Abdul Azeez Abdul Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima[1]

Abdul Azeez Abdul Rahim

PJN; SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); DHMS (Kedah); DCSM (Melaka); DIMP (Pahang)
அப்துல் அஸீஸ் அப்துல் ரஹீம்
عبد العزيز بن عبد الرحيم
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P16 Baling, Kedah
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehTaib Azamudden Md Taib (PAS)
Digantikan olehHasan Saad
Majoriti5,185 (PRU-13)
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Dalam jawatan
2009–2011
Butiran peribadi
Lahir (1966-11-19) 19 November 1966 (umur 57)
Kedah, Malaysia
Parti politik BN - UMNO
PasanganDatin Seri Panglima Khadijah Mohd Noor
Anak-anak4
KediamanTaman Bemban, 09200 Kupang, Kedah
PekerjaanAhli perniagaan, ahli politik

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, (lahir 19 November 1966) merupakan ahli politik Malaysia. Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, ketua UMNO Bahagian Baling dan juga Ketua UMNO Cawangan Kg Charok Sikin, Kupang, Baling, Kedah. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Abdul Azeez merupakan anak ketiga daripada 5 orang adik-beradik. Beliau berkahwin dengan Khadijah dan memperolehi 4 orang anak iaitu dua orang lelaki dan dua orang perempuan (Mohd Khairul Anwar, Mohd Khairul Azman, Khaleeda Azwa dan Khaleeda Azeera). Beliau mengaku fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.[2]

NGO[sunting | sunting sumber]

Abdul Azeez pernah menglibatkan diri dalam kesukarelawan semasa menjadi pengerusi Logistik Yayasan Aman Malaysia untuk bencana tsunami di Aceh dan bencana tsunami di Sri Lanka/India pada tahun 2005. Kini,[bila?] beliau merupakan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia dan banyak menjalankan aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Antara jawatan lain termasuklah:-

  • Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibubapa Nasional Negeri Kedah (Mapin)
  • Pengerusi Belia Anti Dadah dan Anti Pelumba Haram, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Jawatankuasa Masjid-masjid, seluruh Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Penaung Jawatankuasa peningkatan prestasi UPSR di seluruh sekolah rendah, Parlimen Baling, Kedah Darul Aman.
  • Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) Sek Keb Sri Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
  • Ahli Kelab Rotary Goldwing
  • Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Baling.
  • Pengerusi Eksekutif Sekretariat Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)[3]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pemuda dan Putera UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau juga bertindak sebagai Timbalan Pengerusi Bencana Alam Pemuda UMNO Malaysia untuk bantuan bencana tsunami di negeri Kedah tahun 2005. Beliau merupakan Ketua Putera UMNO sejak 2007 sebagai satu usaha meremajakan UMNO. Salah satu cara adalah dengan cuba menarik penglibatan mat rempit kepada UMNO dan aktiviti berfaedah. Salah satu cara ialah menjadi Ketua Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera UMNO 2007.

Majlis Tertinggi UMNO[sunting | sunting sumber]

Abdul Azeez terpilih dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 pada Mac 2009. Untuk itu, beliau diletakkan menjadi Ahli jawatankuasa Biro Membasmi Dadah Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli jawatankuasa Biro Belia dan Sukan UMNO Malaysia.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Abdul Azeez sebagai calon Barisan Nasional
Parliamen Malaysia: Baling, Kedah[4][5][6][7][8][9][10][11]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct Jumlah pengundi Majoriti Turnout
2008 Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) 28,461 44.10% Taib Azamudden Md Taib (PAS) 36,074 55.90% 65,764 7,613 83.47%
2013 Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) 43,504 53.17% Najmi Ahmad (PAS) 38,319 46.86% 83,109 5185 89.20%
2018 Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO) 38,557 42.60% Hassan Saad (PAS) 37,483 41.41% 92,128 1,074 85.93%
Mohd Taufik Yaacob (PPBM) 14,472 15.99%

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu Tabung Haji[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Januari 2019, bekas Pengerusi Tabung Haji ini juga disabitkan dengan 12 pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram untuk digunakan di dalam projek kerajaan persekutuan ketika itu. Beliau disabitkan dengan 3 pertuduhan menerima suapan bernilai RM 5.2 juta dan 9 pertuduhan penggubahan wang haram yang bernilai RM 139.34 juta. Jika disabitkan bersalah bagi pertuduhan rasuah, beliau boleh dipenjarakan maksimum selama 20 tahun dan di denda dengan 5 kali ganda nilai suapan. Dan bagi kesalahan penggubahan wang haram, beliau boleh dipenjarakan maksimum selama 15 tahun dan di denda sebanyak RM 5 juta.[12]

Isu Gelap[sunting | sunting sumber]

Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu Datuk Azhar Azizan Harun membuka persidangan Dewan Rakyat hari ini dengan mengarahkan Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim memohon maaf susulan kenyataan beliau mengenai isu 'gelap' dan 'bedak' semalam.

Kejadian itu berlaku ketika Abdul Azeez mengungkapkan ayat 'gelap tak nampak' ketika Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) bangun mencelah mempersoalkan mengenai ketiadaan wanita sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih yang dicadangkan dalam usul berkenaan semalam.

"Saya telah meneliti hansard tersebut dan mengambil keputusan bahawa perkataan tersebut adalah offensive (bersifat menghina) dan saya ingin meminta Yang Berhormat Baling memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut," katanya.

Akur dengan arahan Yang Dipertua, Abdul Azeez bangun lantas membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan itu namun menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak berniat memanggil sesiapa 'gelap'.

"Dua tahun saya duduk di situ, sememangnya kawasan itu gelap dan kami selalu tidak dapat perhatian speaker.

"Saya kata 'gelap tak nampak' maksud saya kawasan itu gelap. Bagi saya penting rakyat tahu bahawa saya tidak sama sekali berniat memanggil sesiapa gelap kerana diri saya sendiri Allah SWT takdirkan gelap jadi tak ada sebab saya nak cakap begitu," katanya.


Yang Dipertua selepas itu turut meminta dan mengingatkan semua ahli dewan agar tidak menggunakan perkataan kesat, berbaur perkauman serta seksis.

Kasthuriraani, yang bangun dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua atas ketegasan dan membuat keputusan berkenaan, namun tetap dengan pendiriannya bahawa perkataan itu sepatutnya tidak dikeluarkan kerana ia bersifat sangat seksis dan rasis.

"Pada pandangan saya dan ramai Ahli Parlimen di sini berpendapat perkara tersebut walau apa pun alasan diberikan Yang Berhormat Baling, tidak perlu dikeluarkan dan disebut, sebab kita faham niat di sebalik kenyataan tersebut bukanlah semata-mata mengatakan tempat ini gelap," katanya.

BACA: Sikap rasis, seksis: Wanita PKR kecam Abdul Azeez

Mengambil maklum hujah Kasthuriraani, Azhar menyatakan bahawa perkara itu sudah selesai memandangkan beliau telah mengarahkan Abdul Azeez untuk meminta maaf dan mahu meneruskan ke agenda Aturan Mesyuarat seterusnya.

Ahli Parlimen Batu Kawan itu yang bertegas dengan hujahnya, bingkas bangun dengan mendakwa sebenarnya ramai lagi Ahli Parlimen wanita menjadi mangsa kata-kata kesat Ahli Parlimen Baling itu dan memohon satu tindakan tegas dikenakan.

"Sekadar menarik balik dan mohon maaf Baling (Ahli Parlimen) dah buat banyak kali... masih tidak bertaubat lagi. Yang Berhormat Baling adalah a repeat offender," katanya.

Azhar, yang tidak mahu memanjangkan perkara itu, berkata beliau akan mengambil tindakan lebih tegas jika insiden seumpamanya berlaku dan sekali lagi mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjaga adab dan sopan.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  •  Kedah :
    • Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) - Dato' Paduka (2017)[14]
  •  Kelantan :
    • Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (Al-Ismaili I) (SJMK) - Dato' (2016, ditarik balik pada 2 April 2019)[15]
  •  Melaka :
    • Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira (2015)[16]
  •  Pahang :
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2000)[17]
    • Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2013)
  •  Sabah :
    • Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima (2014)[18]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-22. Dicapai pada 2018-02-21.
  2. ^ "Azeez fasih bahasa Tamil". Utusan Online. 21 Februari 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-24. Dicapai pada 4 Oktober 2009. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  3. ^ "Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim". Tabung Haji. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-15. Dicapai pada 6 April 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 25 Januari 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Percentage figures are calculated based on total turnout.
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  10. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  11. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ Ho Kit Yen (16 Januari 2019). "Ketua Putera Umno dakwa dipukul, diterajang". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-15. Dicapai pada 6 April 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  13. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2019-01-17.
  14. ^ "Raja Muda of Kedah heads state awards list". The Star. 15 January 2017. Dicapai pada 28 September 2017.
  15. ^ "Pengerusi Tabung Haji dikurnia SJMK" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. 13 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 29 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Dr Wee gets Malacca award". The Star. 10 October 2015. Dicapai pada 29 September 2018.
  17. ^ "Legenda bola sepak terima darjah kebesaran" (dalam bahasa Malay). Utusan Malaysia. 24 October 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 29 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  18. ^ "Abdul Azeez heads list of Sabah Award recipients". Bernama. The Star. 19 November 2014. Dicapai pada 29 September 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]