Abd Rahim Mohd Radzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi adalah Ketua Setiausaha (KSU) kementerian Dalam Negeri Malaysia mulai mulai 19 Mei 2012.

Beliau anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak.

Perlantikan[sunting | sunting sumber]

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memaklumkan bahawa Mohd Rahim menggantikan Tan Sri Mahmood Adam yang tamat perkhidmatannya pada 19 Mei 2012 selama 31 tahun. Sebelum ini Abd Rahim adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KDN.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983.Kini berusia 55 tahun. Beliau ,menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) mulai 5 Ogos 2010. [1]


Beliau turut menjayakan program Hujah di TV9 bersama Badrul Hisham Shabudin, Pengerusi Persatuan Penduduk Alam Taman Budiman, U10, Shah Alam, Selangor.Tajuk perbincangan ialah 'Mengukur penurunan indeks kadar jenayah'.Bermula Julai 2011, ahli Persatuan Rukun Tetangga dilaporkan menerima elaun RM500 sebulan berbanding hanya RM200 sebelum ini.[perlu rujukan]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Datuk Abd Rahim Radzi KSU baru KDN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-22. Dicapai pada 2012-05-09.