Abdul Hadi Abdul Khattab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abdul Hadi Abdul Khattab
Brigadier Jeneral (B) Dato' Abdul Hadi Abdul Khattab
Kelahiran1952/1953
KesetiaanMalaysia
PerkhidmatanTentera Udara Diraja Malaysia
PangkatBrigadier Jeneral

Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab ialah seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat tinggi yang telah bersara dan berkhidmat lebih 30 tahun.

Persaraan terpaksa[sunting | sunting sumber]

Abdul Hadi Abdul Khattab merupakan salah seorang yang bertanggungjawab ke atas kehilangan dua enjin jet dari Pangkalan Udara Sungai Besi pada tahun 2007. Enjin tersebut kemudiannya ditemui di sebuah gudang di Uruguay.[1]

Abdul Hadi Abdul Khattab didakwah di bawah fasal 4 dan 5 Perintah Majlis Angkatan Tentera Nombor 1, 1975, dan dilepaskan daripada perkhidmatan tentera di bawah Seksyen 9 Akta Angkatan Tentera 1972. Dia dipecat dan dilucutkan pentauliahan di bawah akta tersebut kerana tidak mematuhi tingkah laku ketenteraan sehingga mengakibatkan kecuaian.[2][3]

Abdul Hadi telah dipaksa untuk bersara bersama-sama lima pegawai tertinggi yang turut didakwa. Mereka kemudiannya mengemukakan saman kepada Majlis Angkatan Tentera berikutan pemecatan mereka pada 2010[1] Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak saman mereka.[3][4]

Menyertai politik[sunting | sunting sumber]

Abdul Hadi Abdul Khattab telah menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 24 Mei 2012. Penyertaan beliau telah diumumkan Presiden parti, Wan Azizah Wan Ismail dalam sebuah sidang media. Pada Disember 2014, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin PKR menggantikan penyandangnya, Datuk Dr Tan Kee Kwong[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Malaysia Air Force Officers Sue Government Over Missing Jet Engines Found in Uruguay". MercoPress. 3 Mei 2010. Dicapai pada 13 April 2021.
  2. ^ Teo Say Eng, Colonel Wan Normazlan. ["Military Legal Proceedings in Malaysia"], LexisNexis, Kuala Lumpur, ISBN 9789675371103, 2009.
  3. ^ a b "Enjin F-5E: Saman 5 pegawai kanan TUDM ditolak". Malaysiakini. 21 Mei 2010. Dicapai pada 13 April 2021.
  4. ^ M. MAGESWARI (21 Mei 2010). "Missing jet engines: 5 ex-RMAF officers' wrongful dismissal suit struck off (Update)". The Star. Dicapai pada 13 April 2021.
  5. ^ "PKR umum pimpinan baharu". Sinar Harian. 10 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-12. Dicapai pada 13 April 2021.