Abd Al-Rahman Ali Al-Jifri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Abd Al-Rahman Al-Jifri.jpg
Abd Al-Rahman Al-Jifri

Abd Al-Rahman Al-Jifri (lahir: November 1943) merupakan seorang pemimpin pembangkang Yaman yang utama serta Naib Presiden Majlis Presiden untuk kerajaan yang tidak kekal lama di Republik Demokratik Yaman yang telah diasaskan pada 21 Mei 1994. Beliau juga merupakan Presiden Barisan Pembangkang Nasional (MOWJ), sebuah kumpulan pembangkang yang telah berlawan dengan Republik Yaman pada 1994, akan tetapi tergagal dalam perang pemisahan yang singkat itu. Kini, Al-Rahman merupakan Pengerusi MOWJ yang terdiri daripada kumpulan bekas pemimpin sosialis yang telah lari daripada negara itu pada tahun 1994.


Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Yeshbum, Shabwa, Al-Rahman belajar Al-Quran daripada sekolah ayahandanya di Yeshbum. Beliau menghadiri sekolah rendah di Sekolah Al-Abdaleyah Al-Muhseniah, Lahej, serta sekolah menengah di sebuah sekolah Halwa yang terletak di Kaherah, Mesir. Selepas itu, beliau menuntut selama dua tahun di Fakulti Sains, Universiti Kaherah dan dianugerahkan dengan Sarjana Muda Sains dalam Sains Tentera pada Februari 1965. Al-Rahman merupakan penuntut asing pertama yang lulus dalam kursus itu.

Pada tahun 1964, Al-Rahman menerima "Anugerah Kebudayaan" kerana tesisnya mengenai Dasar Keberkecualian Positif dan Ketidakberikatan yang diterbitkan dalam Majalah Angkatan Tentera U.A.R pada tahun yang sama. Beliau kemudian menuntut kursus kejuruteraan tentera di Sekolah Kejuruteraan Tentera Al-Taif. Dari 1973 sehingga 1975, Al-Rahman membelajari bahasa Inggeris, pengaturcaraan komputer dan pentadbiran perniagaan di London.

Kegiatan politik[sunting | sunting sumber]

Kehidupan politik awal[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1956 ketika berusia 13, Al-Rahman menyertai Belia Parti Rabitat, dan merupakan salah seorang pengasas Pertubuhan Belia untuk Perpaduan Orang-orang Asia-Afrika. Rabitat abna al-Yaman (RAY) adalah salah satu parti pembangkang yang tertua tetapi lebih kecil. Al-Rahman mewakili pertubuhan belia itu untuk menyambut ulang tahun pertama Republik Arab Bersatu (U.A.R.) pada tahun 1959. Dalam sebuah karnival pada 2 Februari yang dihadiri oleh melebihi seratus ribu orang di Dataran Republik, Kaherah, beliau menyampaikan ucapan bagi pihak pertubuhan belia itu. Ketika itu, Al-Rahman hanya berumur 16 tahun.

Pada tahun 1965, dua kumpulan pejuang kebangsaan bersaingan — Barisan untuk Pembebasan Yaman Selatan Pendudukan (FLOSY) (Front for the Liberation of Occupied South Yaman) dan Barisan Pembebasan Nasional (National Liberation Front) (NLF) — menukarkan pendekatan mereka dan mengamalkan keganasan dalam perjuangan untuk mengawal negara tersebut. Al-Rahman turut serta dalam perjuangan menentang Persekutuan Arab Selatan yang didalang oleh pihak British. Bersua dengan keganasan yang tidak terkawal, angkatan tentera British berundur dan kerajaan persekutuan runtuh. Unsur NLF dengan cepatnya mengambil alih kawalan, setelah menyingkirkan saingan musuh FLOSY mereka. Bersama-sama dengan orang-orang lain, Al-Rahman terpaksa berhijrah daripada tanah airnya. Menyusul pengepungan setiaraja terakhir di Sanaa pada tahun 1968, kebanyakan pemimpin penentang bersetuju untuk pulang ke tanah air mereka.

Pada tahun 1970, Al-Rahman telah terlibat dalam pergerakan Perpaduan Kebangsaan (National Unity ) yang baru sahaja ditubuhkan di Sana'a. Pergerakan itu adalah satu campuran yang merangkumi Parti Liga, Barisan Pembebasan, Barisan Pembebasan Yaman Selatan Pendudukan (FLOSY) dan pemisah daripada Barisan Pembebasan Nasional (NLF).

Selepas menghabiskan kursusnya di London, Al-Rahman bertugas sebagai Pengurus Besar untuk beberapa syarikat pelaburan di Teluk. Pada November 1986, beliau dipilih oleh partinya sebagai Presiden Parti Liga dalam Persidangan Agung Ketujuh. Al-Rahman dipilih semula sebagai Presiden pada tahun 1992 oleh Persidangan Agung Kelapan di Sana’a dan merupakan pengerusi Suruhanjaya Persediaan untuk Persidangan Nasional.

Kehidupan selepas Perang Saudara[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997, Al-Rahman menyertai "Persidangan Hak Asasi Manusia" yang diadakan di Institusi Hal Ehwal Luar Negeri Diraja (Royal institution of the Foreign Affairs) {Chatham House} di London. Beliau menyampaikan ucapan mengenai persoalan Yaman di Universiti Exeter yang mencetak ucapannya pada Oktober tahun itu.

Pada tahun 1998, kes penderhakaan pemimpin-pemimpin pemisahan telah dibicarakan di mahkamah tanpa kehadiran mereka. Lima orang dihukum mati tetapi Al-Rahman cuma menerima sepuluh tahun hukuman tangguhan yang memungkinkan kepulangannya ke Yaman.

Serupa dengan Parti Rabitat abna al-Yaman, Al-Rahman menolak keganasan, percaya akan dialog untuk mengatas persoalan politik dan sosial serta percaya akan kesederhanaan. Kepercayaan dan cara toleransinya mematuhi ayat Al-Quran, "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik" dan "tolaklah dengan cara yang lebih baik supaya orang yang di antaranya dan di antaramu ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".

Penyelidikan-penyelidikan mengenai Al-Rahman telah diterbitkan. Pertamanya diterbitkan oleh Awad AlArashani daripada "Percetakan Al-Ahram", yang bertajuk Abdurrahman Aljifri: Konfrontasi dan Cabaran. Satu lagi pula diterbitkan oleh "ALQUDS untuk Kajian dan Penyelidikan" yang bertajuk "Bacaan Terhadap Pemikiran Abdurrahman Aljifri, Presiden Mowj.

Al-Rahman dikurniakan dengan dua orang anak lelaki, seorang anak perempuan dan ramai cucu lelaki.

Karya politik[sunting | sunting sumber]

Al-Rahman Ali mengarang dan membantu menyusun banyak sastera Liga, sebahagian daripadanya adalah seperti berikut:

  1. Visi Benar mengenai Persoalan Perpaduan (1987)
  2. Kenyataan dan Alternatif (1987): Sangkalan Pandangan Garallah Omer (1989)
  3. Fakta dan Sikap Perjuangan
  4. Parti Kebenaran dan Berdaya Cipta
  5. Yaman! Ke mana?
  6. Rotes dan Penyelesaian, yang disampaikan di Persidangan London pada September 1995; persidangan yang dimulakan dan ditajakan oleh Universiti London dihadiri oleh ramai pemimpin politik Pembangkang Yaman
  7. Sudut pandangan untuk Menyatukan Usaha Pembangkang Yaman
  8. Jalan untuk Rakyat dan Seorang Pemimpin Berkarisma (1980), sebuah buku mengenai salah seorang pengasas Pergerakan Nasional yang terkenal, Yang Mulia Assayed Mohammad Ali al-Jifri.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]