Abdul Aziz Angkat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Abdul Aziz Angkat merupakan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Sumatera Utara (DPRD) yang terletak di Sumatera Utara, negara Indonesia. Beliau dilantik sebagai speaker pada 27 Nov 2008.Allahyarham merupakan bekas pensyarah di Universitas Sumatera Utara, Medan,Sumatera,Indonesia. Beliau menjadi Setiausaha SPD Parti Golkar Sumut (Sumatera Utara). Isterinya Turnalis Siregar.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Abdul Aziz meninggal dunia dalam satu tunjuk perasaan di bangunan dewan DPRS , Medan, pada hari Selasa 1 Februari 2009 akibat serangan jantung selepas dikasari dan dipukul oleh ribuan penunjuk perasaan. Ketika itu dewan sedang bersidang pada jam 10.30 pagi. Abdul Aziz yang bersongkok dan berbaju putih dihenyak ke dinding dan tersembam ke lantai dewan. Perusuh yang menyokong pembentukan Provinsi Tapanuli Utara mengusung peti mayat dan pelbagai sepanduk dan poster ke dalam dewan dan membaling pelbagai objek termasuk gelas kaca. Ribuan perusuh tidak sabar dengan gelagat Abdul Aziz yang menghalang-halang lalu dikeroyok dan membelasah beliau.

Perusuh dipercayai golongan mahasiswa kelihatan seperti mabuk, tidak membenarkan Abdul Aziz dibawa ke hospital konon-kononnya pura-pura sakit. Mereka mendesak Abdul Aziz membuat keputusan berhubung Tapanuli Utara. Abdul Aziz terperangkap di pintu Dewan DPRD Sumut (Sumatera Utara) dengan Bank Mandiri. Dia pengsan dan dikejarkan ke Rumah Sakit Gleneagles Medan.

Polis dipecat[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Februari 2009, Ketua Polis Nasional Indonesia, Jeneral Bambang Hendarso Danuri memecat Ketua Polis Wilayah Sumatera Utara Nanan Soekarna dan Ketua Polis Bandar Medan Pesuruhjaya Kanan Anton Suhartono kerana gagal mengawal keselamatan DPRS sehingga Abdul Aziz terbunuh. 12 suspek disoal siasat untuk mengenal pasti dalang rusuhan ganas itu. Semua akan didakwa di bawah pasal 160, 170, 335 dan 351 KUHP.Antara yang ditahan ialah anggota DPRD Candra Panggabean, VS, DS, BR, JS, dan PS. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]