Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi
Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng
TYT Sarawak Abang Muhammad Salahuddin.jpg

Tempoh jawatan
22 Februari 2001 – 28 Februari 2014
Didahului oleh Ahmad Zaidi Adruce
Diganti oleh Abdul Taib Mahmud

Tempoh jawatan
2 April 1977 – 2 April 1981
Didahului oleh Tuanku Bujang Tuanku Othman
Diganti oleh Abdul Rahman Ya'kub

Lahir (1921-08-27) 27 Ogos 1921 (umur 95)
Kampung Nangka, Sibu, Kerajaan Sarawak
Pasangan Toh Puan Hajjah Dayang Umi Kalthum (meninggal dunia)
Toh Puan Hajah Norkiah
Anak 12
Kediaman Astana, Kuching

Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng (lahir 27 Ogos 1921) adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari tahun 1977 hingga 1981 dan sekali lagi dari tahun 2001 hingga 2014. Beliau merupakan orang pertama untuk menjadi gabenor dua kali. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Abang Louis, oleh rakan-rakan lama dan kenalan beliau, terutamanya di negeri kelahirannya iaitu Sibu. Tempoh perkhidmatan beliau tamat secara rasmi pada 28 Februari 2014 dan digantikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud, pada 1 Mac.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada tahun 1921, Salahuddin, atau Abang Louis, adalah satu-satunya anak Abang Barieng bin Abang Anyut, seorang tokoh yang terkenal di Bahagian Ketiga (kini Bahagian Sibu).

Selepas pendudukan Jepun, beliau bekerja sebagai Inspektor Perbandaran sehingga 1947 di bawah pentadbiran kolonial British yang baru. Beliau terus berkhidmatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kerja Raya.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau aktif dalam politik negeri, membantu untuk membentuk Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Salahuddin bertindak sebagai wakil masyarakat Melanau itu kepada Suruhanjaya Cobbold pada tahun-tahun sebelum pembentukan Malaysia.

Pada tahun 1963, beliau bertanding dan memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri. Walau bagaimanapun, beliau meletak jawatan pada tahun 1968 dan kembali ke perkhidmatan awam. Beliau akhirnya menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

Kegabenoran[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1977, beliau dilantik sebagai Gabenor Sarawak yang ketiga dan berkhidmat untuk satu penggal selama empat tahun. Pada tahun 2000, beliau menjadi Pemangku Gabenor apabila Gabenor Ahmad Zaidi Adruce sedang sakit. Zaidi Adruce meninggal dunia pada Disember 2000, dan Salahuddin sekali gus dilantik semula kepada kegabenoran pada Februari 2001, dan berkhidmat sehingga 28 Februari 2014.

Rujukan[sunting | sunting sumber]