Abdi-Milkutti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdi-Milkutti (=Abdi-milki) merupakan Raja Sidon (memerintah sekitar. 680-677 BC) yang memberontak menentang penguasaan Assyria. Dia membentuk perikatan bersama Sanduarri, Raja Kundi dan Sizu, putera Lebanon, kemungkinannya semasa perang saudara antara Esarhaddon dan dua saudara lelakinya yang mencabar perwarisannya selepas mereka membunuh bapanya. Kedua raja saling bersumpah dengan nama dewa agung dan memberontak.

Abdi-Milkutti (kurun ke tujuh sebelum masihi) memerintah bandar Sidon di Phoenicia, Lebanon moden. Dia aktif semasa pemerintahan Taharqa (memerintah. 690–664 sebelum masihi) dari Dinasti Ke Duapuluh Lima. Sebaik sahaja perang saudara tamat, sebagai tindak balas pada pemberontakan, Esarhaddon mengepong Sidon, dan Abdi-Milkutti kini berhadapan dengan Tentera Assyrian yang dipimpin oleh Essarhaddon. Sebagai pengikut Taharqa, Abdi-Milkutti gagal mematahkan serangan Assyrian dan selepas tiga tahun kepongan, pada 677 BC, Sidon akhirnya ditawan oleh pasukan Assyria yang berdisplin, dimusnahkan dan dibina semula sebagai Kar-Ashur-aha-iddina, Pelabuhan Esarhaddon. Abdi-Milkutti dijadikan tahanan dan kemungkinannya dihapuskan bersama keseluruhan keluarganya. [1]. Sanduarri turut ditawan dan dipancung dan kepala kedua raja digantung pada leher bangsawan mereka dan diarak melalui jalan-jalan di Nineveh.[2] Sebahagian dari perbendaharaan yang dirampas dari Sidon diberikan pada raja setia bandar Tyros yang menyaingi kota Sidon.

Dalam Hikayatnya raja Assyria menyatakan bahawa dia menakluk Sidon dan “merobohkan dan mencampakkan ke laut dinding dan asasnya.” Bandar ini terletak di unjuran mengunjur ke laut. Raja Sidonian, Abdi-Milkutti cuba melepaskan dirinya melalui kapal, tetapi “ditarik keluar dari laut seperti ikan“ oleh Raja Assyrian yang memancung kepalanya. Esarhaddon menghantar ke Assyria perbendaharaan yang banyak, termasuk: “emas, perak, batu permata, kulit gajah, gading, maple dan boxwood, pakaian bulu warna terang dan linen.” Dia turut mengambil permaisuri, anak-anaknya, dan bangsawannya: “Rakyatnya dari jauh dan dekat, tidak terhintung.”

Pada bulan Tishrei kepala raja Sidon dipancung dan dihantar ke Assyria.

Raja Sidon yang kalah dan ditawan digambarkan pada Sam'al stele Esarhaddon dari Zenjirli. Stele menunjukkan Abdi-Milkutti, berpakaian dalam pakaian tempatannya dan diikat dengan tali pengikat kolar. Sungguhpun dia ditonjolkan berdiri dengan tangannya diangkat, dia sampai hanya pada sekitar lutut Esarhaddon. Bersebelahan dengannya ditunjukkan putera Mesir melutut.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Encyclopedia of Ancient Egypt, Revised Edition, Margaret R. Bunson, “Fact On File, Inc.”, ISBN 0-8160-4563-1 (hardcover)
  2. ^ http://books.google.hr/books?id=OGBGauNBK8kC&lpg=PA125&dq=abdi%20milkutti%20Sanduarri&hl=hr&pg=PA125#v=onepage&q=abdi%20milkutti%20Sanduarri&f=false
  3. ^ Porter, Barbara Nevling, "Language, Audience and Impact in Imperial Assyria" in Language and Culture in the Near East (Israel Oriental Studies), Shlomo Izre'El (Editor); Rina Drorp (Editor), Brill Academic Publishers, 1997, ISBN 978-90-04-10457-0, [1]