Abdul Aziz Abdul Majid
Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Abdul Aziz Abdul Majid SMN, PMN; DPMK (Kelantan); PJK (Melaka); CBE (UK); PhD (Law) | |
---|---|
![]() | |
Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-3 | |
Dalam jawatan 31 Ogos 1971 – 9 Mei 1975 | |
Didahului oleh | Abdul Malek bin Yusof |
Digantikan oleh | Syed Zahiruddin bin Syed Hassan |
Menteri Besar Selangor Ke-5 | |
Dalam jawatan 1 September 1955 – 1956 | |
Raja | Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah |
Didahului oleh | Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad |
Digantikan oleh | Muhammad Ismail Abdul Latiff |
Menteri Besar Negeri Sembilan Ke-3 | |
Dalam jawatan 1 October 1952 – 1 October 1953 | |
Raja | Tuanku Abdul Rahman ibni al-Marhum Tuanku Muhammad |
Didahului oleh | Mohamad Salleh bin Sulaiman |
Digantikan oleh | Abdul Malek bin Yusof |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abdul Aziz bin Abdul Majid 10 Mac 1908 Kajang, Hulu Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu |
Meninggal dunia | 10 Mei 1975 Sri Melaka, Melaka, Malaysia | (umur 67)
Pasangan |
|
Anak-anak | 4 |
Hubungan | Abdul Aziz Yassin (menantu) |
Tun Dr Haji Abdul Aziz Abdul Majid dilahirkan pada 10 Mac 1908 di Kajang, Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 10 Mei 1975 di kediaman rasminya di Sri Melaka ketika berusia 67 tahun. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri Besar Selangor dan jawatan terakhir beliau ialah Gabenor Negeri Melaka ketiga.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Kajang, Selangor. Beliau telah menduduki peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (M.A.S) dan lulus dengan cemerlang.
Pada bulan Mac 1948, beliau telah mengambil 'Second Devonshire Course' di Universiti Oxford, United Kingdom.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah menjadi seorang guru. Kemudian dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah, Penolong Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah di Selangor. Kemudian sebagai Penolong Setiauasaha di pejabat Pesuruhjaya Tempatan Selangor.
Pada 1 Februari 1948, beliau sekali lagi dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama kepada Setiausaha Kerajaan Selangor.
Selepas belajar di United Kingdom,beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah Teluk Anson. Kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Negeri Sembilan dan Penolong Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri di Bahagian Pertahanan
Menteri Besar Negeri Sembilan & Selangor[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1952, beliau dilantik oleh Tunku Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama. Kemudian pada 1 September 1954 dilantik sebagai Menteri Besar Selangor di bawah perintah Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Ahli Rombongan Merdeka dan Persekutuan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Tahun 1956, beliau telah dilantik mewakili raja-raja dalam rombongan merdeka ke United Kingdom untuk berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Beliau juga bersama beberapa anggota rundingan untuk sekali lagi ke London bagi membincangkan Perjanjian Pertahanan Malaya.[1]
Beliau juga terlibat pada tahun 1963 untuk ke London agar dapat membincangkan Persekutuan Malaysia. Tun Abdul Aziz telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan. Beliau merupakan ketua rombongan perundingan tersebut agar dapat membincangkan syarat kemasukan negeri-negeri di Borneo.
Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan Awam selama 7 tahun dari 1964.[2]
Tuan Yang Di-Pertua Melaka[sunting | sunting sumber]
Setelah bersara dari politik , beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka dan tinggal di kediaman rasmi Sri Melaka sehingga beliau meninggal dunia. Sebuah sekolah rendah di Hulu Langat telah dinamakan sempena nama beliau iaitu Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid.[3]
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Isteri beliau, Raja Toh Puan Teh Zaitunnisa Raja Kamaralzaman (97 tahun) meninggal dunia pada 13 April 2015 di kediamannya di Persiaran Setiawangsa, Kuala Lumpur akibat sakit tua. Anak sulung arwah Mustapa Kamal (57 tahun) memaklumkan bahawa ibunya telah lama sakit tua.[4]
Mengenang Jasa[sunting | sunting sumber]
Masjid Tun Abdul Aziz @ 'Masjid Bulat' di Petaling Jaya dinamakan sempena beliau.
Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]
Malaya : Panglima Mangku Negara (P.M.N.) (1958) yang membawa gelaran Tan Sri.[5]
Malaysia : Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) (1972) yang membawa gelaran Tun.[6]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "TYT Melaka". Laman Web YDP Negeri Melaka.
- ^ "Senarai Pengerusi SPA". Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
- ^ Arkib Negara Malaysia online[pautan mati kekal]
- ^ "Isteri bekas Gabenor Melaka meninggal dunia". Utusan Malaysia. 13 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 2020-05-06.
- ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1972" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-16. Dicapai pada 2020-05-06.
Didahului oleh Abdul Malek Yusuf |
Yang di-Pertua Negeri Melaka 1971–1975 |
Diikuti oleh: Syed Zahiruddin bin Syed Hassan |
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Besar Selangor
- Menteri Besar Negeri Sembilan
- Orang dari Selangor
- Kelahiran 1908
- Kematian 1975
- Yang di-Pertua Negeri Melaka
- Ketua Setiausaha Negara Malaysia
- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu
- Penerima Panglima Mangku Negara
- Menteri Besar daripada UMNO
- Penerima Pingat Peringatan Malaysia (Emas)