Abdul Malik bin Marwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abd al-Malik)

Khalifah Abdul Malik bin Marwan dilahirkan pada tahun 26 Hijrah (646 Masihi). Ibunya bernama Aisyah binti Mu'awiyah bin al-Mughirah. Ketika berusia 16 tahun, Abdul Malik b. Marwan pernah mengetuai pasukan tentera Madinah melawan Byzantine ketika pemerintahan Mu'awiyah. Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah Bani Umayyah yang Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi).

Khalifah Abdul Malik b. Marwan sempat melakukan pembaharuan seperti mengeluarkan matawang mas, mengumpul kembali Mushaf Uthman, dan lain-lain. Diakhir hayatnya Khalifah Abdul Malik b. Marwan berhasrat melantik anaknya Al-Walid bin Abdul Malik bagi menggantikan pencalonan saudaranya Abdul Aziz. Ini menimbulkan ketegangan dengan Abdul Aziz tetapi ketegangan ini tamat apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian Abdul Malik b. Marwan. Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya Al-Walid bin Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya.

Pada zaman pemerintahan beliau jugalah Kubah Al-Sakhrah telah dibina di Baitulmuqaddis. beliau seorang cendekiawan dan mempunyai ilmu pengetahuan agama dan bahasa arab yang tinggi.beliau seorang penghafal al-quran. Pada permulaan pemerintahan,beliau berusaha untuk mengekalkan dasar pemerintahan berwaspada bagi mengelakan daripada tindakan keras. Beliau menjalan pemusatan kuasa.Kerajaan pusat di Damsyik diperintah secara mutlak. Penempatan tentera telah diperluaskan di sekitar Mesir dan kawasan Laut Mediterranean. Beliau juga memberikan layanan baik kepada suku kaum Arab dengan memberi elaun dan lain-lain. Tentera luar Syam telah digunakan untuk mengawal wilayah Iraq. Beliau turut mewujudkan sistem birokrasi yang dianggotai oleh keluarga Marwan. Abdul Malik telah menubuhkan pasukan tentera khas sebagai tentera kerajaan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource
Wikisource

Kategori berkenaan Abdul Malik bin Marwan di Wikimedia Commons

  • "Abdal-Malek" . Collier's New Encyclopedia. 1921.
Abdul Malik bin Marwan
Tarikh keputeraan: 646 Tarikh kemangkatan: 8 Oktober 705
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Marwan ibn al-Hakam
Khalifah Islam
Khilafah Umayyad

685 – 8 October 705
Diikuti oleh:
Al-Walid ibn Abd al-Malik

Templat:Umayyads