Abd ar-Rahman ibn Nasir as-Sa'di

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulama Islam
ZamanEra Moden

Abd ar-Rahman ibn Nasir as-Sa'di at-Tamimi (1889–1956) merupakan antara ilmuwan, cendekiawan, karyawan Islam dan pakar bahasa Arab yang terulung pada akhir kurun ke-19. Beliau juga dianggap sebagai Al-Ulama, Al-Faqih, Al-Usuli, dan Al-Mufassir.Antara lain, beliau telah mendedikasikan hidup beliau ke arah usaha-usaha keilmuan dan dakwah yang telah menyaksikan penghasilan karya-karya ilmiah di dalam pelbagai bidang Fiqah.[1]

Biografi Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Sheikh Abd Rahman ibn Nasir As-Sa'di telah dilahirkan di bandar Unayzah di daerah Qasim, Arab Saudi pada 8 September 1889, bersamaan tanggal 12 Muharram 1307 Hijrah. Ibunya meninggal ketika beliau berusia empat tahun disusuli bapanya tiga tahun kemudian. Kemudian, beliau dibesarkan oleh ibu saudaranya sehingga beliau menjejaki usia muda sebelum berpindah untuk tinggal bersama abangnya. Sheikh As-Sa'di telah menampilkan kebijaksanaan dan kecenderungan terhadap ilmu Islam pada usia yang sangat muda. Ternyata berkat minat yang mendalam terhadap ilmu agama telah membolehkan beliau berjaya menghafal Al-Quran seawal usia sebelas tahun. Seterusnya, beliau mula mendedikasikan hidup beliau sepenuhnya ke arah usaha-usaha ilmiah dengan mununtut daripada Ulama-ulama yang berada atau singgah sebentar di sekitar tempat kediamannya. [perlu rujukan]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana bakat dan kecenderungan beliau yang sangat mendalam terhadap ilmu Islam, beliau telah ditauliahkan untuk mengajar pada usia yang sangat muda iaitu ketika beliau berumur 23 tahun.[perlu rujukan] Kepakaran beliau dalam ilmu Fiqah dan Usul Al-Fiqh juga telah menyebabkan beliau dijadikan sebagai antara sumber rujukan utama oleh kenalan-kenalan dan penuntut-penuntut ilmu Islam pada ketika itu.[perlu rujukan] Pada awalnya, beliau berpegang pada fahaman Hanbali. Namun, setelah beliau menkaji hasil karya Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim, beliau tidak lagi menghadkan kefahaman ilmu beliau dalam Islam kepada fahamanHanbali.

Guru dan Anak-Anak Murid Beliau[sunting | sunting sumber]

Antara tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang pernah menjadi guru beliau adalah:

  • Muhammad Amin as-Shanqiti
  • Ali Nasir Abu Wadaye
  • Salih ibn Uthman al-Qadi
  • Muhammad ibn Abdul Kareem as-Shibil

Antara ilmuwan-ilmuwan Islam yang pernah menuntut ilmu daripada beliau adalah:

Karya Ilmiah[sunting | sunting sumber]

Antara buku-buku dan tulisan ilmiah yang telah dihasilkan oleh Sheikh As-Sa'di adalah:

  • Taysir al-Karim ar-Rahman fee Tafsir al-Quran. Urdu-Books. Dicapai pada 2014-07-09. – Merupakan tafsir Al-Quran dan adalah hasil karya beliau yang paling utama
  • Manhaj al-Salikin
  • al-Qawaa'id wal-Usool al-Jaami'ah wal-Furooq wat -Taqaaseem al-Badee'ah an-Naafi'ah - Huraian prinsip-prinsip Fiqah
  • Haashiyah Fiqhiyyah
  • Deewaan Khutab
  • al-Qawaa'id al-Hisaan
  • Tanzeeh ad-Deen
  • Radd alaa al-Qaseemee
  • al-Braansi Waaghir va-Jinna
  • al-Haqq al-Waadhih al-Mubayyin
  • Bahjatu Quloob al-Abraar
  • ar-Riyaadh an-Naadhirah
  • al-Durrat al-Fakhira (The Exquisite Pearl) ISBN 0-9542166-0-1

Perginya Seorang Ilmuwan Islam[sunting | sunting sumber]

Setelah mengabdikan diri sepenuhnya dalam memperjuangkan usaha-usaha ilmiah Islam, Sheikh As'Sa'di menghembuskan nafas terakhir pada hari Khamis dalam tahun 1956 C.E. sewaktu berusia 69 tahun setelah menderita sejenis penyakit selama lebih kurang 5 tahun. Beliau dikebumikan di bandar Unayzah dan solat jenazahnya telah diadakan pada waktu Zuhur di sebuah masjid utama serta dihadiri oleh ramai orang-orang awam. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh beliau dan menerima usaha-usaha dakwah dan ilmiah yang telah beliau sumbangkan sepanjang hayat beliau. Amin

Sumber Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Google biography blurb (penyunting). Taysir al-Karim ar-Rahman fee Tafsir al-Quran. Urdu-Books. Dicapai pada 2014-07-09.


Link Luar[sunting | sunting sumber]