Abdul Ariffahmi Abd Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ir Abdul Ariffahmi Abd Rahman merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Beliau merupakan menantu menantu Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau meletakkan jawatan itu pada 24 Januari 2010.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 15 November 2009, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Sapian menyerahkan momorandum kepada Penolong Pengarah SPRM Kelantan, Muhamad Hafiz Hamzah di Wisma Persekutuan agar siasatan segera dibuat.Antaranya ialah :

  1. Pengakuan Mursyidul Am Pas itu bahawa beliau ditaja oleh pihak tertentu melalui pakej Haji VVIP bernilai RM65,000 pada 2009.
  2. Pelantikan menantu Nik Abdul Aziz, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).[1]

PAS pusat yang bimbang imej akan tercalar telah menggesa Abdul Ariffahmi meletakkan jAwatan. Pada 23 November 2009, rombongan PAS pusat bertemu dengan Nik Abdul Aziz selama sejam di kediaman rasminya di Kota Baharu. Mereka terdiri daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Salahuddin Ayub, Bendahari, Dr Hatta Ramli dan Timbalan Mursyidul AM PAS Datuk Dr Haron Din.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berpendapat selepas memberi notis 3 bulan perletakan jawatan, Ariffahmi tidak patut membuat apa-apa keputusan terutamanya yang boleh memberi implikasi pengurusan dan kewangan. Silalah meletakkan jawatan demi menjaga nama baik Islam dan kepimpinan PAS.Seksyen 12 Akta Perkerjaan 1955 menerangkan pihak majikan Ariff boleh menggunakannya untuk beri tiga bulan gaji kepada dia untuk terus berundur.

Nik Abdul Aziz mengakui tidak sedar membuat kesilapan dalam melantik menantunya kerana pelantikan itu mengikut prosedur dan dalam pengetahuan anggota-anggota Exco. Semasa perlantikan, Penasihat Undang-undang negeri Kelantan tidak memberi sebarang komen.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Akta SPRM jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik [2]. Pada 11 November 2009 , Blogger 'Kickdefella' dalam blognya mendakwa kerajaan negeri kerugian kerana terpaksa membeli kompleks Bazar Tok Guru ekoran berlaku penyelewengan oleh PMBK di bawah pengurusan Ariffahmi. 'Kickdefella' mendedahkan dirinya sebagai Syed Azidi Syed Abdul Aziz , bekas pegawai perhubungan korporat PMBK.

Kerajaan negeri Kelantan terpaksa membeli semula kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur, kerana masalah teknikal - demi kepentingan peniaga . Pembelian itu menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.[3][4] SPRM menyerbu PMBK dua kali berikutan surat layang berlakunya kronisme, salah guna kuasa dan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan (GLC) yang mempunyai peranan begitu besar pada Ogos 2008 hingga November 2009 .[5]

Pada 24 Disember 2010 beliau meletakkan jawatan sebagai CEO selepas bapa mentuanya mengarahkan beliau berbuat demikian.[6]. Pada 29 Januari 2010, beliau meletak jawatan dan diganti oleh Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Mustafa Salleh. Majlis serahan tugas diadakan di Pejabat PMBK di Jalan Kuala Krai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]