Abdul Aziz Mohd Yusof
Penampilan
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Mohd Yusof PSM (Malaysia); SPMS (Selangor); DCSM (Melaka); PSD (Malaysia); DSSA (Selangor); KMN (Malaysia) | |
|---|---|
![]() | |
| Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor | |
| Dalam jawatan 1 Januari 2021 – 28 Februari 2025 | |
| Dilantik oleh | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Didahului oleh | Mohammed Khusrin Munawi |
| Digantikan oleh | Salehuddin Saidin |
| Pengerusi SPR Malaysia | |
| Dalam jawatan 31 Disember 2008 – 23 Januari 2016 | |
| Dilantik oleh | Yang di-Pertuan Agong |
| Didahului oleh | Ab Rashid Ab Rahman |
| Digantikan oleh | Mohd Hashim Abdullah |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 24 Januari 1950 Sabak Bernam, Selangor |
Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof (lahir di Sabak Bernam, Selangor, 24 Januari 1950; umur 76 tahun) ialah seorang pentadbir awam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuat kuasa pada 1 Januari 2021[1]. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dari 31 Disember 2008[2] hingga 23 Januari 2016[3].
Abdul Aziz juga pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri di Selangor (2001-2004)[4] dan Melaka (2000-2001)[5].
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]
Malaysia
- Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua, Panglima Setia Mahkota (PSM) - Tan Sri (2006)
- Darjah-Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama, Panglima Setia Diraja (PSD) - Datuk (2000)
- Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat, Kesatria Mangku Negara (KMN) - (1995)
Selangor
- Darjah Kebesaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Kelas Kedua, Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) - Dato' (1997)
- Darjah Kebesaran Mahkota Selangor Yang Amat Mulia Kelas Pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - Dato' Seri (2008)
Melaka
- Darjah Kebesaran Seri Melaka Pangkat Kedua, Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira (2001)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bernama (30 Disember 2020). "Abdul Aziz dilantik pengerusi baharu MAIS". Sinar Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
- ^ [1], "Aziz pengerusi baru SPR, ganti Rashid", Malaysiakini.com, 11 November 2008.
- ^ Noor Atiqah Sulaiman (Januari 22, 2016). "Abdul Aziz serah tugas Pengerusi SPR". Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2021.
- ^ Mohd Yusof, Abdul Aziz (2003). Koleksi ucapan (2001-2002) Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Abdul Aziz Bin Mohd Yusof: menangani perubahan dan mengurus kejayaan. Shah Alam: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. ISBN 9789834061012.
- ^ Bernama (6 Jun 2001). "MELAKA MOHON STATUS DEWAN BANDARAYA UNTUK MPMBB" (PDF). Perdana. Dicapai pada 28 Disember 2021.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

