama ketika beliau bertugas dalam bidang itu.[2] Malah, dia juga sanggup menolak tawaran lakonan lain kerana mahu menjayakan watak ini.[3]

Menurut Amira Othman, ini ialah drama pertama lakonannya sebagai peneraju utama[4] dan cabaran utama ialah dia perlu banyak bermain dengan emosi dan menangis bagi menjayakan kebanyakan babak sedih dalam drama ini.[5] Beliau juga mengakui banyak kritikan mengenai lakonannya. Malah pihak produksi telah mengupah pelakon tambahan lain untuk menggantikan babak dia didukung oleh Hisyam Hamid sebagai menjaga batasnya dalam lakonan.[5]

Pada setiap pengakhiran episod dimuatkan dengan satu video pendek humor dan berinformasi, mengenai tugas-tugas bomba, tip-tip keselamatan dan kesedaran awam melibatkan anggota keselamatan berkenaan.

Sambutan dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Drama Abang Bomba I Love You telah diberikan sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim sempena majlis Perbarisan Tahunan JBPM di ibu pejabat JBPM Putrajaya pada 19 Januari 2017, sebagai menghargai usaha syarikat produksi itu memartabatkan dan menaikkan imej JBPM di mata seluruh rakyat Malaysia.[6]

"Abang Bomba I Love You ialah drama yang menyampaikan cara untuk menghargai anggota bomba dan penyelamat disebabkan pelbagai perkara yang mereka lalui setiap hari, contohnya terpaksa berhadapan dengan keputusan yang melibatkan nyawa".[7]

Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

No.TajukArtisMasa
1."Jaga Jaga"Amira Othman3:46
2."Inilah Cinta"Akim3:24
3."Bukankah Aku"Awie Rafail4:10
4."Beautiful"Aziz Harun3:39
5."Belenggu"Syed Shamim3:43
6."Sekadar Mimpi"Adira3:56
Jumlah masa: -:--


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sinopsis Drama Abang Bomba I Love U". Ramenpedas.com. 29 April 2018. Dicapai pada 2 Mei 2018.
  2. ^ "Drama Abang Bomba I Love You lakonan Hisyam Hamid". Kepala Bergetar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  3. ^ "Tuah Abang Bomba". Utusan Online. 22 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 4 Mei 2018.
  4. ^ a b : Kemalia Othman (15 September 2016). "Amira Othman Perjelas Babak". Mstar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  5. ^ Georgie Joseph (19 Januari 2017). "Abang Bomba I Love You dapat pengiktirafan JBPM". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  6. ^ "Here Is What Real Firefighters Do". Malaysian Digest. 25 Oktober 2016. Dicapai pada 3 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]