Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abd. Aziz Sheikh Fadzir
Anggota Parlimen Malaysia
untuk KulimBandar Baharu, Kedah
Dalam jawatan
2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehZulkifli Noordin
Digantikan olehSaifuddin Nasution Ismail
Butiran peribadi
LahirAbdul Aziz bin Sheikh Fadzir
(1963-04-28) 28 April 1963 (umur 60)
Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politikUMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
HubunganAbdul Kadir Sheikh Fadzir (abang)
PekerjaanAhli politik

Dato' Abdul Aziz bin Sheikh Fadzir (lahir 28 April 1963) merupakan Ahli Parlimen Malaysia untuk kerusi KulimBandar Baharu di negeri Kedah, mewakili Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Negara (UMNO) di parti kerajaan Barisan Nasional.

Abd. Aziz pertama kali bertanding di kerusi Kulim–Bandar Baharu pada pilihan raya umum 2008. Jika berjaya, beliau akan menggantikan abangnya, Abdul Kadir, yang telah memegang kerusi sejak 1978 dan berkhidmat sebagai seorang menteri dalam kerajaan persekutuan.[1] Walau bagaimanapun, di tengah-tengah suasana besar kepada parti pembangkang di Kedah, Abd. Aziz tewas kepada Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau bertanding di kerusi sekali lagi di pilihan raya 2013, kali ini mengalahkan ketua umum PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau telah diisytihar bankrap pada tahun 2014.[2]

Abdul Aziz juga menjawat jawatan di Kumpulan Utusan. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif pada Jun 2018 sebelum melepaskan jawatan pada Disember akibat komitmen perniagaan peribadinya yang lain.[3] Beliau dilantik semula pada Februari 2019 sehingga penutupan Utusan pada 9 Oktober.[4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Kedah : N32 Kuala Ketil, P16 Baling[5][6]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti
2004 Abd. Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) 9,323 50.47% Md Zuki Yusof (PAS) 8,861 47.97% 462
Parlimen Malaysia: KulimBandar Baharu, Kedah[5][6][7]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Majoriti
2008 Abd. Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) 16,672 43% Zulkifli Noordin (PKR) 22,255 57% 5,583
2013 Abd. Aziz Sheikh Fadzir (UMNO) 26,782 52% Saifuddin Nasution Ismail (PKR) 24,911 48% 1,871

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Brother disappointed with Abdul Kadir supporting Pakatan". Sin Chew Jit Poh. 8 May 2012. Dicapai pada 29 November 2014.
  2. ^ Arifuddin Ishak (13 June 2014). "Kulim Bandar Baru MP declared bankrupt". The Star. Dicapai pada 29 November 2014.
  3. ^ Azzman Abdul Jamal (13 Disember 2018). Abd Aziz letak jawatan Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2018.
  4. ^ "Utusan Melayu henti operasi perniagaan". Utusan Malaysia. 9 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-09. Dicapai pada 9 October 2019.
  5. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 4 Februari 2017. Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
  7. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 24 Mac 2017.