Abdul Azim Mohd Zabidi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


YBhg. Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (Lahir 11 Julai 1959), merupakan bekas Pengerusi Bank Simpanan Nasional dan Bendahari UMNO

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Batu Gajah, Perak, beliau juga pemegang Fellow Chartered Institute Of Secretaries United Kingdom (UK) berkelulusan Masters in Business Law London Guildhall University[perlu rujukan] dan anak Melayu pertama dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Institute of World Savings Banks.[perlu rujukan]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dibidang kewangan dan perbankan. Sebelum memegang jawatan Pengerusi BSN Diarkibkan 2017-04-14 di Wayback Machine[perlu rujukan] beliau antara lain pernah memegang jawatan Pengurus Besar Kumpulan Commerce Aset (1995), Pengurus Besar Commerce Property Trust Managers Berhad dan Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi (MTEN II).[perlu rujukan] Beliau mula menyertai Bank of Commerce Berhad pada 1984.[perlu rujukan]

Politik[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi merupakan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, pernah digantung keahlian kerana melanggar etika pertandingan pernah dipilih menjadi Exco Pemuda UMNO dari 1996 hingga 2000. Pada tahun 2004 beliau telah dilantik sebagai Bendahari UMNO oleh Presiden UMNO, Abdullah Badawi dan juga dipilih menganggotai Majlis Tertinggi UMNO dari tahun 2000 hingga 2002.[perlu rujukan]

Dalam pilihanraya umum 2008, Dato' Abdul Azim tewas kepada Roslan Shaharum (PAS) dengan majoriti 1,566 undi bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak. Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi mendapat 18,449 undi manakala Roslan menerima 20,015 undi. Calon bebas, M Morgan mendapat 872 undi.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi merupakan Pengerusi Institut Sukan Negara Malaysia[perlu rujukan] dan juga dilantik oleh Majlis Olimpik Malaysia sebagai Chef de Mission (CDM)[perlu rujukan] Malaysia ke Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang. Sebelum itu beliau telah lama menyumbang bakti bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia sebagai Setiausaha Kewangan.[perlu rujukan]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]