Pergi ke kandungan

Abbas Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Dr Haji
Abbas Haji Alias
abbas
Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia ke 02
Dalam jawatan
September 1953 – 30 September 1956
Raja0
Perdana Menteri0
Timbalan0
Didahului olehAhmad Fuad Hassan
Digantikan olehBurhanuddin al-Helmi
Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia ke 03
Dalam jawatan
jun 1953 – September 1953
Raja0
Presiden0
Perdana Menteri0
Naib Presiden0
Didahului olehAhmad Fuad Hassan
Digantikan olehBurhanuddin al-Helmi
Majoriti2000
Maklumat peribadi
Lahir
0

(1914-07-14)14 Julai 1914
Banting, Mukim Tanjong Duabelas, Templat:Country data Kuala Langat Daerah Kuala Langat, Selangor Selangor
Meninggal dunia9 Ogos 2004(2004-08-09) (umur 90)
Petaling Jaya, Mukim Petaling, Templat:Country data Petaling Daerah Petaling, Selangor Selangor
Kewarganegaraan0
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Tempat belajar0
Pekerjaan0 al
Bidang pengkhususan0
TandatanganTandatangan
0

Abbas bin Alias ialah seorang ahli perubatan dan politik di Malaysia.

Beliau ialah Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang ke-2 dari 1953-1956.

Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Abbas dilahirkan pada 1914 di Banting,Selangor,namun dibesarkan di Sitiawan, Perak di mana bapanya berkhidmat sebagai kadi.[1] Beliau belajar di Taiping sebelum melanjutkan pengajian perubatan di Kolej Perubatan Raja Edward VII di Singapura. Selepas tamat belajar, beliau bekerja dengan pentadbiran kolonial pada 1939. Beliau melanjutkan pengajian pascasiswazahnya dua kali; pertama pada 1949 hingga 1951 di mana beliau memperoleh diploma dalam kesihatan awam dan perubatan tropika di London, dan kedua pada 1958 di mana beliau memperoleh diploma dalam pentadbiran kesihatan awam di Kanada.

Beliau mengetuai rombongan perubatan Haji tahunan antara 1950-an hingga 1960-an, dan dipanggil Doktor Haji. Beliau bersara dari perkhidmatan perubatan kerajaan pada Disember 1969.

Sebagai Yang Dipertua Agung PAS

[sunting | sunting sumber]

Beliau mengambil alih kepimpinan PAS pada 1953 selepas Yang Dipertua PAS pertama, Ahmad Fuad Hassan meletakkan jawatan. Walau bagaimanapun, beliau berkhidmat selama tiga tahun sahaja disebabkan bekerja dengan kerajaan sebagai doktor di Hospital Kuala Lumpur dan pegawai perubatan jemaah haji.

Pada 1956, beliau berundur dari memimpin PAS, namun kembali menjadi pimpinan selepas bersara, dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS hingga awal tahun 80-an.

Pendaftaran PAS sebagai badan politik

[sunting | sunting sumber]

Dalam tempoh kepimpinan beliau, Abbas berjaya mendaftarkan PAS sebagai sebuah badan politik sebelum menyertai pilihan raya persekutuan pertama pada Julai 1955.[2] Dalam pilihan raya tersebut, PAS memenangi kerusi sulung melalui kemenangan Ahmad Tuan Hussein di Parlimen Kerian, Perak.

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  • Kelantan
    • Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) 1965
  • Malaysia
    • Johan Mangku Negara (JMN) 1968
  • Terengganu
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) - Dato' (2001)
  1. ^ Faridah (2011-11-02). "Dr Abbas bin Haji Alias". The Early Malay Doctors. Dicapai pada 2024-07-16.
  2. ^ Hasyim, Ibnu. "Sejarah PAS 7: Di Bawah Dr Abbas". Dicapai pada 2024-07-16.


Penyandang Terdahulu Yang Dipertua Agung PAS
19531956
Penyandang Kemudian
Haji Ahmad Fuad Hassan Burhanuddin al-Helmi