Abdul Ghani Samsudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Datuk Wira Ustaz Haji

Abdul Ghani Samsudin

Timbalan Penasihat Umum
Parti Amanah Negara
Memegang jawatan
2015
PresidenMohamad Sabu
Penasihat UmumAhmad Awang
Didahului olehJawatan baharu
Butiran peribadi
Lahir1946
Masjid Tanah, Melaka
Parti politikParti Amanah Negara Logo.svg Parti Amanah Negara
PAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia (sehingga 2015)
PekerjaanAhli politik, Ulama

Datuk Wira Ustaz Abdul Ghani Samsudin ialah seorang agamawan dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu kelahiran Melaka. Beliau kini merupakan Timbalan Penasihat Umum Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak penubuhan parti itu pada 2015.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Abdul Ghani mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah, Melaka dan Madrasah Aljunied, Singapura sebelum mengikuti pengajian di Maahad Buuth Islamiyah al Azhar, Mesir (1965-1967). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir (1967-1974) dan memperolehi Sarjana (Syariah) dalam bidang perbandingan mazhab dan undang-undang.

Sekembalinya ke Malaysia, Abdul Ghani berkhidmat sebagai guru agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah, Melaka. Setahun mengajar di Melaka, beliau kemudiannya menjadi pensyarah di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam dan berkhidmat selama 7 tahun. Pada awal 80-an, beliau dipindahkan ke ITM Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Sekitar 6 bulan kemudian, beliau mendapat perintah keluar dari Sabah dalam tempoh 48 jam oleh Ketua Menteri, Datuk Harris Salleh dan kembali ke ITM Shah Alam seketika. Kemudian, beliau berpindah ke Fakulti Pendidikan Universiti Malaya pada 1981 sehingga bersara pada 2001.

Penglibatan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Beliau terlibat dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sehingga pernah diamanahkan sebagai Timbalan Presiden pada awal 80an. Beliau juga bergiat aktif dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan diangkat sebagai Yang Dipertuanya pada 1999-2003, menggantikan Ustaz Ahmad Awang. Kemudian, beliau turut mengasaskan dan memimpin sebuah lagi pertubuhan ulama, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). Beliau turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 2019 di bawah pimpinan Yang Dipertua, Ustaz Nik Omar[1].

Politik[sunting | sunting sumber]

Abdul Ghani menyertai Parti Islam Se-Malaysia selepas memimpin ABIM. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS (1999-2010). Beliau keluar PAS pada 2015 dan menyertai Parti Pekerja Malaysia (PPM) sebelum parti itu bertukar nama menjadi Parti Amanah Negara[2]. Sejak menyertai AMANAH, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Penasihat Umum[3].

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Abdul Ghani Samsudin
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2004 P095 Tanjong Karang Abdul Ghani Samsudin PAS logo.svg PAS 8,742 Noh Omar Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO 17,750 9,008
2008 N8 - Sungai Burong Abdul Ghani Samsudin PAS logo.svg PAS 6,162 Mohd Shamsudin Lias Barisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO 8,872 2,710

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anne Muhammad (31 Januari 2019). "Pertikaian baru Yadim: Banyak lantikan orang politik, kata Ezam". Malaysiakini. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  2. ^ "PPM dibarisi pemimpin berpengalaman". Parti Amanah Negara. Media Oren Production. 3 September 2015. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  3. ^ Nazura Ngah (11 Disember 2019). "Husam dilantik semula, Dr Siti Mariah penuhi kuota Wanita". BHarian. Dicapai pada 8 Julai 2021.
  4. ^ Bernama (13 Oktober 2018). "Lima menteri Pakatan kini bergelar Datuk Seri". Astro Awani. Dicapai pada 8 Julai 2021.