Abang Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Salleh Rahmat Fadhillah
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Ros Hasrol Ahmad
Informasi
Nama panggilanAbang Salleh
Sally
GelaranSilly
SpesiesManusia
JantinaLelaki
PekerjaanPustakawan
Peniaga Internet
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia

Salleh (lahir di Riau, 14 September 1986; umur 32 tahun) ialah seorang penduduk Kampung Durian Runtuh yang terkenal sebagai "lelaki lembut", iaitu lelaki yang bersifat keperempuanan.

Rupa[sunting | sunting sumber]

Muka Salleh berbentuk segi tiga dan bentuk badannya kurus langsing. Dia selalu memakai kain merah pada kepalanya.

Perwatakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai lelaki yang berjiwa perempuan, Salleh gemar menggelar dirinya sebagai "Sally". Bukan setakat keperempuanan, malah cepat berang apabila berdepan dengan situasi yang menyusahkan, khususnya apabila Upin, Ipin dan kawan-kawannya mengusik kerjanya atau mengusik harta bendanya. Apapun, Salleh dianggap peramah oleh kanak-kanak kerana bijaksana dalam banyak perkara, apalagi berkali-kali bertukar pekerjaan sepanjang siri ini, baik sebagai pustakawan mahupun peniaga Internet.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Salleh ialah anak sulung dari 3 bersaudara dengan perpaduan antara bapanya yang merupakan orang Melayu Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur dan ibunya yang merupakan orang Indonesia berasal dari Riau.