Abang Lejen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abang Lejen
PengarahAzaromi Ghozali
PenerbitDavid Teo
Dibintangi oleh
Syarikat
penerbitan
Mangkin Prestij Films
PengedarMetrowealth Pictures
Mula ditayangkan
16 April 2015
Tempoh tayangan
97 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Abang Lejen ialah sebuah filem aksi Malaysia 2015 arahan Azaromi Ghozali terbitan Mangkin Prestij Films.[1] Filem ini ditayangkan pada 16 April 2015.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Ajim yang menetap di kampung bersama adiknya Alan. Ajim membesarkan Alan setelah kematian ibu bapa mereka dan sanggup melakukan apa saja demi adiknya itu. Ajim yang meminati filem Hindustan dan Tamil mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan sering menjadi pelindung kepada penduduk kampung dan juga Alan.

Pada suatu hari ,peristiwa yang tidak diduga telah berlaku yang menyebabkan Alan berhijrah ke Kuala Lumpur dan tidak menghubungi lagi Ajim. Dek kerana risau akan adiknya, Ajim ke Kuala Lumpur diikuti Intan. Keadaan bertukar menjadi lain apabila Ajim mendapat tahu yang Alan berdepan dengan masalah. Ajim cuba membantu tetapi pertolongannya ditolak oleh Alan. Apakah sebenarnya berlaku kepada Alan? Bagaimana pula kesudahan cinta Intan terhadap Ajim?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aqmar Mustaza (18 April 2015). Abang Lejen papar kisah kekeluargaan Sinar Harian. Diperoleh pada 27 April 2015.
  2. ^ Muhammad Adnan (17 April 2015). Abang Lejen sarat dengan mesej kekeluargaan mStar Online. Diperoleh pada 27 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]