Pergi ke kandungan

Abbas Ibn Firnas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tokoh Abbas Ibn Firnas merupakan salah seorang pakar sains Islam yang meninggal pada tahun 887 .

'Abbas Ibn Firnas, atau 'Abbas Qasim Ibn Firnas (Tidak diketahui-c. 887 A.D.) merupakan Berber Spanyol kemanusian (humanitarian), teknologis, dan ahli kimia.

Pada abad ke sembilan AD, kesemua kecuali jalur utara Sepanyol masa kini dan Portugis membentuk Andalusia Khalifah Cordova. Ini merupakan mercu Ksesnian dan Sains Islam. Cordova dan Baghdad merupakan pusat kebudayaan kembar di dunia.

Pada 822, seorang Khalifah baru dilantik bernama 'Abd al-Rahman II menaiki takta dan dia mula mengumpul orang yang berkebolehan. Dia bermula dengan ahli muzik Iraq bergelar Ziryab. Ini bererti Burung hitam (Blackbird)—gelaran yang menghormati kebolehan menyanyinya, dan perwatakan dramatiknya. Nama sebenarnya adalah Abu al-Hasan 'Ali ibn Nafi'. Guru muzik yang cemburu telah mengusir Ziryab keluar dari Baghdad. Oleh itu Khalifah menggajinya dengan gaji yang mewah.

Di Cordova, Ziryab mencipta bentuk muzik baru. Dia memperkenalkan lute kepada Spanyol, dan menambah julatnya dengan menambah tali kelima. Tetapi dia juga merupakan penaung bagi bidang sains. Dia menggalakkan perkembangan astronomi, perubatan, dan banyak teknologi baru. Salah seorang daripadanya adalah seorang astronomi Berber yang muda dan penyair bernama 'Abbas Ibn Firnas.

Pada tahun 852, di bawah Khalifah baru, a daredevil bernama Armen Firman memutuskan untuk terbang dari menara di Cordova. Dia melayang kebumi, menggunakan jubah lebar seperti sayap untuk melambatkan kelajuaannya. Dia terselamat dengan kecederaan ringan, dan Ibn Firnas yang masih muda hadir dan menyaksikannya.

Seperti Ziryab, Ibn Firnas terbabit dalam pelbagai usaha. Dia mendalami kimia, fizik, dan astronomi. Dia menyediakan jadual astronomi, mengarang puisi, dan mereka jam air yang dikenali sebagai Al-Maqata. Dia juga mencipta kaedah menghasilkan kaca dari pasir, dan dia menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet dan bintang. Dia juga memajukan proses bagi memotong kristal batu. Sehingga masa itu, hanya orang-orang Mesir tahu cara mengilap kristal. Dengan itu, Sepanyol tidak lagi perlu mengeksport kuartz ke Mesir, tetapi mampu menyiapkannya sendiri.

Pada tahun 875, Ibn Firnas mencipta pelayangnya sendiri, dan melayang turun dari menara. Penerbangan itu agak berjaya, dan disaksikan oleh kumpulan mereka yang dijemputnya. Bagaimanapun, pendaratannya gagal. Belakangnya tercedera, dan pengkritiknya menyatakan bahawa dia tidak mengambil kira cara burung mengepak ketika terjunam, dan mendarat pada ekornya. Dia tidak menyediakan ekor, ataupun cara pergerakan serupa itu. Kematiannya, hanya dua belas tahun selepas itu, mungkin sedikit sebanyak diakibatkan oleh kecederaannya.

"Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying."
—Philip Hitti, History of the Arabs.

Ketika orang-orang barat mengajar anak-anak mereka mengenai Wright Bersaudara, negara-negara Islam mengajar anak-anak mereka mengenai Ibn Firnas, seribu tahun sebelum Wright. Libya mengeluarkan stem sebagai menperingatinya. Iraq membina patung bagi memperingati dirinya dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq, dan Lapangan Terbang Ibn Firnas di utara Baghdad dinamakan sempenan namanya.

Kawah Ibn Firnas di bulan juga dinamakan sempena namanya.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]