YB Datuk Abd Halim Jusoh (58) adalah rakyat Malaysia berbangsa Melayu yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan N6 Bandar Permaisuri, Terengganu sejak Mac 2008.
Pada 20 Januari, dia telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung satu kes tuntutan palsu berjumlah RM500,000 pada Mei 2018. Menurut sumber, Abd Halim dikatakan mengemukakan tuntutan palsu kepada pejabat daerah dan tanah di sebuah daerah bagi perbelanjaan 32 program yang dijalankan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang berkenaan. Bagaimanapun, program itu dipercayai tidak dijalankan.[1]
Kerajaan: (23)▌Parti Islam Se-Malaysia (23) Pembangkang: (10)▌Barisan Nasional (10) Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen