Abas Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Guru Dato' Haji

Abbas Haji Muhammad

Ahli Dewan Negara
Lantikan Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
11 September 1959 – 20 Ogos 1962
Berkhidmat dengan Da Abdul Jalil Awang
Butiran peribadi
Lahir1909
Kampung Bukit Puteri, Besut, Terengganu
Meninggal dunia1 Julai 1997
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Dato' Haji

Abbas Haji Muhammad

Pendidikan
Karya terkenal

Tuan Guru Dato' Haji Abbas bin Muhammad ialah seorang agamawan dan tokoh pendidik di Malaysia. Beliau merupakan pengasas kepada beberapa buah sekolah di Terengganu, antaranya Sekolah Menengah Agama Maarif, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dan Madrasah Nurul Ittifaq[1]. Beliau juga pernah dilantik sebagai senator bagi negeri Terengganu dalam Dewan Negara. Beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah negeri Terengganu pada 1988 dan Tokoh Guru Negeri Terengganu tahun 1990. Pada 16 Mei 1991, beliau sekali lagi dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia[2].

Haji Abas mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Muhammad bin Haji Hussein, Kuala Besut. Kemudian ketika berusia 14 tahun beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Mekah selama 8 tahun. Dari Mekah beliau ke India menyambung pengajian di Universiti Al-Jamiah Al-Islamiah, Gujerat ketika berusia 22 tahun. Setelah pulang ke tanah air, 4 tahun kemudian beliau datang kembali ke India meneruskan pengajiannya di Universiti Darul Ulum Deoband selama setahun pada tahun 1938.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu sebagai Ahli Dewan Negara Malaysia mewakili negeri tersebut[3]. Beliau berkhidmat dalam sesi pertama Dewan Negara iaitu pada 1959 hingga 1965.

Anugerah dan pengikitrafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Zaleha Ibrahim; Phayilah Yama; Mohd Faisal Mohamed (2019). "Sumbangan Tok Guru Haji Abbas dalam penubuhan Sekolah Kluster Kecemerlangan" (PDF). Jurnal Melayu. 18 (2): 281–292. ISSN 1675-7513 – melalui E-Journal UKM.
  2. ^ "Tok Guru Haji Abas: Guru Agama Dan Pejuang Rakyat". 27 Jun 2016. Dicapai pada 31 Julai 2021.
  3. ^ "Dewan Negara (Senate) Official Report" (PDF). Parlimen Malaysia. 11 September 1959. Dicapai pada 31 Julai 2021.